Showing posts with label badut. Show all posts
Showing posts with label badut. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Badut #7

Gua? Gua penulis terkenal. Terkenal kalau didefinasikan dari kamus hidup gua, terkenal di dunia alam maya. Gua penulis blog sahaja. Belum mampu untuk menjadi kolumnis untuk akhbar-akhbar tempatan atau penulis novel. Tapi gua suka menulis apa sahaja yang gua suka. Follower gua tak payah cerita la berapa ramai. Semua follower tu sayang gua.

Gua ni dulu kreatif. Sekarang pun gua kreatif. Gua suka bermain dengan grafik dan animasi. Gua dulu menulis bermacam jenis cerita. Cerita politik, komuniti, ekonomi, dan bermacam lagi la. Dari genre seram, komedi, serius, fiksyen mahupun apa sekali pun, gua mampu mengkreatifkan setiap karya gua. Sebab tu follower gua ribu riban. Tapi modal utama gua adalah komedi. bagi gua setiap penulisan itu perlukan komedi untuk menarik perhatian dan menghiburkan pembaca. Siapa yang tak suka entertainment dan hedonisme.

Tapi sekarang setelah beberapa lama gua berblog, gua macam kekeringan idea. Mentol dikepala gua seolah-olah gagal untuk berfungsi. Macam terbakar pun ada jugak. Tapi akhirnya sebuah idea sampai. Gua sekarang bukan sekadar bermodalkan komedi, modal gua juga berbungkuskan kedunguan serta kenaifan dalam unsur lucah. Sekarang semua karya gua akan meletakkan unsur lucah. Gua dapati ramai pembaca yang bijak pandai suka membaca penulisan yang mempunyai persoalan serta lawak yang berunsurkan sesuatu yang 18SX. 


Apa gua peduli kalau orang kata gua ni menyampaikan sesuatu yang taboo atau kurang ilmiah atau pun cliche. Janji follower gua suka dan duit iklan gua tiap-tiap bulan bank in. Lagi pun semua lawak lucah yang gua sampaikan tu semua benda realistik. Kenyataan! Lambat laun walau tak sematang mana pun budak-budak tu, walau baik mana pun seorang wanita tu, dia tetap akan mengalami benda lucah dalam hidup dia. Gua berani potong jari lah.

Pada pendapat gua, gua ini cuma lagi salah seorang guru yang mengajar dalam dunia ini. Walaupun gua tak diiktiraf, gua rasa gua menyampaikan ilmu yang benar. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting gua tahu gua ni betul dan apa yang gua sampaikan mampu menjadikan diri gua kaya. Setakat lawak-lawak lucah yang gua sediakan ini, gua rasa 3gp melayu dan orang-orang dekat luar sana lagi lucah dari gua. Lu orang jangan persoalkan gua.


# Mak kau ada cerita pasal kisah ranjang dia dekat kau tak?
raar


Friday, April 15, 2011

Badut #6

Saya mak kepada 3 orang anak. Bercita-cita untuk mengasuh anak-anak yg cemerlang untuk dunia dan akhirat. Dari kecik lagi saya akan didik mereka untuk mengikut apa sahaja kemahuan saya. Apa saya rasa betul, itulah yang saya suruh mereka buat. Suami saya pun setuju saja. Mulut saya adalah aset terbesar dan paling bernilai buat saya. Sesiapa sahaja akan dihalilintarkan oleh mulut saya jikalau saya rasa tak berkenan. Suami saya pun tak berani melawan. Tapi tak mengapalah, saya laser anak-anak saya pun demi kebaikkan mereka. Bagi saya, tak bebel, tak jadi orang nanti. Tak gitu?

Anak saya yang seorang ini amat pandai. Dia dulu sekolah rendah memanjang dapat nombor 2 je dalam batch dia. Masa ini saya betul-betul jaga dan didik dia. Tumpuan sepenuhnya saya berikan. Tuition apa semua saya hantar. Anak saya yang lain saya setakat bebel-bebel je. Bukan apa, mereka tak secerdas dan sebijak anak saya yang seorang tu. Akhirnya dia dapat 5A dan dapat masuk sekolah berasrama penuh (SBP). Pandaikan dia?

