Showing posts with label doubt. Show all posts
Showing posts with label doubt. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Kontrol Histeria


kontrol histeria 
Kisah didalam blog ini hanya rekaan semata-mata yang mungkin berkait rapat dengan kisah-kisah benar yang sudah diputarbelitkan untuk menjadi sesuatu yang lebih menarik. tidak mengandungi keperimanusiaan, penuh dengan cerita kerat-mengerat, seks rambang, pedophile dan sebagainya mengikut selera penulis.


Berikut merupakan penyataan empunya blog Kontrol Histeria. Gua setakat ini masih lagi kurang mengerti apa yang yang dimaksudkan dengan Kontrol Histeria. Setahu gua kontrol itu adalah perkataan 'control' yang telah dibahasamelayukan pengejaannya. Histeria itu pula membawa maksud selaku perlakuan yang menunjukkan ketakutan melampau dan tidak terkawal. Apakah blog ini sebenarnya berfungsi sebagai straightjacket dan topeng seperti untuk mereka yang mempunyai masalah mental? Adakah blog ini bertindak sebagai asylum untuk mereka yang mental dan mempunyai sifat-sifat melampaui batas normal? Mungkin sekali empunya blog ini sekadar bikin gempak menamakan blognya sedemikian rupa. Biasalahkan, pengguna blogspot ni ramai, susah nak memilih URL yang sesuai untuk blog. 

Tetapi setelah pengamatan dilakukan diblog berkenaan rupanya blog ini memaparkan sebuah genre yang dianggap asing dan pelik pada persepsi masyarakat. Blog ini benar-benar bertindak sebagai straightjacket kepada pemasalah mental dengan menyediakan ruang dan tempat untuk mereka berkarya dengan karya yang sering kali dianggap taboo. Kontrol Histeria juga boleh dikatakan telah menjadi asylum untuk mereka yang mempunyai permasalahan daya pemikiran yang aneh dan juga melampaui batas perikemanusian. Setakat ini ianya menempatkan 15 pesakit yang hampir kesemua mempunyai gelombang otak yang lain daripada majoriti individu dalam masyarakat.

Sememangnya empunya blog bikin gempak dengan memberi nama sebegitu  pada blognya tetapi inilah yang dinamakan kebajikan kerana ia bukan sahaja memberi peluang untuk mereka berlima belas melampiaskan nafsu berkarya masing-masing, tetapi juga memberi peluang kepada sesiapa untuk menghantar karya untuk dipaparkan di blog berkenaan. Usaha murni seperti ini jarang-jarang sekali berlaku didalam dunia moden harini. Sesungguhnya usaha murni empunya blog ini yang prihatin kepada golongan yang terpencil adalah amat-amat patut disanjung tinggi.

Dan bercakap mengenai genre pelik ini, setiap karya mesti mempunyai peminatnya yang tersendiri dan tidak terkecuali juga genre diblog Kontrol Histeria ini. Dalam kurang beberapa hari ia diperkenalkan kepada umum, setakat harini sudah menunjukkan terdapat lebih daripada 100 orang followers dan 111 likes di Facebook pages mereka. Ini menunjukkan masih ramai lagi yang diluar sana meminati dan mempunyai sifat-sifat aneh dan daya pemikiran luar daripada batas perikemanusian. Untuk melawati blog berkenaan, klik sahaja pada logo Kontrol Histeria di atas. Segala penghantaran karya boleh dilakukan kepada email kontrol.histeria@gmail.com 


# 18 tahun dan keatas sahaja dan blog ini bebas parental guidances
raar


Wednesday, May 4, 2011

Mari Mendera

Dera merupakan kata akar yang kalau dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka akan didefinasikan sebagai pukulan serta hukuman. Mendera pula bermaksud melakukan aktiviti dera. Tapi persetankan sahaja definasi tersebut kerana bagi gua dera itu amat subjektif. Dera itu boleh diklasifikasikan sebagai satu perbuatan yang bukan sahaja akan menyakiti seseorang tapi juga akan menyebabkan kebencian wujud keatas si pendera yakni datang daripada si mangsa. Pendera itu apa pulak? Fikirkanlah.

  • Kalau anda merasakan mencucuh rokok ke atas badan anak-anak anda atau isteri anda itu kurang memberi kepuasaan Maka cucuh lah mereka dengan rokok keretek kerana rokok keretek mempunyai bara yang amat sukar untuk dipadamkan dan juga agak murah untuk dibeli. Ianya bukan sahaja dapat meninggalkan bau-bauan yang agak wangi kepada mangsa, bahkan dapat menjimatkan kos tanpa perlu membeli ash tray.
  • Merengek setiap malam ketika melakukan seks. Aktiviti ini sesuai dijalankan ketika anda sedang berkongsi rumah sewa dengan rakan-rakan anda  dan rakan-rakan anda tidak pula mempunyai teman wanita untuk dibawa pulang kerumah sewa. Aktiviti ini juga bukan sahaja mampu mendera batin rakan serumah anda, ianya juga dapat menyampaikan mesej-mesej tersembunyi bahawa rakan serumah anda tidaklah kacak dan amat perlukan seorang teman wanita untuk digunapakai didalam bilik masing-masing.
[source]
  • Jikalau anda mempunyai teman wanita yang kurang memuaskan citarasa anda, maka kutuklah mereka dengan nada manja seperti menggunakan ayat-ayat, "You ni gemuklah yayang", "Banyak betul jerawat dekat muka you ni yayang", "You pakai tudung macam adik I yang 8 tahun tu je yayang". Ya, tambahlah perkataan "yayang" dibelakang setiap ayat kerana ini dapat menunjukkan bahawa anda sedang bermanja-manja dan untuk mengelakkan daripada ditinggalkan. Believe me. This kind of dera works effectively. Jangan risau sebab teman wanita anda pun sedang mendera anda dengan rupa beliau yang sedemikian rupa.
  • Bila sedang membentangkan manifesto sewaktu atau sebelum pilihanraya dan ketika di ceramah-ceramah umum, bentangkanlah manifesto anda dengan muka confident dan amat yakin akan kemenangan itu milik anda kerana jikalau anda kalah, anda akan dikenang sebagai salah seorang yang bergaya dalam memberi ucapan dan sangat berkarisma. Mangsa anda akan terdiri daripada pengundi anda. Tetapi mangsa anda yg paling ter-mangsa-kan adalah mereka yang bukan pengundi anda. Jikalau anda  menang dan merupakan pembangkang kerajaan, maka mangsa anda adalah rakyat kawasan anda. Kerana ramai tahu bahawa kawasan pembangkang akan jadi kawasan mundur.


