Friday, March 11, 2011

Draft Draft

Hari ini hari Jumaat. Sila baca lebih lanjut untuk mengetahui lebih lanjut dan janganlah berharap anda akan lanjut usia mahupun lanjut pada anggota badan yang berkenaan. Berikut yang lanjut merupakan draft draft yang terdapat dalam telefon kecil gua yang sudah lanjut.

Puncak kebodohan orang yang bijaksana adalah marah.

Freemason? Pernah tengok Green Zone tak? When there is a belief, there will be someone who will against it. This group who who do not believe the existence of Freemason is also created by the Freemason in order to make the Freemason looks fictional.

Kenapa kita masih lagi percaya pada momokan bodoh hantu yang tidak wujud sedangkan kita tahu perkataan hantu itu sendiri datangnya bukan dari Bahasa Melayu sendiri. Malahan kita juga tahu bahawa roh orang mati tidak berada di atas bumi. Sebab tu hantu tak jejak bumi. Argh! Ini semua salah burung hantu.

Kahwin muda? Ini dunia akhir zaman. Budak-budak yang lahir ke dunia makin lama makin kecil fizikalnya dan juga makin lambat kematangan mereka. Nak kahwin awal? Takut nanti pusat yang banjir nya.

You need to prepare your own argument. Intellectual argue lead to the best solution.


Nak tegur, tegur sajalah. Tapi bila tegur macam kau tu perfect sangat, agak-agaklah la. Tak tegur tak jadi orang. Haaa...kan gua tengah menegur ni. Lu dah jadi orang!

RTM3 Isnin hingga Khamis pukul 7 mesti cerita cinta. 10.30 Selasa sampai Khamis mesti cerita cinta juga. Khamis malam tahu pulak letak cerita hantu. Owh, bawak awek pergi makan lepas pukul 8, kena tengok cerita cinta biar dapat kumpul ayat. Bila dah pukul 10.30, dah sampai kedai boleh layan cerita cinta lagi sambil pegang-pegang tangan. Khamis malam Jumaat apa barang lepak kedai, cerita hantu, so clubbing lah!

Rais Yatim? Two words. Double standard.

Semua drama mahupun filem yang disiarkan dalam negara kita banyak diselitkan bibit-bibit cinta. Tak habis-habis cinta. Cliche sungguh. Sampai ada yang buat blog pasal cinta. Aduhai. Cinta seolah-olah memainkan peranan besar dalam kehidupan setiap manusia. Argh! Mungkin kerajaan nak tingkat populasi penduduk negara agaknya.

Orang lain makan masa orang lain. Kalau gua meeting dengan lu sampai pukul 3, lu jangan lah nak extend sampai pukul 5. Gua ade life jugak. Diluah mati emak, ditelan mati bapak, dikemam mati pucuk.

# Memory full
raar


12 comments:

~~su manje~~~ said...

Visit you
my friend....
have a nice day in friday

ghost writer said...

apsal ko layan tv3.kira ko peka jugak ek pasal program tv3..

aku cuma tau malam sabtu malam minggu ada LIVE BPL kat channel 812,813,817.

pegi mampus lar freemason.mana orang nak amik tau sekarang nih.hayun jer semua..

orang malaysia perlukan cinta untuk membina ummah..wallaweh!!

burhan al-hilmi said...

ak tau eszol..kau pun antara spesis Malaysian yang layan2 drama cinta2 ni kan..semua waktu slot tv3 kau tau..

Rais yatim?..amah..

kahwin muda?..daripada kau usung anak dara orang ke hulu ke hilir..pegi dating pastu asyik stim je..bukak buku asyik ingat dia..baik lah kahwin..

Dark Half said...

banyak btol isu dlm 1 entry. semua gua like

#benda2 berkaitan freemason dah jadi joke sekarang sbb diorang terlalu beriya-iya

#hantu - mungkin jin seronok nak bermain-main hide-n-seek dgn manusia yg penakut dan bodoh. tetiba teringat kisah rumah sewa berhantu shah alam

#nak tegur manusia biarlah pakai akai, kang kena tegur dgn hantu kita jugak yg melatah takut smpai terkencing-kencing..hehe

#rtm3 bleh jugak dipanggil saluran inspirasi chenta terkini

kau sibuk sangat ke lately?baca part akhir tu buat aku gelak guling2

Solihin Zubir said...

selagi tak tukar kerajaan, camtula.. heheh..

Rie said...

aku pun rasa drama2 melayu ni cliche
same je mesej yg nak dibawa
drama cinta, hantu dan cinta lagi
mana ntah yang betul2 merangsang mental
semuanya emosi, emosi dan emosi!

daisy said...

saya sudah fenin la..

Sca Ndx said...

dah cinta je cerita boleh buat

takkan nak buat cerita ala-ala gerak khas?

lagi kelakaar. hheeh

Hansyirah Takezur said...

wadde.. dikemam mati pucuk? haha..

that is Malaysia.. sometimes macam puzzle duk kat malaysia ke kat bollywood. main theme: cinta, korporat.. adeii..

Warna Warni Kehidupan said...

dorang wat cite cam tu sebab ramai yang tengok...ramai yang suka...yang kat tv3 tu dari 6.30 tukar jam 7.00 nak kasi orang sempat balik rumah tengok..tak pasal2 secara sedar atau tidak penonton2 tu sume lewat solat magrib...sape nak tanggung dosa...sendiri mau ingat..

*bab meeting yang meleret2 tu aku sokong 1000%..selalu sangat ambik waktu santai orang...huh..

hiro said...

pergh!

Amiey White said...

kenapa amiey suka layan kartun je >.<
hihihi

raar