Showing posts with label prek. Show all posts
Showing posts with label prek. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Ceprek #10: Pantun

Sedang Kamal berlegar-legar di dalam sebuah pusat beli-belah yang ketinggalan arus zaman, beliau ternampak akan sebuah tulisan yang terpampang di sebuah dinding. Tulisan yang ditulis menggunakan pen dakwat merah itu sebenarnya sebuah pantun yang merupakan salah satu hasil kreatif seseorang yang tidak tahu dimana untuk melampiaskan hasil karyanya. Untuk dijadikan cerita, Jimbit tiba-tiba saja muncul lalu memperdengarkan bacaan pantun tersebut kepada Kamal. 


Jimbit:   Apa lagi Mal, balas la pantun ni. Kau kan dulu wakil sekolah balas pantun.

Kamal:   Mak aku cakap bulan puasa gini tak elok la asyik sebut pasal makanan.

Jimbit:   Mak aku pulak cakap, mak kau bukan ustazah. Lagipun, kalau dalam majlis 
            ilmu macam ni jatuh hukum harus untuk kita menyertai.

Kamal:   Majlis ilmu tengkorak kau! Macam aku tak tahu pantun ni kerja kau.

Jimbit:   Mana kau tahu pulak ni?

Kamal:   Kau seorang je yang dalam dunia ni hari-hari makan sandwich inti nasi.


# Your stupidity may be your one saving grace
raar




Thursday, February 9, 2012

Ceprek #9: Pitbull Malaysia

Jimbit dan Kamal sedang melepak di sebuah kedai mamak yang terletak di Ampang sambil khusyuk online dengan laptop masing-masing. 

Jimbit:   Kau tahu tak petang tadi aku ada jumpa artis.

Kamal:   Tak tahu. Kau jumpa artis mana tadi?

Jimbit:   Aku jumpa Pitbull la sial. Excited gila aku masa bertembung dengan dia tadi.

Kamal:   Setahu aku Pitbull datang Malaysia tahun lepas. Takkan dia datang sini 
            shopping pulak.

Jimbit:   Betullah aku jumpa Pitbull tadi. Dia siap speaking Melayu lagi dengan aku.

Kamal:   Mana bukti kau?

Jimbit:   Nah gambar dia aku ambik tadi.

raar


Thursday, November 24, 2011

Ceprek #8: Kisah Sang Kancil Dan Buaya

Jimbit dan Kamal sedang berdua-duaan kebosanan tidak melakukan apa-apa di dalam ruang tamu rumah sewa mereka. Kamal yang tidak dapat menanggung seksa kebosanan lalu menyuruh Jimbit untuk mendodoikannya dengan sebuah bedtime story agar tidur dapat mengatasi kebosanannya itu. Jimbit dengan rela hati pun mula menceritakan kisahnya yang bertajuk Sang Kancil Dan Buaya.

Pada zaman dahulu ketika di dalam hutan, ada seekor sang kancil  yang berstatus alpha. Hidupnya setiap hari adalah berkisarkan mengenai usahanya untuk mendapatkan apa yang dia ingin miliki dengan menggunakan tipu helah dan apa jua cara. Walaupun sang kancil itu berstatus alpha, dia sama sekali tidak hidup dalam kawanan atau mengetuai apa-apa kumpulan. Kancil itu hidup berseorangan umpama babi tunggal. Bagi sang kancil itu, status kancil alpha yang dia miliki cumalah sebuah self-proclaimed.

Kamal: Dah habis ke belum cerita kau ni? Bosanlah!

Jimbit: Sabar, sikit lagi nak habis ni.

Long story short, pada hari itu sang kancil terasa amatlah lapar dan berjalan-jalan sekitar lembah hutan yang didiaminya itu untuk mencari buah-buahan untuk dimakan. Setelah beberapa lama berjalan, maka ternampaklah ia akan sebuah kawasan yang dipenuhi buah-buahan tempatan yang tergugur daripada pokok-pokok. Malangnya, kawasan itu berada di seberang sungai. Sungai yang memisahkan sang kancil dan syurga makanan itu amatlah dalam sekali dan berarus deras. Tetapi sang kancil langsung tidak patah semangat kerana ilmu berenang dan menyelam sudah terbuku di dadanya. Jiwanya jiwa atlet. Lantas sang kancil mengambil swimsuit yang berwarna merah jambu lalu menyarungkan ke tubuhnya. Sebaik sahaja sang kancil habis memakai shower cap dan terjun ke gigi air, dirinya telah dibaham seekor buaya tembaga albino. Tamatlah sudah riwayat sang kancil diapit set gigi tajam sang buaya dan tamatlah juga cerita ini.