# Dera itu menguatkan diri anda.
raar


Monday, April 11, 2011

Annoyance and Perspective About It

Everybody is annoying. That is fact. It's all depends on people acceptance. And yeah, it's all about the perspective of people have on you. So stop bullshiting yourself. Face it! You too are annoying as much as the people you are accusing of annoying. Just live life. We are born with this shit for reasons remember? This is my perspective, either you find my statement annoying or not, it's all up to your brain. And remember, karma's a bitch!


# Tak habis-habis perspective. Cliche la kau ni!
## I am trying to be annoying as much as I can.
### Try google translate semua dekat ayat kat atas ni. Lagi annoying weyh!

raar


Wednesday, April 6, 2011

Kenapa Wan Azizah Tak Tunjuk Jam Omega?

Sidang media telah dilakukan oleh isteri Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah bersama Karpal Singh, Nurul Izzah serta Kahlid Ibrahim siang tadi sebagai respond kepada penyiaran video seks yang didakwa menunjukkan Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang amoi yg boleh tahan. Apabila wartawan bertanyakan mengenai di mana jam berjenama Omega milik Anwar Ibrahim yang didakwa hilang di dalam sebuah bilik hotel, soalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Wan Azizah, keluarga dan beberapa pemimpin yang hadir dalam sidang media itu. Nak tahu kenapa Azizah tak nak tunjuk jam tu?


Sila maklum bahawa jawapan kepada persoalan di atas yang bakal anda ketahui selepas ini telah di deduce kan atau dijelaskan oleh seorang kanak-kanak yang masih belum baligh. Sekian harap maklum.

Kerana pihak Anwar Ibrahim adalah tidak bodoh. Hal ini demikian kerana, pihak Anwar Ibrahim sudah boleh membaca taktik fabricating evidence yang bakal dilakukan oleh musuh mereka. Taktik fabricating evidence ini hanya boleh dilakukan apabila model dan bentuk fizikal jam berjenama Omega itu dikenalpasti oleh musuh mereka. Maka, keengganan Wan Azizah untuk menunjukkan jam tersebut adalah kerana tidak mahu musuh Anwar akan dapat mengenalpasti akan model jam tersebut dan fabricate a proof seperti resit pembelian atau apa sekali pun yang mampu menunjukkan wujudnya pembelian jam tersebut yang bertarikh setelah tarikh pendedahan yg dilakukan Datuk T beberapa minggu lepas. 

Tak paham? Ini ada satu contoh.

Apabila Wan Azizah tunjuk jam berkenaan pada wartawan maka musuh Anwar akan tahu apakah model jam berkenaan, dengan itu mereka akan senang-senang membuat satu resit pembelian jam yang sama model dengan yang dimiliki Anwar dan resit berkenaan akan menunjukkan tarikh pembelian yang semestinya bertarikh selepas tarikh pendedahan yang dilakukan Datuk T. Maka resit ini akan mampu menyangkal kenyataan Wan Azizah yang mengaku bahawa jam tersebut didalam simpananya dan tidak hilang. 

Kemudianya, Wan Azizah akan pula dituduh membeli jam yang sama model seperti jam yang dilaporkan hilang setelah jam itu dilaporkan hilang dan Datuk T pula akan tiba-tiba mengadakan sidang media untuk menunjukkan jam Omega yg berada dlm simpanan mereka yg pada mulanya didakwa hilang dalam bilik hotel berkenaan. Jam yang bakal ditunjukkan oleh Datuk T berkenaan sudah pasti seiras dan sama seperti yang ditunjukkan Wan Azizah. Maka musuh Anwar bukan sahaja mampu menunjukkan jam yang sama bahkan dapat menunjukkan resit yang bakal menyangkal kenyataan Wan Azizah.
 
Kesimpulanya, ada sebab kenapa Wan Azizah tidak mahu menunjukkan jam Omega tersebut kepada pihak media. Kalau tak paham lagi kenapa, baca la banyak-banyak kali alasanya di atas. Budak-budak belum baligh pun boleh pikir semua benda ni. Apa lah nak jadi dengan Malaysia ni. Takkan nanti budak 10tahun dibenarkan bertanding pilihanraya pulak.

