Monday, March 21, 2011

Badut #5

Saya ini anak muda. Masih lagi remaja. Bercita-cita untuk hidup dalam kebebasan. Bagi saya dunia ini dunia anak muda. Anak mudalah yang menghidupkan dunia ini. Saya gilakan kebebasan dan saya mahukan kebebasan. Saya seorang yang anti-establishment. Rambut saya panjang. Pakai baju compang-compang. Saya baca buku komunis. Karl Marx adalah idola saya. Falsafahnya pegangan hidup saya. Saya mahu negara ini di bawah kehendak anak muda.

Saya benci kerajaan, saya benci peraturan, saya mahukan apa yang saya mahu. Kerajaan sekarang semua bodoh. Tak bagi apa-apa kesenangan langsung kepada rakyat. Hukum-hakam peraturan bodoh bergelimpangan untuk menghukum mereka yang teraniaya. Saya dapat rasakan mereka hanya menggunakan wang rakyat untuk kepentingan pak-pak menteri sahaja. Argh! Sudah terbukti kerajaan ini nepotist dan kapitalis. Pilih bulu sampai saya pun berbulu. Setiap kemajuan yang dilakukan pasti ada kegelapan wang dan rasuah yang berlaku. Macamlah saya tak tahu.

Saya bukan poser taw
Saya tahu semua projek dalam Program Transformasi Negara itu hanyalah dakyah bodoh semata-mata. Konon nak tunjuk yang kerajaan sekarang prihatin. Alah, macam lah saya tak tahu tu semua sogokan untuk rakyat mengundi dacing. Dasar dacing bodoh. Dacing itu sendiri sepatutnya dilabel rakyat di sebelah kanan dan si pembesar di sebelah kiri. Ini tak, yang nampak adil dan setara hanyalah kekayaan sang menteri. Dan jangan cakap lah kita semua tak pernah terima rasuah. Yang kita duk megundi sebab orang datang bagi sumbangan beras dekat kita dan tar jalan sampai laman rumah kita tu pon kira rasuah jugaklah bodoh! SPRM pun bodoh! Macamlah saya tak tahu.

Bagi saya yang berjiwa anak muda ini saya benci apa sahaja yang kerajaan lakukan. Tidak memberi apa-apa kebaikkan kepada kami anak muda. Apa sahaja program yang dilakukan kerajaan buruk di mata saya. Lebih-lebih lagi si perempuan gemuk yang kaya tapi tak tahu pergi slimming badan dan rambut tu. Termuntah saya tengok. Mana kebebasan kami? Kami merasakan negara ini hanyalah parasit yang menghisap kudrat dan keringat kami. Sebab itu apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan saya persendakan dan akan saya kutuk dalam blog-blog saya. Semua usaha kerajaan itu hanyalah bohong semata-mata!

Bagi saya yang berpandangan jauh macam saya. Perjuangan saya ini hanya berlaku dalam internet sahaja. kerana saya masih tidak lagi mampu untuk bangkit dan membangkitkan anak muda untuk anarchy dan coup d'état sama itu kerajaan bangsat. Pelan-pelan kayuh lah katakan. Tapi takpe. Saya masih lagi muda, banyak lagi masa. Fuck kerajaan, kerajaan bangsat!!! Itulah motto saya.


# Mak bapak kau yang tak muda dah tu kau taknak fuck?
## Bebas macam mana lagi kau nak?
### Kau dapat hidup sampai sekarang ni sebab apa pulak ye?
raar


13 comments:

Raihana Izzati said...

wow. full with rage.

skrg ni pun dah xboleh luah sgt kat blog. Dah ada akta minta2 password bagai. apakah?

=_=

N,, advice utk "dia",, guna jus mate5. lol.

ghost said...

sebenarnya entry ini untuk kau atau untuk anak2 muda yang merasakan bahwa dia hidup atas tanggungan sendiri...yang hidup dengan membangunkan kepercayaan bahwa negara ini juga terbangun dengan kepercayaan sebegitu...

tapi aku cuma membayangkan kalau entry ini sekadar memulangkan paku buah keras pada pemikiran dan suara2 protes mereka...itu jer.

eszol raar said...

@ghost writer

ko dah baca banyak entry badut yg dahulu2

semua entry badut aku not just a one way criticism

burhan al-hilmi said...

"Lebih-lebih lagi si perempuan gemuk yang kaya tapi tak tahu pergi slimming badan dan rambut tu."

HAHAHAHAHAHA

hati2 kutuk kerajaan bro..bak kata afdlin shauki, berhemah dlm kutukan..

ape2 pun ak suke post ni..kutuk biar kene target..

± said...

your #badut series~ mind blowing as always!

Sca Ndx said...

saya takut, saya nak hidup senang, kena lah ikut cakap orang.

shfqemir said...

confirm ramai terasa. bersepah-sepah orang macam ni. cakap gedegang-gedegang tapi ilmu cetek. berpegang pulak kat pegangan yang tak lebih sekadar ilusi dan angan-angan kosong=.=''

Duniakuabstrak said...

hoi hoi sedap-sedap je kutuk aku
hahaha

orang muda kena Lantang, baru orang tua tersentak dari syurga dunia, kaLau takde orang bising naik Lemak La 'mereka-mereka' itu

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

mari kita bangkit ... ini ok tak ?

Berto said...

hah, apa lagi polis, tgkap dia ni, tangkap..keh keh

Hansyirah Takezur said...

yep.. tentang dlm blog je la.. wat rusuhan takleh.. terus kne smbur gas...

Akim Iqbal said...

ke mana dia

Akim Iqbal said...

Raihana.. banyak komen la

raar