Oleh kerana gua telah dipaksa dan diperas ugut untuk menyambung cerita berantai dari seorang bapa dan merangkap suami, Irwan, lalu entry ini diciptakan. Walaupun hidup gua sekarang amat bercelaru dan terumbang-ambing kerana anak-anak ayam gua sudah dewasa dan bukan lagi anak-anak seperti dahulu kala. tetapi gua gagahkan jua. Maka dengan rasa terpaksa dan hormatnya gua akan menyambung cerita beliau. Nak buat macam mana kan. Kita budak-budak kena la hormati mereka yang lebih berusia. Dan yang lebih berusia pulak kena la ingat, respect is earned not given. Ini sambungannya.
![]() |
| Irwan |
Ada orang tengah nak buang bangkai tauke dia jugak cam aku. Lalu aku tegur lelaki tersebut sambil bertanya beliau adakah beliau sudah makan. Beliau pun menjawab dengan nada suka hati sambil memberitahu bahawa dia sudah pun makan. Maka kami membakar mayat tauke kami secara berjemaah ala pembunuhan kejam Sosilawati Lawiya. Sebelom itu sempat juga aku kebas beberapa keping kad kredit platinum dan berbagai wang dari seluruh pelusuk dunia milik tauke-tauke berkenaan. Selesai sahaja pembakaran yang berbau seperti kacang tanah digoreng, aku pulang bersama lelaki berkenaan. Time inilah aku sempat bertanya nama beliau. Berikut adalah dialog yang berlangsung antara kami berdua.
"Nama apa bang?"
"Najib" jawab beliau yang turut membawa isteri beliau yang berambut kembang seperti singa.
"Kenapa bunuh tauke tadi bang?" tanyaku sambil takut-takut kerana sedang di jeling manje oleh si rambut kembang.
"Biasalah. Dia degil tak dengar cakap siapa suruh. Dia tu boneka abang je. Abang ni yang tauke. Kau pulak?"
"Semua kerana kapitalis babi lupa diri yang rezeki itu bukan hak mereka semata-mata"
"Abang paham. Abang paham. Abang kapitalis juga, tapi kapitalis baik hati. Kena ingat yang niat tak menghalalkan cara" Balas beliau sambil membuat muka dungu dengan lagak brader-brader.
"Saya baru perasan. Nama abang macam Perdana Menteri Malaysia la. Abang jangan la pulak cakap nama bapak abang Tun Razok" Aku menukar topik kerana malas melayan si dungu yang jahil.
"Haa, tu bapak gua la tu. Adik ni tak perasan ke abang la yang selalu masuk RTM3 tu. Tu yang dekat belakang abang tu laki abang la. Cute tak die?" jawab beliau sambil bermuka bangga dan riak.
"Cute bang. Cute sangat-sangat. Mencanak adik saya ni walaupun penat membunuh tadi" jawabku untuk mengambil hati beliau moga-moga dapat tender sekolah.
"Bedebah punya budak! Laki aku tu! Yang, cekik dia. Kita C4 je budak ni" Jerit beliau.
"Bereh bereh" jawab si perempuan berambut kembang hodoh yang duduk di belakang sambil tersenyum kegirangan.
Akhirnye aku bukan sahaja berhenti bekerja. Aku juga berhenti bernyawa. Sekian.
# Mana ada kapitalis baik hati. Tunjuk sini bukti!
raar