# Boleh percaya ke budak ni? Mengarut je lebih.
raar


Monday, April 4, 2011

EPIC: Leaked Anwar Ibrahim Sex Video

Ini merupakan leaked video seks Anwar Ibrahim. Orang ckp ni part three punya je. Entah la. Tapi tak ada pun adegan seks dalam video ni. Cuma ada seorang amoi, manusia berupa seiras Anwar Ibrahim serta seorang manusia melakonkan watak bapak ayam. Mungkin motif terdedah nya video ni sebab nak tunjuk yang betul-betul ada manusia berwajah seiras Anwar Ibrahim dalam video terbabit. Biasalahkan, pilihanraya Sarawak dah dekat. Ini kan Malaysia sebuah negara yang banyak pilihanraya kecil, taktik ni semua memang senang-senang je nak di-deduce kan oleh seorang kanak-kanak yang belum baligh mcm gua. Besar punya frame gua bg ni. Enjoice guys!


# Macam Anwar Ibrahim tak?


Ragam Orang Baru Bangun Tidur

Kajian ini telah dilakukan secara independent tanpa memerlukan modal serta bantuan kewangan yang memeritkan. Atas dasar-dasar prihatin dan kebosanan, maka terlahirlah kajian ini secara sengaja. Terima kasih kepada saudara Adib yang melontarkan idea kepada tajuk entry ini kali ini dan saudara Burhan kerana menyumbangkan first point.  Sesiapa yang ingin memohon special request entry silalah hantarkan email kepada gua. Jikalau mampu dan terdaya, permohonan anda akan di entry kan. Sesungguhnya setiap manusia yang baru bangun tidur itu mempunyai perangai dan ragam masing-masing.

SNOOZE ALARM HANDPHONE
Aktiviti ini seringkali dilakukan bagi mereka-mereka yang bergantung harap kepada handphone masing-masing. Sering kali handphone mereka mengeluarkan bunyi-bunyi nyaring untuk mengejutkan mereka daripada pembaringan maka mereka akan membantah dan menunjukkan protes mereka terhadap handphone tersebut. Handphone-handphone ini jikalau tidak di-snooze-kan sehingga 5 atau 6 kali, handphone tersebut akan akhirnya ditolak ketepi sehingga jatuh daripada katil. Seringkali juga berlaku kejadian tuan empunya handphone dibaling dengan handphone nya sendiri kerana tuan handphone tidak bangun-bangun tetapi member sebelah katil yang bangun. Ambik kau!

MENGUTIP RAMBUT YANG BERSEPAHAN
Aktiviti ini pula dijadikan sebagai kerja separuh masa bagi mereka-mereka yang bergelar perempuan atau lelaki yang berambut panjang. Daripada mengeliat atau melakukan tekan tubi seperti manusia lain lakukan, mereka lebih gemar mengutip rambut mereka yang keguguran di sekitar tilam, bantal serta bilik mereka. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai kadar keguguran rambut yang hampir sama tahap dengan pesakit-pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi. Nasihat gua, beli vacuum jela.


MENGELUARKAN TANGAN DARIPADA SELUAR DALAM
Kejadian ini berlaku sendiri di hadapan mata gua. Seringkali gua lihat adik serta sepupu-sepupu gua yang berjantina lelaki melakukan aktiviti sedemikian dalam keadaan separa sedar. Berbeza daripada EP kumpulan Hujan yang menggunakan tajuk Check Check Rock Rock. Golongan ini menggunakan idealogi Check Check Basah  Tak? setiap kali mereka sedar diri daripada mimpi-mimpi sebarangan. Gua setakat ini masih musykil terhadap apa yang mereka lakukan ketika sedang tidur tetapi yang gua pasti mereka mempunyai tahap keraguan yang tinggi terhadap kemampuan mereka untuk menahan rembesan-rembesan kotor ketika mereka sedang tidur. Setakat ini perempuan belum lagi gua berkesempatan untuk mengkaji. Ada sesiapa nak volunteer?

BERLARI KE ARAH TUDUNG SAJI
Check Check Ada Makanan Tak? Mungkin inilah idealogi bagi golongan ini pula. Golongan-golongan ini selalunya mempunyai kepanjangan usus yang luar biasa dan lebih mengutamakan makanan kerana sesungguhnya makan yang cukup itu membina tubuh yang sihat. Jikalau lembu mempunyai 4 bahagian perut, golongan ini pula mungkin mempunyai tong dram yang mampu dimuatkan dalam perut mereka. Tetapi janganlah kita membenci golongan ini kerana sesungguhnya gua tergolong dalam kalangan yang ini. 

TERCARI-CARI
Aktiviti ini lazimnya dilakukan oleh setiap golongan manusia tanpa kita sedari. Yang tidur mati akan tercari-cari kesedaran diri. Yang tidur ganas akan tercari-cari bantal busuk, selimut mahupun cadar yang jatuh dari katil akibat keganasan mereka ketika sedang tidur. Ada pula yang mencari handphone yang telah dijatuhkan ketika sedang menunjukkan rasa protes terhadap alarm. Tetapi yang paling kronik ialah mereka yang tercari-cari suami atau isteri yang mungkin telah ditendang ketika sedang nyenyak tidur. Dah nasib badan....so bagi mereka yang mempunyai modal yang sedikit untuk membeli king size bed dan mempunyai pasangan umpama ahli gusti profesional, jangan lupa memakai tali pinggang keledar sebelum tidur. Anda mampu mengubahnya.

# Tidur yang cukup itu awet muda. Tengoklah muka gua.
raar


Thursday, March 24, 2011

SPM 2010, Skandal Seks Anwar Ibrahim (lagi) dan Superheroes Datuk Trio

Sempena kekecewaan gua terhadap keputusan SPM 2010 dan sambil menyambut bala yang menimpa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim sekali lagi dan atas ketidak tahanan kegelihatian gua terhadap sistem perundangan Malaysia beserta lawak-lawak bodoh yang dilakukan oleh geng superheroes penegak keadilan yang baharu iaitu Datuk Trio yang dianggotai Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Shuib Lazim lalu gua keluarkan entry ni.

