Tuesday, May 17, 2011

Badut #7

Gua? Gua penulis terkenal. Terkenal kalau didefinasikan dari kamus hidup gua, terkenal di dunia alam maya. Gua penulis blog sahaja. Belum mampu untuk menjadi kolumnis untuk akhbar-akhbar tempatan atau penulis novel. Tapi gua suka menulis apa sahaja yang gua suka. Follower gua tak payah cerita la berapa ramai. Semua follower tu sayang gua.

Gua ni dulu kreatif. Sekarang pun gua kreatif. Gua suka bermain dengan grafik dan animasi. Gua dulu menulis bermacam jenis cerita. Cerita politik, komuniti, ekonomi, dan bermacam lagi la. Dari genre seram, komedi, serius, fiksyen mahupun apa sekali pun, gua mampu mengkreatifkan setiap karya gua. Sebab tu follower gua ribu riban. Tapi modal utama gua adalah komedi. bagi gua setiap penulisan itu perlukan komedi untuk menarik perhatian dan menghiburkan pembaca. Siapa yang tak suka entertainment dan hedonisme.

Tapi sekarang setelah beberapa lama gua berblog, gua macam kekeringan idea. Mentol dikepala gua seolah-olah gagal untuk berfungsi. Macam terbakar pun ada jugak. Tapi akhirnya sebuah idea sampai. Gua sekarang bukan sekadar bermodalkan komedi, modal gua juga berbungkuskan kedunguan serta kenaifan dalam unsur lucah. Sekarang semua karya gua akan meletakkan unsur lucah. Gua dapati ramai pembaca yang bijak pandai suka membaca penulisan yang mempunyai persoalan serta lawak yang berunsurkan sesuatu yang 18SX. 


Apa gua peduli kalau orang kata gua ni menyampaikan sesuatu yang taboo atau kurang ilmiah atau pun cliche. Janji follower gua suka dan duit iklan gua tiap-tiap bulan bank in. Lagi pun semua lawak lucah yang gua sampaikan tu semua benda realistik. Kenyataan! Lambat laun walau tak sematang mana pun budak-budak tu, walau baik mana pun seorang wanita tu, dia tetap akan mengalami benda lucah dalam hidup dia. Gua berani potong jari lah.

Pada pendapat gua, gua ini cuma lagi salah seorang guru yang mengajar dalam dunia ini. Walaupun gua tak diiktiraf, gua rasa gua menyampaikan ilmu yang benar. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting gua tahu gua ni betul dan apa yang gua sampaikan mampu menjadikan diri gua kaya. Setakat lawak-lawak lucah yang gua sediakan ini, gua rasa 3gp melayu dan orang-orang dekat luar sana lagi lucah dari gua. Lu orang jangan persoalkan gua.


# Mak kau ada cerita pasal kisah ranjang dia dekat kau tak?
raar


Sunday, May 15, 2011

Random Picture From Google #6

This is how it works,I will randomly search interesting images from Google with specific keyword then I'll just post it here. Enjoice!

Keyword of the day: PELEMPANG




If you catch me saying 'I am a serious actor,' I beg you to slap me. 
by Johnny Depp


Wednesday, May 11, 2011

Habil dan Qabil

Dari Adam dan Hawa yang diperbuat daripada tanah asalnya kita. Bangsa yang diusir daripada syurga kerana khuldi durjana. Turun ke bumi diseksa 40 hari sebelum bersatu. Dikatakan Ibn Ishaq anak yang lahir daripada kemaluan Hawa ada 40 semuanya dan setiap kali kelahiran itu akan keluar kembar yang berlainan jantina. Yang terkenal cuma si Habil dan Qabil. Si Habil yang tunduk pada perintah Allah. Si Qabil yang ingkar dan angkuh kerana paras rupa kembarnya Iqlima melebihi si Labuda. Kerana wanita kematian manusia pertama terjadi. Keturunan mana satu kita warisi daripada semua kembar keturunan mereka adalah misteri. Tetapi jika aku mampu memilih untuk mengikuti keturunan siapa antara si Habil atau si Qabil, aku memilih untuk mewarisi si Qabil. 

