Setelah entry dan kritikan serta komen gua mengenai filem Khurafat disiarkan di Beautifulnara.com, gua mendapati pengkomen-pengkomen di Beautifulnara amatlah kelakar dan menghiburkan hati gua. Gua dicemuh dan diludah dengan kata-kata yang amat menggelikan hati. Gua juga di label anti Melayu dan juga anti industri perfileman tempatan. Setakat ni gua malas nak respond dekat semua komen-komen yang bernas dan juga amat tidak bernas yang wujud di sana. Malahan gua juga amat malas untuk kembali semula me-respond kepada komen-komen dekat entry gua tu.
Hujung minggu ni gua buat entry yang tak special untuk respond kepada peng-komen-peng-komen yang wujud di sana. Setakat ini gua amat sibuk melayan kerenah anak-anak ayam yang gua bela. Biasalahkan, gua ni bersekolah lagi. Baligh pun belum. Makan minum pun mak bapak yang sediakan. Balik sekola nak kena buat homework. Lepas tu nak kena bagi anak-anak ayam gua makan. Nak pergi main bola lagi. So masa gua nak ber-blogging ni kurang. Jadi sesiapa yang cakap gua ni di upah oleh Farid Kamil untuk menulis entry sedemikian rupa ataupun menuduh yang gua ni sebenarnye Farid Kamil, semua tu salah.
Gua kalau Farid Kamil upah gua jadi hero filem Samseng Jalanan pun, gua akan tolak. Gua mana ade lesen nak bawak motor. Gua sunat pon belom. Ape daa! Lagipon gua ni banyak duit. Tak payah nak upah-upah gua suruh buat entry kutuk filem Skop Production. Gua ni bapak ayam. Gua dah kaya jual anak-anak ayam gua. Budak-budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak. Gua cuma rakyat Malaysia yang teraniaya dan mempunyai pendapat sendiri. So for this time being. Enjoice with all these comments. These is just few. Compare the red and the white.
* aku sure ni mesti farid kamil…x yah la ko nak kutuk si samsol ni sebab kalo orang tak suke x de lah filem ni box – office….sah2 ko ni farid kamil atau pun sekutu die…
* I don’t think it’s farid kamil. cara ckp pun mcm pompuan.. “read my lips” lah, “CLICHE” lah. hanya pompuan je yg ckp gitu. tak pun yg beraspirasi utk jadi pompuan (no offense to them). tp point nye, bukan org laki lah ckp gaya gini. So tak mungkin lah farid kamil. nak tuduh pun agak2 la
* kan.. nmpak sgt dengki.. khurafat tu best je.. sebok je pemgirim email tu nk suruh org berfikir.. org tgk wayang nk release tension bukannya nk berfikir adoii..
* betul..kalo nak suh orang pikir, baik masuk kls critical thinking ^^
* TAK KIRA LAH CLICHE KE..APE KE…YANG PENTING MAK SYOK..ANAK2 MAK MENJERIT DALAM PANGGUNG.
DAH NAMA PUN ‘ENTERTAINMENT..BUKANNYA ‘EDUCATION’ !!!
Kalu nak suruh orang pikir, tak payah tengok filem..ambik jew SPM lagi sekali..ambik paper Add Maths sekali! Kan?
* baru tak baru. filem dah dua tiga jugak yg dia buat. bapak plak produser terkenal. anyway, sbg penonton, kita nak kata filem tu best sbb mmng best. bukan sebab kesian dia tu org baru. kat hollywood ke bollywood ke chinawood ke indonwood ke whatever wood la, mana ada org suka filem tu sebab kesian org tu baru. atau tak nak kritik filem tu sebab kesian produser baru. persoalannya satu je: bagus atau tidak filem tu? caner la nak bersaing dgn bangsa lain kalau mentaliti mcm ni
* Aku tak fikir dia hentam citer Melayu, tapi suh kuar dari klise….dan malas…Dia bukan main hentam sebarangan, tapi bagi tips secara tak langsung, so len kali Syamsul or sesape boleh perbaiki…ni lah Melayu, orang bagi pandangan kritis, dia kata kondem lak…
* Bagi aku,kira ader kelainan la produk si syamsul nie..kalau filem malaysia nie buat,ader saja x kena…penulis tanya hospital mana yg wat shooting sbb selalu blackout….tp,aku nie pun peminat citer hantu luar negara gak,boleh katakan majoriti suma crita antu tu dok dlm blackout ataupn lampu samar2….jd kalau penulis tu pn minat filem korea ker jepun ker, xkan x penah tgk? Aku syorkan si penulis nie gi wat research lain ngn filem luar negara. Xyah dok sembang lebih2 kalau pengetahuan ko tu pn cetek…
* masih ternanti2 citer hantu yg xmembosankan dan lebih real, xkirala dari dalam atau luar negara (esp dlm negara la). bila tempat tu sepatutnya cerah, biarla cerah, kalau pandai buat citer tetap seram gak walau dalam terang
* tu la dia….sebelum syamsul buat citer seram byk pengarah buat citer seram mostly gagal pasal kurang research….jadi by the time syamsul nak buat citer seram he should aware of the mistakes yg pengarah lain buat…. ‘the cliche’ part especially…. memang la pengkritik di atas tu is a bit too detail and too direct….tapi mana yg dia kata betul tu kita kena terima la… its not dengki but an opinion as a viewer… any of you guys here yg rasa citer khurafat ni the best ever boleh jugak hantar komen kat nara and puji melambong pe… its pandangan masing2 la…
* pd aku ok je citer 2, antu mmg la kuar dlm gelap. Terang benderang antu mne nk 2juk muka dia yg hodoh 2…. Pk la dlu sblm komen… lgpn da nme nya antu, mstilah hodoh sbb org jahat2 je yg mati jd antu. Org baik2 mati dlm iman, makanya xla jd antu… yenadee!!!