Ibrahim Ali mana? Kenapa bendahari Perkasa je yang join jadi superhero? Gua tak tahu. Dalam entry gua yang ini dia dah jadi superhero dah pun. Jadi apa yang gua perlukan sekarang adalah motivasi agar tidak terus-terusan kecewa dan pecah perut kerana menjadi rakyat Malaysia yang setia pada negara. Apa nak jadi dengan Malaysia? Pi tanya agong kita, pi tanya pemimpin kita. Layan jela video-video lagu perangsang motivasi ini.


Video last ini kita xaxau pulak.



The most motivating blog post of the day is FTSNC. He tell me the truth.


# Good men must not obey the laws too much. They will eventually manipulate it.
raar


Monday, March 14, 2011

Awkward Moment: Funbox Lift

Awkward dan awkward dan terus awkward. Gua tulis manglish this time sebab gua rasa penat nak menulis  dan rather than tulis english and nampak bodoh bagai. Bukan sebab awkward tapi penat. Gua tengah bercuti so gua lebih bahagia jika dapat konsentrasikan cuti gua dengan masa rehat yang berpatutan. Biasalahkan, orang macam gua ni sibuk memanjang. Takde life!

This incident berlaku a few weeks lepas. For your information, gua bersarang di salah sebuah tempat yang penduduknya kebanyakkan terdiri daripada warga African Country, Arab and China dan kediaman gua mempunyai lif. Senang cerita rumah gua bertingkat-tingkat. Before the incident happens gua baru sahaja selesai makan malam bersama rakan gua di sebuah kedai yang berjauhan dan ingin pulang ke sarang untuk tidur. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Bagi gua dan member-member gua yang tak ada life, kami menjadikan lif sebagai sebuah funbox untuk bergelak ketawa mengutuk foreigner kerana kami tahu mereka hanya tahu berbahasa melayu sikit-sikit sahaja. Apatah lagi untuk memahaminya. Di dalam lif lah kami mencari hiburan sekiranya ada foreigner yang berjaya mengambil perhatian kami. Ayat-ayat seperti "Wanginya awak" dan "Besarnye buah" merupakan joke-joke yang telah basi buat kami sehinggakan kadang kala hanya melihat mereka sahaja kami mampu berguling-guling kesakitan perut. Ok yg tu gua tipu. Tapi tengok telatah foreigner memang terhibur.

Nak dijadikan cerita, semasa gua masuk sahaja dalam lif, tiba-tiba datang sebuah couple join masuk sekali. So gua kebelakang sikit dan sandar pada dinding lif. The couple looks like African. But the girl is quite pelik. She was wearing a tank and short pants. She have all the low grade make up on her face. Including some weird facial hair. And the make up was so thick. Then while waiting for the lift to reach my floor I said "Tebalnya make up" and I look at my friend face. But my friend did not hear me so I repeat the word in slow mo version. TEBALNYA. MAKE. UP. And gua gelak-gelak. Suddenly...

Sebab saya nak pergi clubbing

Yeaah, that was the word that came out from her mouth. Gua sungguh terkejut dan terkelu lidah buat seketika. Perempuan tersebut toleh kebelakang dan menghamburkan kata-kata tersebut kepada gua. First time gua kena balik. Gua pandang muka dia sekejap then gua tunduk pandang lantai lif. Segan dan malu. Lelaki die pulak dah merapu cakap bahasa pelik-pelik dekat perempuan tu. Terdetik perasaan takut dalam hati gua tiba-tiba. Kalau kena tumbuk ke apa.

And to make my feeling worse, she got out at the same floor as mine. Gua cuak dia panggil gang dia hentak pintu rumah gua pulak. But it ends there. They went to the other side of the floor. Nasib baik dia tak caci maki gua lebih-lebih. Kalau dia marah gua sure gua balas balik "Is it a Halloween themed club you going?" Haha.

Perempuan tu lagi teruk daripada ni
So that was the story and my friend have a good laugh at me. Daripada selalu gelakkan foreigner, gua pulak kena gelak lepas tu. Karma's a bitch! Gua release cerita ni lambat sebab gua tunggu nak bertembung dengan perempuan tu balik. Mana tahu bila jumpa balik gua boleh lepak minum dengan dia pulak ke. Tapi malangnya gua tak jumpa dia lagi dah. Member gua cakap perempuan tu bukan African tapi Indian. Gua pun tak sure. Haha. 


# My nigga can say 'bungkus'. Sumpah lawak!
raar


Friday, March 11, 2011

Draft Draft

Hari ini hari Jumaat. Sila baca lebih lanjut untuk mengetahui lebih lanjut dan janganlah berharap anda akan lanjut usia mahupun lanjut pada anggota badan yang berkenaan. Berikut yang lanjut merupakan draft draft yang terdapat dalam telefon kecil gua yang sudah lanjut.

Puncak kebodohan orang yang bijaksana adalah marah.

Freemason? Pernah tengok Green Zone tak? When there is a belief, there will be someone who will against it. This group who who do not believe the existence of Freemason is also created by the Freemason in order to make the Freemason looks fictional.

Kenapa kita masih lagi percaya pada momokan bodoh hantu yang tidak wujud sedangkan kita tahu perkataan hantu itu sendiri datangnya bukan dari Bahasa Melayu sendiri. Malahan kita juga tahu bahawa roh orang mati tidak berada di atas bumi. Sebab tu hantu tak jejak bumi. Argh! Ini semua salah burung hantu.