Jimbit: Apa pengajaran yang kau dapat daripada cerita aku ni?

Kamal: Kesimpulannya, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Disamping itu, 
          janganlah kita percaya bahawa binatang pun reti pakai swimsuit.
          Pandai kan aku? 


# Hidup memang sementara tetapi jangan biarkan ia diakhiri oleh buaya

raar 


Monday, October 24, 2011

Ceprek #7: Halloween

Father: Son, today is Halloween and why are you wearing that Manchesayur United
           football shirt?

Son:     Dad, don't you get it? Im trying to be Wayne Rooney.




Father: Joleon Lescott would look more terrifying son.



# 1-6
raar


Friday, October 21, 2011

Ceprek #6: Lekat Sticker

Hari itu merupakan hari pertama Kamal memandu kereta yang dihadiahkan bapanya. Setelah mendapatkan lesen seminggu yang lalu, bapanya telah menghadiahkan sebuah Porsche Cayenne sempena kejayaan mendapatkan lesen. Setelah tujuh kali ujian komputer diambilnya dan dua kali ujian bukit barulah Kamal berjaya. Untuk meraikan kereta barunya pula, Kamal telah mengajak Jimbit untuk berjalan-jalan sekitar Jalan Telawi untuk mengorat para gadis di sana dengan bermodalkan kereta baru Kamal.

Kamal:  Bit, kau tolong lekat sticker P ni dekat depan belakang.

Jimbit:  Tadi aku belum masuk kereta kau tak nak suruh pulak. Kenapa tak suruh 
           aku lekat esok je?

Jimbit dengan selambanya keluar daripada kereta dan melekatkan kedua-dua sticker P berkenaan di cermin hadapan serta cermin belakang kereta Kamal. Sejurus selepas itu dia memasuki kereta semula.

Kamal:   Kau ni mabuk ke Jimbit? 

Jimbit:   Eh, bapak aku ke bapak kau yang tauke kedai arak sekarang ni?

Kamal:   Yang kau bodoh pergi lekat sticker tu dekat luar kenapa tolol?!

Jimbit:   Mana aku tahu. Selalu motor lekat dekat luar je. Sowie....


raar


Monday, October 17, 2011

Ceprek #5: Lamaran

Jimbit pada hari itu sudah pun membuat keputusan untuk melamar kekasih hatinya Aishah, yang dia sudah kenal selama seminggu. Aishah sudah pun tahu mengenai niat Jimbit itu kerana awal-awal lagi sejak mereka baru satu hari bercinta Jimbit telah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Aishah. Bagi Jimbit, lamaran yang dilakukan secara surprise dan penuh kejutan itu bukanlah sesuatu yang wajib dan praktikal. Lebih elok sekiranya semua perkara itu dilakukan secara terancang kerana perkahwinan itu bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main seperti memainkan perasaan makwe.

Jimbit:   Sayang, saya nak melamar awak harini.

Aishah:  Saya tahu awak. Dah seminggu awak beritahu saya perkara yang sama 
            setiap hari.

Jimbit:   Baiklah. Siti Nor Aishah Binti Mohtar, sudikah awak berkongsi deodorant 
            atau lebih dikenali sebagai ubat ketiak dengan saya? Buat selamanya....

Aishah:  So sweet of you. Tapi awak tahu kan saya tak pakai deodorant?

Jimbit:   Tak mengapalah. Saya pun pakai bila jumpa awak je. Hehe

Setahun kemudiannya Jimbit dan Aishah selamat melangsungkan perkahwinan mereka dan hidup bahagia dengan bau ketiak masing-masing.
raar


Tuesday, August 16, 2011

Ceprek #4: Gol

Jimbit dan Kamal sedang melepak di sebuah kedai mamak yang terletak di Ampang. Mereka berdua sedang menanti tiga orang kawan mereka yang bakal ditarbiyah mengenai sebuah program Multi Level Marketing yang sedang diusahakan mereka berdua. 