Bila anak saya masuk SBP saya kurang sikit beri perhatian dekat dia. Maklumlah, jauh sangat. Jangankan cakap melawat  waktu hujung minggu, hujung bulan pun saya tak pernah datang melawat. Alahai, dah masuk sekolah asrama tu mesti la dijaga dan dikawal dengan baik kan. Sekolah primer plak tu.Yang penting saya tahu yang dia berada di tempat yang baik dan bagi duit yang cukup bila dia mintak. Dia kan pandai lagi pun.
[gambar hiasan]
Bila anak saya hampir menduduki PMR, saya cuma bertanya apa yang saya nak tahu je. Setakat saya tahu apa yang dia belajar dan apa yang dia dapat untuk keputusan percubaan dia dah la. Tapi, saya syukur dia berjaya dapat 8A PMR dia. Saya dah agak dah pun. Dia tu memang pandai. Tak belajar pun pandai. Tapi bila dia meningkat ke tingkatan 5 dia di buang sekolah pulak. Anakku-anakku, memang nakal kau. Tapi takpe,dia pandai. Mana-mana sekolah pun mesti berjaya juga.

Bila dia dah masuk sekolah harian biasa ni, memang saya dah malas nak ambil tahu dah pasal dia. Dia dapat sesuaikan diri dengan environment baru ke tak, saya malas ambil peduli. Anak dah besar la kata kan. Lagipun dia kan pandai, tahulah dia jaga diri, Saya ini tak perlu dah nak ambil tahu sangat pasal pelajaran dia apa semua. Saya mesti yakin punyalah dia pasti cemerlang SPM.

Akhirnya keputusan SPM pun keluar. Cis! 2A je anak aku ni. Betul ke ni anak aku yang jawab SPM ni? Ke anak Hishammudin Hussein? Ah, persetankan sahaja. Aku masukkan jela dia apa-apa jurusan yang aku rasa berkenan untuk dia. Tapi damn! Masuk universiti pun haram. Kenapa dia makin tua makin bodoh akademik ni? Anak aku ke ni? 

# Tak pandainye kau ni...
raar


Monday, March 21, 2011

Badut #5

Saya ini anak muda. Masih lagi remaja. Bercita-cita untuk hidup dalam kebebasan. Bagi saya dunia ini dunia anak muda. Anak mudalah yang menghidupkan dunia ini. Saya gilakan kebebasan dan saya mahukan kebebasan. Saya seorang yang anti-establishment. Rambut saya panjang. Pakai baju compang-compang. Saya baca buku komunis. Karl Marx adalah idola saya. Falsafahnya pegangan hidup saya. Saya mahu negara ini di bawah kehendak anak muda.

Saya benci kerajaan, saya benci peraturan, saya mahukan apa yang saya mahu. Kerajaan sekarang semua bodoh. Tak bagi apa-apa kesenangan langsung kepada rakyat. Hukum-hakam peraturan bodoh bergelimpangan untuk menghukum mereka yang teraniaya. Saya dapat rasakan mereka hanya menggunakan wang rakyat untuk kepentingan pak-pak menteri sahaja. Argh! Sudah terbukti kerajaan ini nepotist dan kapitalis. Pilih bulu sampai saya pun berbulu. Setiap kemajuan yang dilakukan pasti ada kegelapan wang dan rasuah yang berlaku. Macamlah saya tak tahu.

Saya bukan poser taw
Saya tahu semua projek dalam Program Transformasi Negara itu hanyalah dakyah bodoh semata-mata. Konon nak tunjuk yang kerajaan sekarang prihatin. Alah, macam lah saya tak tahu tu semua sogokan untuk rakyat mengundi dacing. Dasar dacing bodoh. Dacing itu sendiri sepatutnya dilabel rakyat di sebelah kanan dan si pembesar di sebelah kiri. Ini tak, yang nampak adil dan setara hanyalah kekayaan sang menteri. Dan jangan cakap lah kita semua tak pernah terima rasuah. Yang kita duk megundi sebab orang datang bagi sumbangan beras dekat kita dan tar jalan sampai laman rumah kita tu pon kira rasuah jugaklah bodoh! SPRM pun bodoh! Macamlah saya tak tahu.