Kahwin muda? Ini dunia akhir zaman. Budak-budak yang lahir ke dunia makin lama makin kecil fizikalnya dan juga makin lambat kematangan mereka. Nak kahwin awal? Takut nanti pusat yang banjir nya.

You need to prepare your own argument. Intellectual argue lead to the best solution.


Nak tegur, tegur sajalah. Tapi bila tegur macam kau tu perfect sangat, agak-agaklah la. Tak tegur tak jadi orang. Haaa...kan gua tengah menegur ni. Lu dah jadi orang!

RTM3 Isnin hingga Khamis pukul 7 mesti cerita cinta. 10.30 Selasa sampai Khamis mesti cerita cinta juga. Khamis malam tahu pulak letak cerita hantu. Owh, bawak awek pergi makan lepas pukul 8, kena tengok cerita cinta biar dapat kumpul ayat. Bila dah pukul 10.30, dah sampai kedai boleh layan cerita cinta lagi sambil pegang-pegang tangan. Khamis malam Jumaat apa barang lepak kedai, cerita hantu, so clubbing lah!

Rais Yatim? Two words. Double standard.

Semua drama mahupun filem yang disiarkan dalam negara kita banyak diselitkan bibit-bibit cinta. Tak habis-habis cinta. Cliche sungguh. Sampai ada yang buat blog pasal cinta. Aduhai. Cinta seolah-olah memainkan peranan besar dalam kehidupan setiap manusia. Argh! Mungkin kerajaan nak tingkat populasi penduduk negara agaknya.

Orang lain makan masa orang lain. Kalau gua meeting dengan lu sampai pukul 3, lu jangan lah nak extend sampai pukul 5. Gua ade life jugak. Diluah mati emak, ditelan mati bapak, dikemam mati pucuk.

# Memory full
raar


Friday, February 25, 2011

Funny Birthday

"RM0.00 KBS: SLMT HARI LAHIR, Semoga sentiasa sihat & ceria. Negara bangga mempunyai belia spt anda. Salam Mesra Dato' Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia & Skn."

Ini merupakan the exact sms yang gua dapat tepat pukul 12 malam tadi. Sungguh terkejut gua bila mendapat ini message. Gua tergelak lalu tersentak seketika. Bila masa menteri simpan number gua. Fyi, number yang send message ni adalah 15888. Sungguh ong number beliau bukan. Tetapi berbagai persoalan bermain di minda gua ketika ini.

  • Bila masa menteri kenal gua? Gua tak pernah jumpa pun Shabery Cheek ini. Yang gua ingat die ni dulu berterabur air liur time debat dgn Anwar Ibrahim. Keje die ni gua tahu asyik pergi lawatan oversea je. Tiap kali gua tengok Buletin Utama kat RTM3 selalunya die dekat oversea pakai baju tebal-tebal sebab sejuk kot.
  • Apa yang gua buat sampai negara bangga dengan gua? Ini gua pelik dan ajaib sekali. Gua tak pernah produktif pun. Apatah lagi menyumbang emas dalam bidang sukan untuk negara.
  • Belia ke gua ni? Gua remaja pun belum. Entah time bila gua skip baligh and teros jadi belia.
  • Macam mana menteri boleh tahu birthday gua hari ini? Ini paling gua pelik. Entah mana die sedut maklumat gua. Birthday gua dekat Facebook pun gua tipu je. Ini yang gua rasa macam tak ada privasi dekat negara sendiri ni.
  • Berapa banyak kerajaan berhabis duit bayar telco untuk wish semua belia dalam negara ni? Konon subsidi tak cukup la, lari bajet la, kearah negara berpendapatan tinggi la. Tapi bajet untuk buttkissing belia-belia dalam Malaysia ada pulak kan. Geli-geli je anus gua ni.
Mesra kan beliau?
# Birthday is too cliche for me. Just another day to me. Booring...
raar


Saturday, February 12, 2011

Aku Nak Berhenti Kerja

Oleh kerana gua telah dipaksa dan diperas ugut untuk menyambung cerita berantai dari seorang bapa dan merangkap suami, Irwan, lalu entry ini diciptakan. Walaupun hidup gua sekarang amat bercelaru dan terumbang-ambing kerana anak-anak ayam gua sudah dewasa dan bukan lagi anak-anak seperti dahulu kala. tetapi gua gagahkan jua. Maka dengan rasa terpaksa dan hormatnya gua akan menyambung cerita beliau. Nak buat macam mana kan. Kita budak-budak kena la hormati mereka yang lebih berusia. Dan yang lebih berusia pulak kena la ingat, respect is earned not given. Ini sambungannya.
Irwan
Ada orang tengah nak buang bangkai tauke dia jugak cam aku. Lalu aku tegur lelaki tersebut sambil bertanya beliau adakah beliau sudah makan. Beliau pun menjawab dengan nada suka hati sambil memberitahu bahawa dia sudah pun makan. Maka kami membakar mayat tauke kami secara berjemaah ala pembunuhan kejam Sosilawati Lawiya. Sebelom itu sempat juga aku kebas beberapa keping kad kredit platinum dan berbagai wang dari seluruh pelusuk dunia milik tauke-tauke berkenaan. Selesai sahaja pembakaran yang berbau seperti kacang tanah digoreng, aku pulang bersama lelaki berkenaan. Time inilah aku sempat bertanya nama beliau. Berikut adalah dialog yang berlangsung antara kami berdua.

"Nama apa bang?"

"Najib" jawab beliau yang turut membawa isteri beliau yang berambut kembang seperti singa. 

"Kenapa bunuh tauke tadi bang?" tanyaku sambil takut-takut kerana sedang di jeling manje oleh si rambut kembang.

