Monday, July 25, 2011

Judgemental

Judgemental yang gua paham adalah sebuah tabiat menganalisa sikap atau perlakuan atau keadaan fizikal seseorang lantas menjerumuskan kesimpulan dan melakukan penghakiman mengenai karakter seseorang itu secara terburu-buru. Untuk meringkaskan penterjemahan otak gua tadi, judgemental merupakan sifat yang wujud pada seseorang yang menyifatkan diri dia mampu menterjemah manusia secara keseluruhan hanya dengan berpandukan fitrah manusia terbabit. Untuk ringkasan yang lebih ringkas, judgemental merupakan perlakuan meringkaskan pandangan anda mengenai manusia dengan melabel mereka. Tiada etymology untuk perkataan judgemental yang mampu gua sampaikan.


Judgemental terbahagi kepada dua iaitu judgemental senyap dan judgemental terang-terangan ataupun prejudis. Judgemental senyap ataupun silent judgemental ini terdapat pada mereka yang judgemental tetapi tidak menyerlahkan petanda bahawa mereka merupakan salah seorang daripada manusia yang judgemental. Berfikir seperti manusia yang lain yang mempunyai persepsi serta skeptisme, mereka tidak lari daripada memberikan pendapat tersendiri mengenai manusia yang lain tetapi melakukan aktiviti berkenaan tanpa pengetahuan orang lain. Mereka yang banyak mengaplikasi judgemental senyap ini seringkali mengalami situasi cognitive dissonance. Ada kalanya sesuai juga untuk mengatakan mereka yang mempunyai sifat judgemental sebegini sebagai mereka yang pandai bermuka-muka kerana tidak jujur kepada diri sendiri dan orang lain. Semuanya bergantung kepada situasi serta subjek.

Bagi judgemental jenis prejudis pula, mereka seringkali berubah sifat dan layanan secara terang-terangan apabila persepsi sudah berubah mengenai seseorang manusia tersebut. Si prejudis selalunya akan menunjukkan sikap negatif dan tanpa segan silu memaparkan bahawa dia merupakan seorang yang judgemental lalu melakukan diskriminasi. Tidak dilupakan juga bahawa prejudis adalah langkah permulaan kepada stereotype. Ianya adalah seperti menganggap setiap perempuan yang mencarut itu adalah seorang perempuan yang kurang ajar. Anda mendengar si perempuan mencarut lantas menganggap bahawa dia seorang manusia yang tidak bertatasusila. Ya, kebanyakkan pandangan sang prejudis berakhir dengan kritikan.


Apabila bercakap mengenai judgemental, ianya perlulah dikaitkan dgn keadilan dan justifikasi kepada judgement tersebut. Adakah adil judgement yang telah dilakukan itu? Adakah menjadi seorang yang judgemental ini salah?

Pada pandangan gua, semua orang mempunyai sifat judgemental. Gua juga tidak terkecuali. Judgemental merupakan sebuah perkara yang sudah sebati dan menjadi fitrah manusia. Tetapi meletakkan prejudgement ataupun judgement awal sebagai final judgement adalah tidak wajar. Dengan memuktamad analisa dan pandangan anda dengan hanya berlandaskan pada sesuatu perkara merupakan sesuatu yang sangat tidak adil kepada mereka yang anda cuba adili. Seperti pepatah orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Being judgemental is nevermind if you do it in a correct way.

The problem with people nowadays is that they tend to think that judgementalist is someone yang suka memberi kritikan pedas dan negatif mengenai sesiapa sahaja yang mereka rasakan patut dikritik. Tapi tahukah anda pandangan serta pendapat yang anda beri kepada seseorang itu sudah cukup untuk diklasifikasikan sebagai sebuah judgement kerana judgement itu bukan sekadar anda melabel apa yang baik dan buruk tetapi sebuah proses kompleks yang menggunakan ilmu serta pengalaman dan memerlukan kematangan yang anda ada untuk mengenali sesebuah manusia yang lain.

Someone said to me that you should perceive on other people and be judgemental only to ourselves. Be curious, not judgemental. But as for me, judgemental is one of the things that can be a yardstick to show your maturity. A tool that have been used since long time ago not just to show your cockiness but also to see how far you know that particular someone. By knowing other people judgement about ourselves, you can assume how the person thinks and how good the understanding and communication that you have between each other.

# When someone says that I'm judgemental, I'll ask that person on what basis that you say I'm judgemental and by saying that you're doing the exact same thing too. You are being judgemental by saying I am judgemental.

raar


Thursday, July 14, 2011

Ketidakadilan

Sejak kecil aku menangis melihat ketidakadilan. Tatkala aku dipukul kerana sesuatu kesalahan yang bukan aku lakukan, aku menangis. Aku menangis mendengar cerita si dia didera dipukul ayahnya. Tangisanku akibat ketidakadilan melebihi tangisanku tentang kedaifan.

Dengan tangisan itu muncul amarah. Aku membentak pabila aku dituduh tanpa usul periksa. Aku menangis sambil menawarkan khidmat memukul sang bapa durjana. Api kemarahan makin bercahaya disimbah air mata. Kesumat dendam memberi bahagia.

Tapi aku selalu lupa, siapa aku untuk mengadili dan menghukumi si mereka yang tidak sempurna.

Keadilan itu bukan sesubjektif yang kita semua sangka.
raar


raar