Bagi saya yang berjiwa anak muda ini saya benci apa sahaja yang kerajaan lakukan. Tidak memberi apa-apa kebaikkan kepada kami anak muda. Apa sahaja program yang dilakukan kerajaan buruk di mata saya. Lebih-lebih lagi si perempuan gemuk yang kaya tapi tak tahu pergi slimming badan dan rambut tu. Termuntah saya tengok. Mana kebebasan kami? Kami merasakan negara ini hanyalah parasit yang menghisap kudrat dan keringat kami. Sebab itu apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan saya persendakan dan akan saya kutuk dalam blog-blog saya. Semua usaha kerajaan itu hanyalah bohong semata-mata!

Bagi saya yang berpandangan jauh macam saya. Perjuangan saya ini hanya berlaku dalam internet sahaja. kerana saya masih tidak lagi mampu untuk bangkit dan membangkitkan anak muda untuk anarchy dan coup d'état sama itu kerajaan bangsat. Pelan-pelan kayuh lah katakan. Tapi takpe. Saya masih lagi muda, banyak lagi masa. Fuck kerajaan, kerajaan bangsat!!! Itulah motto saya.


# Mak bapak kau yang tak muda dah tu kau taknak fuck?
## Bebas macam mana lagi kau nak?
### Kau dapat hidup sampai sekarang ni sebab apa pulak ye?
raar


Wednesday, March 2, 2011

Badut #4

Saya ade blog. Saya gemar menulis. Saya tulis macam-macam dalam blog saya. Bila saya kata macam-mcam bermakna macam-macamlah yang saya telah tulis di blog saya. Tak percaya? Tengok sahajalah blog saya. Tapi perkara paling saya suka tulis adalah perkara yang dapat membuat saya mengutuk orang. Saya suka mengutuk orang. Saya gembira sekali bila saya dapat mengutuk orang. Saya selalunya tak adalah mengutuk orang secara terang-terangan. Saya jenis kutuk-kutuk perli gitu. Takot lah nak kutuk-kutuk direct ni. Entah nanti saya pula yang kene saman. Saya mana kaya. Life saya dengan blog saya sahaja. Mana nak datang duit kan? Saya suka gelarkan diri saya sarkastik. Saya sangat sarkastik. Hehe.


Saya rasa saya ini expert dalam menilai habit-habit dan tabiat serta perangai manusia. Kalau saya rasa ada perkara tak berkenan dekat pandangan saya, saya akan mula menulis perkataan-perkataan yang memerli manusia-manusia tersebut sehingga menjadi ayat yang pedas sepedas sos peri-peri Nandos. Perkara-perkara yang menwujudkan perbezaan antara manusia adalah tidak elok. Bagi saya, saya ini dijalan yang betul. Mereka semua tu salah. Niat saya baik. Saya harap akan lebih ramai yang sedar ada sesetengah perkara itu wajar untuk tidak dilakukan daripada dilakukan. Saya cuma ingin menyedarkan mereka daripada syok sendiri dan terus digelak-tawakan oleh orang ramai. Kasihan mereka. Tapi jangan marah saya tau. Menulis dan bersuara itu hak saya ok!

Saya ini memang jenis tak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara yang saya suka perhati. Nak buat macam mana kan. Saya memang tak ada life. So, saya dok perhati jela perangai-perangai manusia di sekeliling saya. Walaupun saya tak ada ijazah mahupun master dalam social study, dengan berbekalkan lidah yang tajam dan otak yang ligat, hingga hari ini saya mampu memerli dan menyedarkan ramai manusia di muka bumi ini. Saya rasa banyak pahala dah saya dapat. Tapi tak tahulah betul ke banyak. Kan pahala semua tu tergolong dalam perkara-perkata sami'yat. Haaa...jangan ingat saya tak belajar agama Islam tau! Hehe.