"Biasalah. Dia degil tak dengar cakap siapa suruh. Dia tu boneka abang je. Abang ni yang tauke. Kau pulak?"

"Semua kerana kapitalis babi lupa diri yang rezeki itu bukan hak mereka semata-mata"

"Abang paham. Abang paham. Abang kapitalis juga, tapi kapitalis baik hati. Kena ingat yang niat tak menghalalkan cara" Balas beliau sambil membuat muka dungu dengan lagak brader-brader.

"Saya baru perasan. Nama abang macam Perdana Menteri Malaysia la. Abang jangan la pulak cakap nama bapak abang Tun Razok" Aku menukar topik kerana malas melayan si dungu yang jahil.

"Haa, tu bapak gua la tu. Adik ni tak perasan ke abang la yang selalu masuk RTM3 tu. Tu yang dekat belakang abang tu laki abang la. Cute tak die?" jawab beliau sambil bermuka bangga dan riak.

"Cute bang. Cute sangat-sangat. Mencanak adik saya ni walaupun penat membunuh tadi" jawabku untuk mengambil hati beliau moga-moga dapat tender sekolah.

"Bedebah punya budak! Laki aku tu! Yang, cekik dia. Kita C4 je budak ni" Jerit beliau.

"Bereh bereh" jawab si perempuan berambut kembang hodoh yang duduk di belakang sambil tersenyum kegirangan.


Akhirnye aku bukan sahaja berhenti bekerja. Aku juga berhenti bernyawa. Sekian.


# Mana ada kapitalis baik hati. Tunjuk sini bukti!
raar


Tuesday, February 8, 2011

Movie: Khurafat

Damn! Gua tertipu dengan member-member gua. Gua kena lipat. Gua ditaburkan dengan segala macam puji-pujian yang mengatakan filem Melayu sudah maju, dah boleh buat bukit tulis Malaywood, boleh masuk pasaran Iran, Syamsul bakal jadi Michael Bay yang pandai rapping dan bermacam lagi. Rupanya itu semua omongan dan kesarkastikan yang tercipta dari mulut-mulut si durjana yang menabur racun rumpai untuk membunuh citarasa gua. Gua ni memang mudah ditipu. Lalu gua dengan tidak sengaja telah menonton filem ini akibat ticket free yang sukar ditolak. Damn! The story is way too cliche. C.L.I.C.H.E.

Apa punye Syamsul, si Jasmay dah ternganga dah tu
Nama cerita ini sepatutnye ditukarkan kepada nama yang lebih sesuai seperti Syirik Si Syamsul Pembantu Perubatan ataupun Jangan Pandang Atas atau Tepi. Terlalu terang, nyata dan lagi bersuluh cerita ini amat jauh untuk dikaitkan dengan istilah dan nama KHURAFAT kerana kebanyakkan kejadian yang berlaku dlm filem ini lebih memaparkan kejadian syirik dan bukanye khurafat. Fine, lu punye cerita, lu punye suke nak letak tajuk ape kan. Gua tahu lu dah dapat juta-juta lemon. Tapi, nampak sangat Syamsul mengelak untuk meniru gaya Si Ahmad Idham iaitu musuh beliau kerana semua hantu tak reti datang daripada belakang. Kebanyakkan hantu datang daripada depan, tepi atau atas. Maybe sebab akhirnye hantu-hantu sedar manusia takde side mirror dan dorang sedar main belakang tu haram. Lagipun hantu-hantu pun bosan dah muncul dari belakang, C.L.I.C.H.E.

Bunyi saspen ------------->>> Hantu muka tak siap plastic surgery

Seperti cerita-cerita seram keluaran syarikat produksi Malaysia yang lain, cerita Khurafat ini terlalu dan amatlah terlalu banyak menggunakan elemen terkejut dan bermain dengan muzik saspen yang sehingga kini tidak lagi sesaspen mana dan menjadi bahan saspen olok-olok dalam kalangan pengusaha filem tempatan. Elemen bunyi saspen yang disertakan dengan hantu wanita yang suka main cak-cak amatlah bosan dan menghampakan. 

Lagi satu, hantu yang sepatutnye menghantui si Syamsul adalah hantu lelaki dan bukan hantu bertetek berambut panjang suka memeluk lelaki kerana minyak dagu ataupun minyak senyonyong yang diperolehi Syamsul adalah daripada mayat seorang lelaki. Bak kata tok bomoh Latif Borgiba, roh yang ada didalam badan minah clubbing tersebut adalah dari mayat lelaki tersebut. Isn't it obvious that the ghost should be a male looking ghost? Wahai Syamsul, sebelum buat filem sila buat skrip, plot dan research dahulu ya. Jangan sampai anak bini tujuh keturunan menanggung malu berganda-ganda.

Khurafat ini sesunguhnya tidak lebih daripada cerita-cerita bergenre seram yang lain. Twist yang dipaparkan di hujung cerita juga amatlah cliche. Sesuai dengan gaya pemikiran warga Melayu yang malas menonton cerita-cerita seram Jepun dan Korea yang membuatkan mereka berfikir dengan amat dalam dan menyelesaikan misteri dengan sendirinya. Story play seolah-olah ingin mencari siapa empunya hantu sedangkan obviously hantu itu mesti ade kaitan dengan si minah clubbing bergigi jarang tersebut. Gua akan tabik cerita ini kalau mampu men-twist-kan this so called Khurafat dengan menunjukkan bahawa si durjana sebenar adalah si pembawa van jenazah yang fail cakap utara. Btw Syamsul, hospital mana ko shooting yang all the time blackout takde eletrik tu? Syamsul, read my lips C.L.I.C.H.E!

