Saturday, May 7, 2011

Sendiri

Mana pergi engkau
Jasad hilang hanya tinggal nama
Kubur entah kemana
Sayang hanya pada nama
Tempuh dugaan bagai nak mati
Akhir sekali tersungkur tinggal aku sendiri
Dan bila itu terjadi
Kau yang ku tangisi


raar


Wednesday, May 4, 2011

Mari Mendera

Dera merupakan kata akar yang kalau dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka akan didefinasikan sebagai pukulan serta hukuman. Mendera pula bermaksud melakukan aktiviti dera. Tapi persetankan sahaja definasi tersebut kerana bagi gua dera itu amat subjektif. Dera itu boleh diklasifikasikan sebagai satu perbuatan yang bukan sahaja akan menyakiti seseorang tapi juga akan menyebabkan kebencian wujud keatas si pendera yakni datang daripada si mangsa. Pendera itu apa pulak? Fikirkanlah.

  • Kalau anda merasakan mencucuh rokok ke atas badan anak-anak anda atau isteri anda itu kurang memberi kepuasaan Maka cucuh lah mereka dengan rokok keretek kerana rokok keretek mempunyai bara yang amat sukar untuk dipadamkan dan juga agak murah untuk dibeli. Ianya bukan sahaja dapat meninggalkan bau-bauan yang agak wangi kepada mangsa, bahkan dapat menjimatkan kos tanpa perlu membeli ash tray.
  • Merengek setiap malam ketika melakukan seks. Aktiviti ini sesuai dijalankan ketika anda sedang berkongsi rumah sewa dengan rakan-rakan anda  dan rakan-rakan anda tidak pula mempunyai teman wanita untuk dibawa pulang kerumah sewa. Aktiviti ini juga bukan sahaja mampu mendera batin rakan serumah anda, ianya juga dapat menyampaikan mesej-mesej tersembunyi bahawa rakan serumah anda tidaklah kacak dan amat perlukan seorang teman wanita untuk digunapakai didalam bilik masing-masing.
[source]
  • Jikalau anda mempunyai teman wanita yang kurang memuaskan citarasa anda, maka kutuklah mereka dengan nada manja seperti menggunakan ayat-ayat, "You ni gemuklah yayang", "Banyak betul jerawat dekat muka you ni yayang", "You pakai tudung macam adik I yang 8 tahun tu je yayang". Ya, tambahlah perkataan "yayang" dibelakang setiap ayat kerana ini dapat menunjukkan bahawa anda sedang bermanja-manja dan untuk mengelakkan daripada ditinggalkan. Believe me. This kind of dera works effectively. Jangan risau sebab teman wanita anda pun sedang mendera anda dengan rupa beliau yang sedemikian rupa.
  • Bila sedang membentangkan manifesto sewaktu atau sebelum pilihanraya dan ketika di ceramah-ceramah umum, bentangkanlah manifesto anda dengan muka confident dan amat yakin akan kemenangan itu milik anda kerana jikalau anda kalah, anda akan dikenang sebagai salah seorang yang bergaya dalam memberi ucapan dan sangat berkarisma. Mangsa anda akan terdiri daripada pengundi anda. Tetapi mangsa anda yg paling ter-mangsa-kan adalah mereka yang bukan pengundi anda. Jikalau anda  menang dan merupakan pembangkang kerajaan, maka mangsa anda adalah rakyat kawasan anda. Kerana ramai tahu bahawa kawasan pembangkang akan jadi kawasan mundur.


# Dera itu menguatkan diri anda.
raar


Tuesday, April 26, 2011

Faham

Kau kena faham bahawa bukan semua orang senang faham dan faham akan apa yg kau faham dan mereka tidak akan faham kalau kau tidak fahamkan mereka kerana pemahaman itu merupakan kesinambungan fahaman maklumat bersama penerimaan sesebuah fahaman daripada otak kepada sesebuah otak yang lain yang mungkin mustahil akan berlaku jikalau ketiadaan kesaksamaan pemahaman serta fahaman dalam usaha untuk memahami akan apa itu faham.


# Fahamilah walau perit mana fahaman dan pemahaman itu.
raar


Sunday, April 24, 2011

Bodoh Pandai

Bila si bodoh buat-buat pandai, yang bodoh akan percaya dan terpengaruh. Yang pandai akan dengar, senyum gelak ataupun membetulkan semula apa yang telah diperbodohkan. Tapi salahkah si bodoh memandai-mandai? Ataupun salah si pandai yang tidak memandaikan? Jika semua ingin memperbodohkan, siapa yang akan pandai? Semua sama bodoh!

# Si pandai kena ingat, dia pernah jadi si bodoh.
raar


Friday, April 22, 2011

Bila Bunga Banyak Lalu Jadilah Taman

Kasih ku,
Kan ku genggam tangan mu,
Temani daku ke mana sahaja,
Kan ku peluk tubuhmu,
Sayangi mu selamanya,
Sinaran bintang kasih,
Akan menyinari malam kita,
Himpunan cinta ku ,
Akan ku poslaju selalu,

Tersemai dikalbu nama mu,
Berpadulah kita berdua,
Dengan deras arus cinta,
Hanyutlah kita dalam lautan asmara,

Bahagia kita berdua,
Ku doakan selamanya.

# Siapa la duk pakai ku,ku dan mu,mu ni. Geli aku!
raar


raar