Bagi saya, saya bukan mengata orang pun. Saya cuma menggunakan salah satu teknik dalam psychology untuk meng-insafkan mereka-mereka yang lalai. Apakan daya. Kita manusia di muka bumi ini kan khalifah. Kena la terus-terusan melakukan dakwah dalam apa cara sekali pun. Saya paling pantang kalau orang ramai cuba-cuba untuk membuat trend atau style terbaru. Apakah mereka itu semua tak ada identiti tersendiri? Cuba la jadi diri sendiri. Kalau Islam ikut la cara hidup Islam. Ini tidak, seorang nak jadi macam Arab, seorang nak jadi macam India, seorang lagi entah apa-apa. Bagi saya benda yang pelik-pelik ini seharusnya dibanteras habis-habisan. Kita memang la hidup bermasyarakat. Tapi apa yang membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain itu amatlah tidak boleh di terima. Kita perlu satu identiti bak 1Malaysia gitu.

Saya tak tahulah kenapa saya ini sungguh berkarisma dalam menulis. Terasa bagai pakar motivasi pula. Yang pasti, saya akan terus menulis demi membongkarkan misteri-misteri yang wujud dalam masyarakat era ini demi kejayaan dan pembangunan sejagat. Saya yakin saya mampu melakukan perubahan dalam masyarakat yang serba tak kena di pandangan mata saya ini. Saya mengharapkan semua manusia mampu bersatu dan hanya mempunyai satu identiti. Perbezaan itu hanya membawa padah. Jangan pelik-pelik ye. Jadilah diri sendiri.


# Kau manusia sempurna!
raar


Thursday, February 17, 2011

Badut #3

Saya ini tidaklah sekacak mana. Tapi setiap perkataan yang keluar dari mulut saya mampu mencairkan malahan menambat hati gadis-gadis di dunia ini.  Saya amat bisa sekali merobek malah merakus hati-hati gadis yang sedap dipandang mata saya. Sejak dari kecil lagi ke mana-mana saya pergi, gadis-gadis dalam lingkungan radius satu kilometer mesti saya mampu mengambil hati mereka. Pendek kata, mana-mana saya pergi mesti akan ada awek-awek yang diayat oleh saya. Yang paling penting, saya tak pernah gagal. Tidak sama sekali.

Sejak dari tadika hingga beranak empat saya masih lagi mampu mendapatkan sesiapa sahaja. Saya pindah ke sekolah baru saya akan dapat awek baru, saya masuk National Service saya dapat awek baru, saya masuk UITM saya dapat awek baru, saya masuk kerja pun saya dapat awek baru, dah kahwin pun saya mampu dapat awek baru. Saya bangga. Motto hidup saya adalah, I came, I saw, I conquered. Veni Vidi Vici. Alaaa, yang macam tulis dekat kotak rokok tu.


Saya rasa saya hot, Saya boleh dump mana-mana perempuan sesuka hati saya. Girlfriends saya semua memang tak ada perasaan dekat saya pun. Saya tak boleh berjauhan dengan girlfriend saya. Lantaklah girlfriend saya nak menunggu saya sampai dorang berjanggut pun. Apa saya kisah. Saya ni memang tak boleh hidup kalau berjauhan dari girlfriend saya. Saya rasa terabai. So, kalau buah hati saya jauh mestilah saya kena cari awek lain. Tak gitu? 

Saya memang tak boleh pandang perempuan lain. Bila pandang perempuan lain, saya lupa semua janji-janji palsu saya dekat girlfriend saya. Ala, entah-entah girlfriend saya yang jauh tu pun main kayu tiga belakang saya. Macam lah saya tak tahu. Tapi takpe, saya maafkan girlfriend saya tu. Saya kan hot. Saya pakai buang je semua gadis-gadis dalam koleksi saya. Cita-cita saya memang nak jadi gigolo berjaya pun. Oops, dah tercapai pun cita-cita saya tu. Hehe.