# Siapa perasan rumah mak Syamsul tu sama macam rumah pak cik baring terbang kena rasuk tu?



Sunday, February 6, 2011

Awkward Moment: KTMB Women Coach

I shall continue with my series of Awkwad Moment this time. I have been quite busy this whole week. Spending time with loved one, reunion, traveling etc. etc. Regarding to traveling, I believe all of you know that Keretapi Tanah Melayu Berhad has introduced their new women coach since last April. The women coach which placed as the middle coach of the train has caused lots of misunderstanding and confusion among the passengers. So, this story is about the sexist coach and my friend.

My friend is a transport-less person. He survive from one point to another point most of the time by using public transport. That day he wanted to go to KL from his grandparent's hometown, Seremban. The most economical way to get to KL from Seremban is by using the most lousy public transport of Malaysia, KTM. I bet 97.99% of KTM users insatisfy with the service provided to them. Trains departure are not following to the schedule, train too slow, very little number of trip in one day and many more.To cut the story short, I will stop complaining. 

Because of the train have arrived by the time of my friend reached the Seremban station, he ran towards the the train. For your information, at Seremban station, once you get out from the ticket gate you will see the middle coach is in front of you if there is train stopping there. Then he entered the train. The middle coach to be exact. Door close and this is where the awkward scene could be seen. 
Ken Wooi's artwork

He stood near the train's door and saw everybody was looking at him. All the eyes keep staring and gave a weird look. Some of them grinned at him. He look at every corners of the coach. He then realised that the train is full of homosapiens with vagina. Not even sissy or tomboy were inside the coach. He feel so weird. He did not know that the coach is reserved for ladies. But it did not end there.

If you do not know, sometimes the train inspector will randomly come inside the the train and check on passengers tickets to make sure there is no illegal passenger boarding the train. My friend was 'lucky' to find there is still two men with blue shirt inside the train on the other side of the coach. Both of the inspector came to everyone and checked on their tickets. By the time the inspector was in front of him, he gave his tickets to the inspector. Then the inspector said;

Bagi sini IC sekali.

My friend who was confused gave his IC and the inspector cynically said that my friend is confused with his gender while the inspector take a look on the IC. He could heard some chicks laughed at him when the inspector said that. He felt so furious and ashamed. The inspector asked him to change to another coach at the next station later on. Before he reached the next station he managed to give a piece of his mind to both of the inspector.

Lain kali jangan letak sticker pink kecik-kecik dekat tingkap. Kasi cat teros satu coach colour pink. Senang!

For me, men coach should be introduced too in order to curb people from thinking this world is created for women. How long can we stand all this sexist activities. Women already have their ministry in almost all of the countries in the world but we still have not. After all, I'm still being sexually abused everytime I used public transport. By women.


#Being surrounded by women is not the best fantasy after all.
raar 


Tuesday, January 25, 2011

Awkward Moment: Silent Sex

Let me continue with this series of Awkward Moment. This time I'm not the person who live in the awkward situation. This is a story of my best friend who has undergo a very awkward moment toward his girlfriend and his friends. In the name of Friends Official Secret Act, I'm just going to name him as Mike. So, what kind of awkward situation have Mike been into?

It started when Mike went to a club and partying with his bunch of friends together with his new girlfriend. Club as you all know is a place to socialise and to score chicks. Mike was the only guy who bring girlfriend to the club among his friends. So he was excluded from socialising with other chicks. To keep it short, they're drunk, full of adrenalin and obviously horny. Apparently, nobody score any chick and they headed back to their apartment. Mike was hoping to get laid that night. So by bringing his new girlfriend home would be a nice way to realise his dream. By the way, this is so not gang raping rempit-like. This is all about satisfying each other needs.

Grrr...

So bla bla bla and bla bla bla. After foreplay and everything, they were experiencing sexual activities. But Mike girlfriend unfortunately make him became uncomfortable. She was making a very loud noise that should not be heard by any others. The pleasant-sound-to-men-ears that suppose to be heard within 2 metres radius have become a noise that can be heard within 15 metres radius. The sounds that could mistakenly assume as from somebody being abuse or torture. Furthermore, could you imagine the sounds is being made from an apartment.

Mike is a damn shy person. So he keep reminding his girlfriend to not obviously telling people that they were having sex. He didn't want his friend to tease him the next day. But his girlfriend was a really stubborn or maybe she can't handle what Mike have. Enough is enough for Mike. So Mike just stopped and gave his girlfriend a piece of his mind as a last warning. She then yelled back at Mike.

Even mute people become noisy during sex you dumbfuck!

Eventually, it all ended there. Mike didn't get the chance to satisfy himself and curiously want to know how the hell would his girlfriend know mute would become noisy during sexual intercourse. Mike sat at one corner while the girlfriend which later become his ex-girlfriend sat at another corner till morning. He sent the girl home afterward. When his friends woke up, he try to hide in his bedroom but Mike got a standing ovation and a very big applause from his friends in the morning. They congratulated him. For his friend, the louder the girl groan, the more skillful you are. Mike who still in depressed and shy then asked his friends,

If mute people how come ah?




