Kisah didalam blog ini hanya rekaan semata-mata yang mungkin berkait rapat dengan kisah-kisah benar yang sudah diputarbelitkan untuk menjadi sesuatu yang lebih menarik. tidak mengandungi keperimanusiaan, penuh dengan cerita kerat-mengerat, seks rambang, pedophile dan sebagainya mengikut selera penulis.
Berikut merupakan penyataan empunya blog Kontrol Histeria. Gua setakat ini masih lagi kurang mengerti apa yang yang dimaksudkan dengan Kontrol Histeria. Setahu gua kontrol itu adalah perkataan 'control' yang telah dibahasamelayukan pengejaannya. Histeria itu pula membawa maksud selaku perlakuan yang menunjukkan ketakutan melampau dan tidak terkawal. Apakah blog ini sebenarnya berfungsi sebagai straightjacket dan topeng seperti untuk mereka yang mempunyai masalah mental? Adakah blog ini bertindak sebagai asylum untuk mereka yang mental dan mempunyai sifat-sifat melampaui batas normal? Mungkin sekali empunya blog ini sekadar bikin gempak menamakan blognya sedemikian rupa. Biasalahkan, pengguna blogspot ni ramai, susah nak memilih URL yang sesuai untuk blog.
Tetapi setelah pengamatan dilakukan diblog berkenaan rupanya blog ini memaparkan sebuah genre yang dianggap asing dan pelik pada persepsi masyarakat. Blog ini benar-benar bertindak sebagai straightjacket kepada pemasalah mental dengan menyediakan ruang dan tempat untuk mereka berkarya dengan karya yang sering kali dianggap taboo. Kontrol Histeria juga boleh dikatakan telah menjadi asylum untuk mereka yang mempunyai permasalahan daya pemikiran yang aneh dan juga melampaui batas perikemanusian. Setakat ini ianya menempatkan 15 pesakit yang hampir kesemua mempunyai gelombang otak yang lain daripada majoriti individu dalam masyarakat.
Sememangnya empunya blog bikin gempak dengan memberi nama sebegitu pada blognya tetapi inilah yang dinamakan kebajikan kerana ia bukan sahaja memberi peluang untuk mereka berlima belas melampiaskan nafsu berkarya masing-masing, tetapi juga memberi peluang kepada sesiapa untuk menghantar karya untuk dipaparkan di blog berkenaan. Usaha murni seperti ini jarang-jarang sekali berlaku didalam dunia moden harini. Sesungguhnya usaha murni empunya blog ini yang prihatin kepada golongan yang terpencil adalah amat-amat patut disanjung tinggi.
Dan bercakap mengenai genre pelik ini, setiap karya mesti mempunyai peminatnya yang tersendiri dan tidak terkecuali juga genre diblog Kontrol Histeria ini. Dalam kurang beberapa hari ia diperkenalkan kepada umum, setakat harini sudah menunjukkan terdapat lebih daripada 100 orang followers dan 111 likes di Facebook pages mereka. Ini menunjukkan masih ramai lagi yang diluar sana meminati dan mempunyai sifat-sifat aneh dan daya pemikiran luar daripada batas perikemanusian. Untuk melawati blog berkenaan, klik sahaja pada logo Kontrol Histeria di atas. Segala penghantaran karya boleh dilakukan kepada email kontrol.histeria@gmail.com
# 18 tahun dan keatas sahaja dan blog ini bebas parental guidances
raar

