# Girlfriend-girlfriend lu maafkan lu tak?
raar


Wednesday, February 16, 2011

Badut #2

Saya ini artis glamour. Satu Malaysia kenal saya. Saya berlakon, saya menyanyi, saya menari,saya model. Paling saya suka berlakon dalam slot cerita Islamik dekat RTM3. Yang pukul 9 tiap-tiap hari Jumaat tu. Sebab cerita-cerita macam tu tambah populariti saya dekat negara Islam macam Malaysia ini. Ramai penonton slot drama tu taw. Yela kan,saya nampak alim, nampak baik je dalam drama tu. Cerita Islamik, so kenalah pakai tudung kan. Baru saya tahu, ayu juga saya ini. Hehe.

Dalam cerita tu saya dapat peluk hero-hero hensem dan sasa. Saya suka sangat-sangat. Dah pengarah suruh saya buat scene tu, saya peluk jela. Saya bukan kisah sangat pun. Selalu dah saya masuk paper kantoi serbuan kelab-kelab malam apa semua. Naik rating akak nyah! Nampak saja cerita Islamik, adegan pegang megang kena la ada juga kan. Kalau tak macam mana nak nampak real cerita kami. Tapi tak apa lah kan. Saya ini pelakon yang cari makan. Saya cari rezeki yang halal. Yang penting halal tau!

# Halal ke?
raar


Monday, February 14, 2011

Badut #1

Berat saya dulu 67kg. Tinggi saya 163cm je. Bagi manusia ber-vagina macam saya ini, saya amatlah gemuk dan mempunyai bentuk badan yang amat memualkan. Dulu saya pakai baju besar-besar je. Tak berani nak fashion-fashion sangat. Keluar rumah saya mesti pakai baju XXXL dan tudung bawal paling besar sekali. Suami saya asyik suruh saya diet je. Saya tak mampu. Saya memang kuat makan. Nafsu makan saya lagi besar dari tubuh saya yang umpama embryo gajah ini. Saya tak tahan dengan kutukan manusia-manusia di sekeliling saya. Suami saya pun tak lalu memandang saya. Saya frust.Tapi saya persetankan mereka semua. Janji saya dapt makan sepuasnya. Tetapi nafsu saya yang satu lagi tak dapat dipenuhi. Saya benci suami saya.

Pada suatu hari suami saya suruh saya pergi ke pusat kelangsingan badan. Beliau cakap beliau akan menanggung semua kos yang diperlukan. Saya amatlah excited terlompat-lompat sampai bergegar kondominium yang kami tinggal. Marah orang-orang rukun tetangga. Lalu selepas diherdik jiran-jiran, saya menuju ke pusat kelangsingan tersebut. Sesampai je di situ, mereka menjanjikan saya tubuh umpama Rozita Che Wan dalam masa kurang sebulan sahaja. Sekali lagi saya melompat kegirangan.Dan sekali lagi......paham-paham jela.

Kini tubuh saya amat langsing sekali.  Saya keluar majalah dan program TV. Yang mereka duk tayang gambar sebelum dan selepas tu. Mula-mula setakat pakai shawl nampak dada dan kebaya jarang saja. Lama-lama, itu semua saya persetankan. Sesekali ada juga yang datang mintak autograf dan berkata saya umpama Kim Kardashian. Saya bangga. Tudung telah saya buang. Sekarang ini kalau tak pakai baju nampak ketiak, saya takkan keluar rumah. Suami saya kini bila keluar tak pernah melepaskan genggaman tangan saya lagi seperti dahulu. Beliau pun turut berbangga dengan saya. Setiap malam saya tak pernah berhenti bekerja untuk suami saya. Saya tak pernah gagal membuktikan kewanitaan saya. Saya tak malu kerana saya bangga dapat menjadikan tubuh saya idaman dan bahan lancapan warga jantan.


# Ini bukan promosi pusat keLANGSIngan badan.
raar


raar