Monday, February 14, 2011

Badut #1

Berat saya dulu 67kg. Tinggi saya 163cm je. Bagi manusia ber-vagina macam saya ini, saya amatlah gemuk dan mempunyai bentuk badan yang amat memualkan. Dulu saya pakai baju besar-besar je. Tak berani nak fashion-fashion sangat. Keluar rumah saya mesti pakai baju XXXL dan tudung bawal paling besar sekali. Suami saya asyik suruh saya diet je. Saya tak mampu. Saya memang kuat makan. Nafsu makan saya lagi besar dari tubuh saya yang umpama embryo gajah ini. Saya tak tahan dengan kutukan manusia-manusia di sekeliling saya. Suami saya pun tak lalu memandang saya. Saya frust.Tapi saya persetankan mereka semua. Janji saya dapt makan sepuasnya. Tetapi nafsu saya yang satu lagi tak dapat dipenuhi. Saya benci suami saya.

Pada suatu hari suami saya suruh saya pergi ke pusat kelangsingan badan. Beliau cakap beliau akan menanggung semua kos yang diperlukan. Saya amatlah excited terlompat-lompat sampai bergegar kondominium yang kami tinggal. Marah orang-orang rukun tetangga. Lalu selepas diherdik jiran-jiran, saya menuju ke pusat kelangsingan tersebut. Sesampai je di situ, mereka menjanjikan saya tubuh umpama Rozita Che Wan dalam masa kurang sebulan sahaja. Sekali lagi saya melompat kegirangan.Dan sekali lagi......paham-paham jela.

Kini tubuh saya amat langsing sekali.  Saya keluar majalah dan program TV. Yang mereka duk tayang gambar sebelum dan selepas tu. Mula-mula setakat pakai shawl nampak dada dan kebaya jarang saja. Lama-lama, itu semua saya persetankan. Sesekali ada juga yang datang mintak autograf dan berkata saya umpama Kim Kardashian. Saya bangga. Tudung telah saya buang. Sekarang ini kalau tak pakai baju nampak ketiak, saya takkan keluar rumah. Suami saya kini bila keluar tak pernah melepaskan genggaman tangan saya lagi seperti dahulu. Beliau pun turut berbangga dengan saya. Setiap malam saya tak pernah berhenti bekerja untuk suami saya. Saya tak pernah gagal membuktikan kewanitaan saya. Saya tak malu kerana saya bangga dapat menjadikan tubuh saya idaman dan bahan lancapan warga jantan.


# Ini bukan promosi pusat keLANGSIngan badan.
raar


19 comments:

Sufia Mahzan said...

Hikhik..kelakarlah. Kebanyakan testimonial pusat kelangsingan macam tu lah..kalau tak pakai baju ketat..tak langsing agaknya.

ghost said...

disebabkan tubuh saya sudah langsing macam tubuh pelakon sinetron indonesia,maka suami saya sanggup tiap malam tidur di bawah k******** saya....

saya tidak perlukan lagi bomoh 'pau duit' utk dapatkan mantera nasi kangkang..

sekian sambungan testimonial saya.

*ini bukan sudut membaca testimonial kelangsingan badan...grrr

Z H said...

yes, betul sangat, hehe, gambar sebelum dan selepas tu betul2 mengundang tanda tanya. aku kadang2 suka baca mingguan wanita, tapi semenjak aku asik dihidangkan dengan iklan produck kesihatan yang tak semenggah dan diragui keberkesannya, aku cakap dalam hati "dah la,cukup la tu beli majalah ni,kalau nak baca, 'kebas' jela kat rumah sapa2", hehe, sumpah aku menyampah gila tengok iklan2 dalam majalah mig.wanita tu, dah la design tak menarik, tak habis2 nak tunjuk thumbs up sambil pegang barang..err maksud aku produk dorg tu la, hehe

Anonymous said...

saya benci tengok perempuan kurus kering pakai seluar besar gedabak, lepas tu pusing2 tunjuk seluar tu dah longgar , eeyuww. iklan produk kelansingan yg too CLICHE. ;)


badut? err err ==' KAHKAHKAH :D

± said...

biarlah buruk dan gemuk tapi masih ada kemaluan dari lupa diri bila dah lansing menawan

cam pantun la pulak..tapi kalau bleh nak yg sedap mata memandang dan ada kemaluan..XD

Anonymous said...

Kesian dia..
Kesian sikit jelah

Tyra Nylea Fozzeli said...

Subhanaallah...mintak simpang la yang ni kanda oii

Berto said...

photoshop semua tu, photoshop, keh2

Tupai Karan said...

bukan senang nk jadi badut berdedikasi tau. haa komen xdk kaitan.

Amir Syahir said...

boneka...macam sialan.

Anies Anessa said...

hahaha...perli dr rozmey....

papabear said...

tak faham sangat... hehe...

eszol raar said...

@Misz Sephia
ketat itu lansing

@ghost writer
bomoh pau duit win!!!

@zaty hanyut
kah kah kah
jgn terpedaya
yang natural lg penting

@Hanna Iymeera
knp dgn badut?
terase ke?
kahkahkah

@Dark Half
pantun lu sedap

@Rafhanah Mohtar
kesian kan sbb mereka lupa diri

@Tyra Nylea
jgn la kanda2 kat sini
malu gua

@Berto
yg tv show tu bukan photoshop der

@Tupai Karan
terlebih dedikasi

@hiro
boneka lupa diri

@anies anessa
tkde kena mgena dgn si rambut cendawan tu pon

@papabear
pahamkan lah

Anonymous said...

apa yg terasa? sikit pon tak , kahkahkah, cuma nak gelak je lahh.

Irwan said...

kalau ada gambar zol, lagi ngancam...kau taruk gambar nyah...kahkahkah

Mak Jemah said...

aku tetap bangga dgn bodi aku...walaupon kuat mlantak x hengat donia, tp tetap maintain...xyah nak g fitness bagai!ngeh3!

Z H said...

hehe, dulu zaman mentah2 tu ada la terpengaruh (cuma tak beli je), sekarang tak lut dah iklan buduh2 tu.. dah tau taktik dorg ..

Amiey White said...

sokong gila ni

intan.maisarah said...

kachak luar kachak dalam

raar