Wednesday, March 2, 2011

Badut #4

Saya ade blog. Saya gemar menulis. Saya tulis macam-macam dalam blog saya. Bila saya kata macam-mcam bermakna macam-macamlah yang saya telah tulis di blog saya. Tak percaya? Tengok sahajalah blog saya. Tapi perkara paling saya suka tulis adalah perkara yang dapat membuat saya mengutuk orang. Saya suka mengutuk orang. Saya gembira sekali bila saya dapat mengutuk orang. Saya selalunya tak adalah mengutuk orang secara terang-terangan. Saya jenis kutuk-kutuk perli gitu. Takot lah nak kutuk-kutuk direct ni. Entah nanti saya pula yang kene saman. Saya mana kaya. Life saya dengan blog saya sahaja. Mana nak datang duit kan? Saya suka gelarkan diri saya sarkastik. Saya sangat sarkastik. Hehe.


Saya rasa saya ini expert dalam menilai habit-habit dan tabiat serta perangai manusia. Kalau saya rasa ada perkara tak berkenan dekat pandangan saya, saya akan mula menulis perkataan-perkataan yang memerli manusia-manusia tersebut sehingga menjadi ayat yang pedas sepedas sos peri-peri Nandos. Perkara-perkara yang menwujudkan perbezaan antara manusia adalah tidak elok. Bagi saya, saya ini dijalan yang betul. Mereka semua tu salah. Niat saya baik. Saya harap akan lebih ramai yang sedar ada sesetengah perkara itu wajar untuk tidak dilakukan daripada dilakukan. Saya cuma ingin menyedarkan mereka daripada syok sendiri dan terus digelak-tawakan oleh orang ramai. Kasihan mereka. Tapi jangan marah saya tau. Menulis dan bersuara itu hak saya ok!

Saya ini memang jenis tak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara yang saya suka perhati. Nak buat macam mana kan. Saya memang tak ada life. So, saya dok perhati jela perangai-perangai manusia di sekeliling saya. Walaupun saya tak ada ijazah mahupun master dalam social study, dengan berbekalkan lidah yang tajam dan otak yang ligat, hingga hari ini saya mampu memerli dan menyedarkan ramai manusia di muka bumi ini. Saya rasa banyak pahala dah saya dapat. Tapi tak tahulah betul ke banyak. Kan pahala semua tu tergolong dalam perkara-perkata sami'yat. Haaa...jangan ingat saya tak belajar agama Islam tau! Hehe.

Bagi saya, saya bukan mengata orang pun. Saya cuma menggunakan salah satu teknik dalam psychology untuk meng-insafkan mereka-mereka yang lalai. Apakan daya. Kita manusia di muka bumi ini kan khalifah. Kena la terus-terusan melakukan dakwah dalam apa cara sekali pun. Saya paling pantang kalau orang ramai cuba-cuba untuk membuat trend atau style terbaru. Apakah mereka itu semua tak ada identiti tersendiri? Cuba la jadi diri sendiri. Kalau Islam ikut la cara hidup Islam. Ini tidak, seorang nak jadi macam Arab, seorang nak jadi macam India, seorang lagi entah apa-apa. Bagi saya benda yang pelik-pelik ini seharusnya dibanteras habis-habisan. Kita memang la hidup bermasyarakat. Tapi apa yang membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain itu amatlah tidak boleh di terima. Kita perlu satu identiti bak 1Malaysia gitu.

Saya tak tahulah kenapa saya ini sungguh berkarisma dalam menulis. Terasa bagai pakar motivasi pula. Yang pasti, saya akan terus menulis demi membongkarkan misteri-misteri yang wujud dalam masyarakat era ini demi kejayaan dan pembangunan sejagat. Saya yakin saya mampu melakukan perubahan dalam masyarakat yang serba tak kena di pandangan mata saya ini. Saya mengharapkan semua manusia mampu bersatu dan hanya mempunyai satu identiti. Perbezaan itu hanya membawa padah. Jangan pelik-pelik ye. Jadilah diri sendiri.


# Kau manusia sempurna!
raar


19 comments:

luna said...

kikikiki

Amiey White said...

oooooo...saya rasa awak dah sangat sopan ni.

Sufia Mahzan said...

mmg sarcastic! hehehe..

Liyana Lunia said...

sopann !

Irwan said...

barulah sarkastik! kudos to eszol! cayalah! aku nak rekomen kat u know where boleh?

~* chirpy_chummy *~ said...

alahaii..awak nii...


ggg

Anonymous said...

Kekekekeh eszol tak terase ke?

Anonymous said...

Biodata diri ke ni Eszol?

burhan al-hilmi said...

pergh eszol..
'saya' rasa la kan, ni kali pertama 'awak' guna perkataan 'saya' sebagai ganti diri..

bak kate uncle najib, berbudi dlm blogging..
jadilah 'dri sndri'..teruskan 'karisma' anda dlm menjadi 'agen perubahan' dlm masyarakat..
ecece

Lucifer said...

LOL, you are reflecting yourself, eszol! winrar!

woot-woot said...

kau tujukan kat sarkasis dengan terfaktab ke ?


what can i just say ? AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR,tapi cara salah..

cara penyampaian tu penting,gambarkan level iman kite celah mane

suruh orang solat, tapi ko duk mencarut bagao,,for what ?


psttt..aku tak cakap kat ko..haha


nak kate aku bajet tahu ? go on..aku da penat bergadoh dengan otai2 blog ni..wakakka..aku x kisah kalau orang nak bergadoh lagi ngn aku..haha

woot-woot said...

cibai typo bagao : bagai

± said...

phoahhh! wa suka ini badut#4
long live sarcasm!hehe..

Lucifer said...

mencarut detected,
woot-woot; cibai typo bagao : bagai.

LOL, the bangau of the day.

eszol raar said...

*entry kena batang hidung sendiri

podeh3 said...

salam...

wa ske cara baru lu eszol. kadang2 kat luar sana pun da ade org benci, ni plak nak tambah lagi benci kat tempat kte berpena. sarcastic tul la. haha..

(ambil hati Najib eh.)

Hanis Manis said...

i'm feeling something fishy here. haha.

but this is what we call sarcasm. direct in indirect way. ;)

Irwan said...

sarkasm = baling batu sembunyi tangan. pastu buat bodoh...

sometimes its funny.
sometimes its just a dummy.

Akim Iqbal said...

so many commennnntors a.k.a #keyboardwerrior.

raar