Baru lima minit menunggu setelah dua gelas air kosong sampai di meja, Jimbit mengambil keputusan untuk duduk berdekatan dengan layar skrin projektor kerana dia baru terperasan yang pasukan bola sepak kegemarannya, Barcelona, baru sahaja memulakan perlawanan menentang Liverpool. Kamal turut sama mengikuti Jimbit berpindah ke meja yang sama. 

Baru tujuh minit sepak mula berlangsung,
Gooooooooooooool!l!!!
Jimbit menjerit lalu melepaskan penumbuk ke udara meraikan gol yang telah dijaringkan oleh pemain daripada pasukan kegemarannya itu. Semua pengunjung serta para maplei melihatkan aksi penuh semangat Jimbit berkenaan.
Ini siaran tertunda la bebal!
Lalu hinggap sebuah cawan kaca ke kepala Jimbit dan Kamal lantas berlalu pergi meninggalkan Jimbit yang sedang menyorok di bawah meja.

raar


Thursday, August 4, 2011

Ceprek #3: Makcik Kerepek

Jimbit sedang melepak disebuah kedai mamak yang terletak di Ampang. Sudah menjadi kebiasaan untuk Jimbit melepak bersama rakan-rakan setiap petang sehinggalah sampai waktu maghrib. Tiba-tiba jimbit didatangi seorang makcik yang sering kali menjual kerepek daripada sebuah tempat makan ke tempat makan yang lain. Mak cik itu sememangnya setiap hari menjadikan kawasan berkenaan sebagai lubuk untuk menjual kerepek-kerepek yang dihasilkan oleh beliau. 

Makcik:  Nak, kerepek nak.

Jimbit:   E'eh, mak cik lagi. Makcik memang setiap hari berniaga kawasan sini ke? 

Makcik:  Ye nak. Daripada Tanjung sana sampailah area Ampang point ni. Jauh 
            mak cik berjalan.

Jimbit:   Mak cik berniaga daripada pukul berapa?

Makcik:  Mak cik mula daripada pukul 4.30 petang sampailah pukul 2.30 pagi.

Jimbit:   Oh. Tapi kenapa mak cik tak kurus-kurus pun?

Lalu Jimbit mati di tempat kejadian akibat hentakan kuat di kepala serta alat kelaminnya. Mak cik itu pula sehingga kini masih diburu polis.

raar


Monday, June 20, 2011

Ceprek #2: Makan Luar

Haji Kamal menyuruh anak-anak nya bersiap. Isterinya sudah dari awal lagi diberitahu bahawa malam tersebut mereka akan menikmati makan malam di Macdonalds. Disuruhnya semua orang memakai cantik-cantik kerana jarang sekali mereka keluar makan di luar. Isterinya memakai kebaya nyonya. Anak-anaknya siap dengan kemeja dan berbaju kurung. 

Di tahun 1991, Macdonalds masih lagi bukan tempat kebiasaan untuk golongan sederhana rendah memuaskan nafsu makan. Sesampainya mereka di restoran fast food berkenaan Haji Kamal membuat pesanan terhadap gadis penjaga kaunter sambil ditemani ahli keluarganya.

"Bagi saya dua set Big Mac dan empat set HappyMeal."

"Makan sini atau bungkus encik?"

"Take away"

Setelah itu hampir sebulan tiada seorang pun anak beliau bercakap dengan Haji Kamal. Isterinya juga memfailkan tuntutan fasakh.

raar


Thursday, June 16, 2011

Ceprek #1: Isi Minyak

Kamal menunggang motosikal bersama Jimbit. Mereka bercadang untuk ke pusat rawatan mental di Kluang bagi mengubati sakit mereka. Jimbit yang sedang laju membonceng tiba-tiba bertanya kepada Kamal dibelakangnya,

"Aku nak berhenti isi minyak ni."

"Berhenti jela, kau yang bawak motor. Bukan aku."

Setibanya di stesen minyak. Jimbit berkata kepada Kamal,

"Tempat nak isi minyak motor ni sebelah kanan ke kiri? Nak berhenti sebelah mana?"

Jimbit mati di tempat kejadian akibat pendarahan di alat kelaminnya.


raar



raar