Wednesday, January 12, 2011

Punca Nahas Di Malaysia

http://fromglassesandlenses.blogspot.com/



#Lepas ni kena buat punca masalah kanak-kanak hilang and paedophile makin berleluasa (betol ke eja ni?) Dear readers, please alert dan carilah adik Adam Shah yang hilang. Sila lihat sidebar.
raar



Thursday, January 6, 2011

Football Football Football


Si kacak
Nampak sangat suka BJ
Chelsea continue shitting in their shorts. They deserve that chelshit name. Itu Drogba boleh teros menyanyikan lagu jika kau fikirkan kau boleh. Seri kalah seri kalah. Nasib baik itu Wolve tak score. Ramires bak kata member gua ada special relationship dengan Ancelotti. Gua tak taw apa special relationship dorang tu. Main mcm cibs pon boleh listed dlm lineup. Paling malang Liverpol. Kena 3 dengan Blackburn.  Itu Gerrard keje bagi gol sagu hati je. Dah la miss penalty. Haish. Haiyo Hogson, pergi balik mandi bunga la. Dah boleh-boleh dah ko resign. Tak malu ke? Dah la tak kacak. Nasib baik ko tak ambik itu Benitez jadi assistant. Kalau tak korang akan jadi sejarah Liverpool. Sama macam fan Liverpool yang sandarkan pada kenangan. Menang banyak kali tak bermakna akan menang banyak kali. Yang penting macam mana korang bangun dan mengekalkan kemenangan dan macam mana korang bangkit dari kekalahan. Ter-cliche la plak. Nevermind,you'll never walk alone because you'll always have your history and memories. Itu Arsenal and Man City gua tak tahu nak cakap apa. The whole game is bullshit. Man City yang tak ada Silva, Adebayor and Balotelli tu pon Arsenal tak boleh nak titik. Tapi Nasri n Wilshere main best. Itu si rambut remos Persie da boleh hantar jadi weed seller dekat Amsterdam. The worst part Zabaleta and Song kena red card. Wadehel. Standard la player manje-manje gesek dahi sampai keluar api. Zabaleta chill je peluk Sagna ondeway kluar pitch. Btw, Van Der Vaart, the blame is not on you. All in all,


Sunderland, Newcastle, Blackburn, Everton, you guys make my day!



Thursday, December 23, 2010

Random Picture From Google #3

This is how it works,I will randomly search interesting images from Google with specific keyword then I'll just post it here. Enjoice!

Keyword of the day: LANGKAWI


I never knew that cockroaches are wildlife

Credit: Google, Planet of The Monyets


# I'm going for a trip. Guess where.




Tuesday, December 21, 2010

Kun Fayakun

Semuanya yang berlaku dalam alam semesta ini adalah dengan izin Tuhan. Pikir-pikirkanlah. Kalau tiba-tiba muncul gay yang bangga dengan ke-gay-an beliau,salah siapa lagi tu. Kejap,perlu ke nak cari salah siapa? Tak perlu nak salahkan sesiapa atau nak melatah tak tentu hala. Bukankah itu kejadian Tuhan? Gua bagi satu ayat cliche. "Semua yang berlaku ada hikmahnya". Biarlah Azwan Ismail ke, Azwan Ali ke, Aznil Haji Nawawi ke nak jadi gay atau straight mahupun bisexual.  Nabi pernah berhadis, berkata benarlah kamu walaupun kebenaran itu pahit. Ya, jujur itu tidak salah tapi perlukah menunjukkan aib sendiri dan berbangga mengenai ke-gay-an beliau di Malaysia yang kadar keterbukaannya begitu rendah? Memang cari pasal la. Membuka aib itu pun salah. Adakan Azwan Ismail ingin memulakan revolusi? Kita nanti-nantikan. Gua? Gua tgh keling. Gua neutral. Rules aren't always right.


# Kita kena jujur kan? Tapi kenapa kita tak boleh nak berkata benar bila ianya berkaitan dengan aib orang? Kita kena jaga aib orang. Adakah Islam mengajar kita untuk menyembunyikan? Gua tahu tak boleh buka aib supaya orang tak mengata sebab manusia memang suka mengata dan nanti tambah dosa. Sesiapa boleh tolong jawabkan?

raar


Wednesday, December 15, 2010

Random Picture From Google #2

This is how it works,I will randomly search interesting images from Google with specific keyword then I'll just post it here. Enjoice!

Keyword of the day: BARISAN NASIONAL


Do I need to add more caption?


Credit: Google, theflaccidmind.wordpress.com

 


# I just don't feel like writing,typing and thinking.




Wednesday, December 1, 2010

Why There Is Lots of Roadblocks at The End of Year

SCHOOL BREAK 
Because end of year is the time of school break and this is the time that most of the student are jobless and do almost nothing at home. The tendency for students to be involve in crime is slightly higher than the normal rate because of their boredom and lack of pocket money. Well, I believe most of parents in Malaysia practice the "no school,no pocket money" principle. So this could be the cause of teenagers involve in crime. At this time we can see most of them would involve in illegal racing and spending hours of time loitering till late at night which later become a custody in lock up. This however is an essential way to enhance the bond between the parents and their kids.


Credit to The Star
ROAD USER
End of year is the time to finish your annual holidays. So most of the people will go on vacation and use the road more frequently. Roadblock is an essential way to make sure driver does not accelerate more than the stupid speed limit because you will just get stuck in jam because of the stupid roadblock. One thing should not be forget, this is the time for employees to receive their bonuses. So, go to heck will all the summons, people will just ignore the rules because they know they have the money to pay for the consequences of their act. And roadblock is an effective way to curb the ignorant driver.

POLICE FORCE/JPJ
It is the end of the year and this is the last chance to fulfill all the quota that were gave to each and every division of the authorities. Yup, they have the quota need to be fulfill such as the summon quota. This is where the government get to increase their revenue because tax alone is not sufficient for 'them'. Parallel to the bonuses received by employees, they will just summon and keep summon anybody they feel like to.


#Reality is almost always wrong
raar


raar