* Komen aku buat pengomen khurafat ni plak
1)u r very TYPICAL MALAY THINKER
2)komen di atas lebih berbentuk menghina..
3)mayb khurafat tak 100% perfect but totally satisfied compared to other movies
4)KUTIPAN speak LOUDER than ur RUBBISH Comment
Read my lips
J.E.L.E.S
* Adus orang melayu oiiii, mamat ni bukan kutuk citer melayu, dia bagi komen membina. Tu la korang, bila orang cakap melayu ni takleh terima kritikan korang marah. Tapi tu la hakikatnya. Setiap benda ada pros and cons nyer. Budak ni bagi idea camna nak mantapkan citer in da future. Kisah apa si syamsul tu duk kira duit ker tak. Itu dah rezeki dia la. Kita ni sebagai penggemar filem kalau benda tu cliche then cakap la cliche tak payah la takut nak bersuara. MemAng citer ni ada yg best tapi yang karut tu lagi banyak. Citer orang putih pun ramai jer org kritik. So apa masalahnya kalau jadi pengkritik, takkan semua org nak cium bontot. Disebabkan benda camni la melayu x maju
* Hmm, amek la yang positif daripada komen tu. Maybe mamat tu ada terlanjur skit. Tapi napa ada yang suruh dia buat movie, tu bukan kerja dia. Tu kerja syamsul. Dia hanya bagi kritikan. Hadoila melayu, tak boleh kritik langsung. Tu la kalau dari kecik sampai besar duk kat malaysia jer. Takder sapa nak agungkan citer barat, banyak jer citer barat sangat hampeh, contohnya macam citer buried tu. Ni bukan masalah melayu dengki melayu, bukak la skit pemikiran kita, dia just nak pembikin citer melayu ni lebih berhati hati buat filem and buat research betul. Ni menunjukkan penonton citer melayu pun dah pandai menilai sesuatu karya seni. Korang duk kutuk pengkritik ni, so korang pun sama la asyik duk menjatuhkan orang lain. Tu hak dia nak kritik, yang positif kita amek, yang negatif tu maybe dia terlanjur. Adoila, sampai bila2 pun pemikiran orang melayu memang hampeh
* hahaha…..dussssh…elo malaysian..bangsa melayu ni dah la x seramai mana..cuba la sokong sikit bangsa kita, semua orang ada kelebihan dan kelemahan… comment bagus tapi kenapalah berunsur marah dan dengki… kelakar la …relaks la beb… faham sudah la.. industri filem kita.. x kisah pun kalau nak komen.. tapi sebagai anak melayu.. adoi..sedih..malu…macam mana la bangsa melayu nak maju kalau macam ini lu orang punya perangai… sedih sedih sedih….
* alamak wey, ko bgs sgt ke ni? boleh ke buat filem nih? kau sorang je yg komen over2! kau jealous sbnrnya kan? ok la sng cite we all ni sbg peminat filem, x de masa nk check sume tu! kau ni aku ingat mesti ada bau2 bcg dgn industri ni kan? dah la wey x yah la dengki klau kau melayu support je sudah la..x yah byk bunyi! ni kan industri perfileman kita! klau kau dh ckp mcmtu maknanya kau ludah kat bangsa kau sendiri! budus la kau!
* TV1 Hantu mengilai
TV2 Hantu mengilai
TV3 Hantu mengilai
TV9 Hantu mengilai
Astro Hantu mengilai
Panggong Wayang Hantu mengilai
Dah trend cerita Hantu mengilai
Naik bosan dan muak
Udah2 la tu buat cerita Hantu
Kesian budak2 kecik
Naik Takut Dalam Rumah pun Takut
* motto filem melayu;
1. filem kita wajah kita.so filem hantu wajah macam hantula.
2.filem ni lain dari yg lain. mm lain sbb tukar pelakun,tukar nama hantu,tukar tok bomoh pada ustaz, tukar nama hantu dr raya posa ka raya haji,
3. ada pengajaran . supaya kita sama mempercayai kuatnya ilmu hitam,gunakan ilmu hitam nk cepat cantik, nak bodohkan laki.
4. at least hujung2 ada gak ustaz dtg baca quran nk halau hantu2.
#Kenapa nilai kejayaan di ukur dengan nilai wang ringgit?
raar