Si sulung yang betul-betul mewarisi kedegilan ayahnya. Si pembunuh pertama dunia. Si dia yang tak bisa tertawa selama 100 tahun lamanya. Si dia manusia ketiga merasa bala daripada Allah yang esa. Si dia yang membunuh berilhamkan iblis pedendam. Si dia yang tidak layak mendapat wahyu dan ilham dan bergurukan si gagak. Si dia yang yang menunjuk bagaimana pengkebumian itu sepatutnya berlaku. Si dia yang bakal menanggung percikan dosa daripada setiap pembunuhan di muka bumi ini. Dan aku, pasti dia yang aku ingin warisi.


# Dah nama pun Habil dah mati. Memang la kau pilih Qabil.
raar


Saturday, May 7, 2011

Sendiri

Mana pergi engkau
Jasad hilang hanya tinggal nama
Kubur entah kemana
Sayang hanya pada nama
Tempuh dugaan bagai nak mati
Akhir sekali tersungkur tinggal aku sendiri
Dan bila itu terjadi
Kau yang ku tangisi


raar


Wednesday, May 4, 2011

Mari Mendera

Dera merupakan kata akar yang kalau dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka akan didefinasikan sebagai pukulan serta hukuman. Mendera pula bermaksud melakukan aktiviti dera. Tapi persetankan sahaja definasi tersebut kerana bagi gua dera itu amat subjektif. Dera itu boleh diklasifikasikan sebagai satu perbuatan yang bukan sahaja akan menyakiti seseorang tapi juga akan menyebabkan kebencian wujud keatas si pendera yakni datang daripada si mangsa. Pendera itu apa pulak? Fikirkanlah.

  • Kalau anda merasakan mencucuh rokok ke atas badan anak-anak anda atau isteri anda itu kurang memberi kepuasaan Maka cucuh lah mereka dengan rokok keretek kerana rokok keretek mempunyai bara yang amat sukar untuk dipadamkan dan juga agak murah untuk dibeli. Ianya bukan sahaja dapat meninggalkan bau-bauan yang agak wangi kepada mangsa, bahkan dapat menjimatkan kos tanpa perlu membeli ash tray.
  • Merengek setiap malam ketika melakukan seks. Aktiviti ini sesuai dijalankan ketika anda sedang berkongsi rumah sewa dengan rakan-rakan anda  dan rakan-rakan anda tidak pula mempunyai teman wanita untuk dibawa pulang kerumah sewa. Aktiviti ini juga bukan sahaja mampu mendera batin rakan serumah anda, ianya juga dapat menyampaikan mesej-mesej tersembunyi bahawa rakan serumah anda tidaklah kacak dan amat perlukan seorang teman wanita untuk digunapakai didalam bilik masing-masing.
[source]
  • Jikalau anda mempunyai teman wanita yang kurang memuaskan citarasa anda, maka kutuklah mereka dengan nada manja seperti menggunakan ayat-ayat, "You ni gemuklah yayang", "Banyak betul jerawat dekat muka you ni yayang", "You pakai tudung macam adik I yang 8 tahun tu je yayang". Ya, tambahlah perkataan "yayang" dibelakang setiap ayat kerana ini dapat menunjukkan bahawa anda sedang bermanja-manja dan untuk mengelakkan daripada ditinggalkan. Believe me. This kind of dera works effectively. Jangan risau sebab teman wanita anda pun sedang mendera anda dengan rupa beliau yang sedemikian rupa.
  • Bila sedang membentangkan manifesto sewaktu atau sebelum pilihanraya dan ketika di ceramah-ceramah umum, bentangkanlah manifesto anda dengan muka confident dan amat yakin akan kemenangan itu milik anda kerana jikalau anda kalah, anda akan dikenang sebagai salah seorang yang bergaya dalam memberi ucapan dan sangat berkarisma. Mangsa anda akan terdiri daripada pengundi anda. Tetapi mangsa anda yg paling ter-mangsa-kan adalah mereka yang bukan pengundi anda. Jikalau anda  menang dan merupakan pembangkang kerajaan, maka mangsa anda adalah rakyat kawasan anda. Kerana ramai tahu bahawa kawasan pembangkang akan jadi kawasan mundur.


# Dera itu menguatkan diri anda.
raar


raar