Langkah dipercepat mendaki setiap anak tangga di hadapannya. Kaku terdiam bibirnya tidak bermaksud tiada jeritan dan pekikan. Langkah cepatnya dipenuhi usaha sia-sia meninggalkan tapak kaki penyesalan dan kekecewaan yang tidak berirama. Dadanya dicakar-cakar berdarah merobek isi daging busuk yang tinggal cuma sekelumit. Wangian kasih dan rindu ketika itu bukan penghapus busuk amarah yang semakin menebal. Pulangnya ke rumah bukan untuk mencari mimpi indah menipu sebentar rasa celaka. Sekadar mencari teduh lari daripada hujan berasid dan garam yang bakal ditabur di atas lukanya. Semoga luka cepat kering dan tiada parut. Semoga langkahnya selepas ini tidak seperti yang penuh cungap sebentar tadi. Sementara ini cukuplah sahaja merintih menghibur diri.
raar
