Thursday, January 13, 2011

Pernah Ke Sultan Berdoa Untuk Rakyat?

Gua jumpe ni dekat PayaBesarPedas. Nice one! Sebab esok Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Gua pon ade kena mengena dengan Negeri Sembilan. Gua selalu lepak Nilai. Bukan Nilai 3 tapi Bandar Baru Nilai. Gua suke gila dengan coretan hati ni.

Esok ialah hari lahir tuanku
Esok semua orang kena cuti
Tapi aku kena kerja jugak.
Perasankah tuanku
Esok juga ialah hari Jumaat?


Jumaat lepas aku telah ditemukan dengan rakyatmu yang macam aku jugak;

Miskin, takde kabel, anak bini sakit dan terdesak.
Namun,  bila ditanya, katanya pada raja kita kena taat.

Jumaat sebelumnya aku sedang memandu di jalan raya,

Terpaksa bawak slow sebab minyak keta kering giler.
Sampai di stesen minyak, duit spare terpaksa aku guna. 
Yang dapatnya tak sampai separuh tangki sebab petrol dah naik harga.

Jumaat sebelum-sebelumnya, aku sedang berpanas di atas bumbung rumah orang sebab nak pasang awning. Setelah susah payah, siaplah sudah dan dapatlah baki bayaran dari pelanggan. Tak sampai 3 jam,
duit itu habis kugunakan nak beli barang keperluan yang kekontangan.

Pernah beberapa kali aku nak bersalam dengan tuanku lepas solat Jumaat,

Tapi sebab pakaianku tak kemas agaknya, aku tenggelam oleh deretan jawatankuasa masjid, datukdatuk dan mangkuk-mangkuk yang nak menyium tangan tuanku.

Pernah beberapa kali aku
cuba nak berkomunikasi denganmu sebelum aku berputu asaan. Tapi tak sapa yang tahu alamat, email atau akaun FB kau. Rumah tuanku pun jauh dari pintu gate. Pasti tuanku takkan dengar laungan salamku pada petang itu.

Setiap Jumaat kami doakan kesejahteraanmu

Khatib tu akan ditukarkan kalau dia tak buat begitu.
Takkanlah takde seorang dari 40 orang ini yang doanya makbul?
Selalu aku tertanya dalam hatiku,

Sedang tanganku yang hina ini menadahkan amin untukmu:

Pernahkah tuanku berdoa untuk kami?
Pernahkah tuanku FIKIRKAN tentang kami?


Esok ialah hari lahir tuanku
Aku akan doakan kesejahteraanmu buat kali terakhir
Kerana selepas itu,
Semua ini tiada erti lagi padaku.

Daulat Tuanku
Aku sudah putus asa denganmu
 
 Original story is here

#  Harapan tinggal harapan. Macam hari tu gua ade mengharap, mungkin tak kesampaian. Yeah, hope is for losers. Gua pon terpikir jugak. Kalau kita berdoa dengan ada niat untuk orang lain mendoakan untuk diri kita, bukan ke itu dah kira tak ikhlas. Tapi gua pon ada terpikir, kita buat amal semua-semua sebab kita nak pahala, itu pun dikira tak ikhlas ke?




24 comments:

burhan al-hilmi said...

ak harap sultan dgr rintihan kau ni..

tp kita patut bangga ada sultan, Malaysia adalah negara yang ada paling banyak sultan dan raja..
Ak sanggup tumpahkan darah ak demi sultan tercinta..
Tiap2 minggu ak doa untuk sultan..
Bila ak dgr sultan dpt duit drpd cukai yg ak byr, ak rasa bangga, sbb ak dpt tlg sultan..
Istana yang sultan duduk skrg pun, gune duit atuk moyang ak dulu..
wah~bangga2..

burhan al-hilmi said...

psst- ni hanye la ayat sarcastic semata2..

Peace :D

eszol said...

@burhan al-hilmi

bur,gua x bodoh lg nak pahamkan ayat tu

lol

kakcik said...

Cakap banyak nanti, dikatakan derhaka. Langgar perintah Tuhan, tiada siapa pula nak kisah! :(

ijam ismail said...

burhan..wahhh..sy stuju ngn kamu...
=)

ZWAN SABRI said...

Sultan doakan untuk kita ke x, hanya tuhan dan dia jer yang taw..
for me, kita masih perlu doakan kesejahteraan sultan sebab dia ketua negara dan ketua agama islam di Malaysia.. Kalaw sultan dah tak sihat, macam mana dia nak tadbir agama,bangsa dan negara dengan baek..
am i right?
btw, selamat keputeraan juga kepada sultan kedah pada hari ahad ini.. ;)

eszol said...

@ZWAN SABRI
tu bukan perdana menteri ke?

sebab tgok najib masuk hospital lg kecoh dari Sultan Mizan gi hospital kat oversea

Solihin Zubir said...

ahahah.. makan dalam tuuu...
terbaek!

nabil_potter said...

tertarik utk komen..

ak xbaca habis pon entry ko..
ak comment base on tajuk..

perlu ke persoala kan soalan ni/?
pada ak, persoalan ni tak perlu dipersoal kan..kalau dia berdoa pon, kita bukan tahu pun..

Kalau kita pikir cmni, sebenarnya kita adalah penting diri dan memang mengharapkan something daripada pa yang kita buat..makanya kita doa seminggu sekali tu tak ikhlas..

insyAalh bila kita buat baik, akan dibalas dengan baik..Jelaskan niat anda. tq

jelah said...

x pelik ke..melaka pengasas kesultanan, tapi skrg negeri melaka plak xder sultan...musykil!!!

eszol said...

@jelah
ckp nak jadi cikgu tapi sejarah melayu tak tahu

mmg la takde sultan,da sultan mahmud tu mangkat tanpa pewaris

sila blaja sejarah yer

Sesumpah said...

wahaa. wallahualam

kita kena optimis, jgn buruk sangka pd org

semua benda ada hikmah en.

have a nice day weh (:

daisy said...

adeh..
sedih pulak aku baca luahan perasaan dia nih.tsk..tsk..

Berto said...

pemerintah zaman skarang sudah lari dari tanggunjawab sebenar mereka

Irwan said...

bukan dia pedulik pun...dia sibuk salam-salam dan karaoke malam ni

Dark Half said...

bkn soal nak keikhlasan dibayar balik sebab mungkin ada di antara kita sendiri yg tak ikhlas bila terpaksa ikat perut utk bayar cukai pendapatan yg menjadi sebahagian pendapatan sultan

bila ada rakyat dalam kesusahan, dia akan expect pemerintah lakukan sesuatu setelah usahanya krg berhasil. tapi apa yg dia dapat? sebaliknya lebih byk persatuan non-muslim yg hulurkan bantuan utk muslim yg susah dan berpenyakit itu

pehh..komen emo nampak?

Irwan said...

sebagai jawapan kepada persoalan entry kau, zol...aku tanya kat kau:



sapa mengaku dia IKHLAS, sekarang?

or

sapa mengaku dia kusyuk solat?

or


sapa mengaku dia boleh terjemah Al-Quran?


aku bercakap seraya dengan tingkatan ikhlasku; buat sesuatu kerna nakkan sesuatu. Aku tabik pada korang yang dah sampai tahap mukhlisin. Bagi aku, koranglah idola terhangat...

Raja berada di sana is for a reason. Diorang bukan ada di sana macam keberadaan ibu atau bapa.

Bila diorang tak buat function diorang...maka,

Diorang boleh ditidak diadakan macam Ben Ali atau Kerajaan Tsar atau you know...

burhan al-hilmi said...

comment irwan kat atas ni:

ak like sgt2..
ak bukannye jelez sultan kat atas tu..mahupun xikhlas mase berdoa..

tp termaktub dlm perlembagaan ape tugas sultan,iaitu sbgai ketua negara/negeri..

pendapat aku; tujuan utama penulis menulis entri ni bukan untuk persoalkan sama ada dia ikhlas atau tidak tp penulis cuba untuk persoalkan kenapa susah bagi kita untuk mendekati sultan..adakah suara kita selama ini pernah sultan ambik tahu?..

eszol said...

@Irwan

@burhan al-hilmi

arghhhhh!!!!

gua bwat entry pasal ikhlas la woi

entry irwan tu gua sharing je

cite pasal raja x bertanggungjawab tu entry lain woi

lol

Irwan said...

kahkahkah eszol...entry pasal ikhlas?

cakap laaa...

aku dah emo lebih-lebih dah...tapi terindah gak laaa...

gggg dan gggg lagi

syazwanizr said...

erk. bukan sultan melaka melarikan diri ke? dy pegi johor. then, mase kat johor dy cuba balik nak tawan melaka tapi tak dapat. entah ler. sejarah gwa minus jek.

Anonymous said...

aku suke giler blog nie....very honest opinion...berani giler tulis entri cam gini....tapi aku salut......huhu..-Ladyn0e-

Tok Tuan, Pekan, Pahang said...

Yeler...rakyat aje dok doa untuk Ke Bawah Duli Tuanku-Tuanku...baginda-baginda ada ke berdoa untuk rakyat? Wallahualam...

Anonymous said...

salam,

heheeehee..
menarik.

jd kat sini, secara tersiratnya, kita pikirkan bahawa sultan ni berdoa kt rakyat jelata die gk.
leh kan?

huhuhuhu...

sejarah Melaka?
wahh..
bg saya,
melaka dahulu adalah negara melaka yg mempunyai seluruh batang sungai di semenajung tanah melayu dan beberapa bahagian di sumatra.

seumpanya skrg, negara malaysia, yg merangkumi negeri2 seluruh tanah melayu dan sabah dan sarawak.

same je konsep nye.

kemudian, bg sy melaka tidak pernah jatuh, kerana raja ali naik takhta dan menggantikan sultan mahmud sebagai sultan melaka yg baru tp menukarkan kerajaan kpada kerajaan johor.

kerajaan johor plak sama macam kerajn melaka.

seluruh batang sungai kt semenanjung dan beberapa bahagian sumatara adalah negeri2 negara johor.


cthnye,
zaman dulu,
sultan melaka menjadi segala-gala sultan yg ada kat btg sungai2 di bawah melaka. begitu juga johor.

jadik, kalu nak bandingkan zaman skrg,
yg dipertuan agung, menjadi segala2 sultan yg ada kt negara malaysia.

same je pun.
kan?


sory kalu ayat x power.
kekekeke...

tp menarik blog anda.

raar