Thursday, November 24, 2011

Ceprek #8: Kisah Sang Kancil Dan Buaya

Jimbit dan Kamal sedang berdua-duaan kebosanan tidak melakukan apa-apa di dalam ruang tamu rumah sewa mereka. Kamal yang tidak dapat menanggung seksa kebosanan lalu menyuruh Jimbit untuk mendodoikannya dengan sebuah bedtime story agar tidur dapat mengatasi kebosanannya itu. Jimbit dengan rela hati pun mula menceritakan kisahnya yang bertajuk Sang Kancil Dan Buaya.

Pada zaman dahulu ketika di dalam hutan, ada seekor sang kancil  yang berstatus alpha. Hidupnya setiap hari adalah berkisarkan mengenai usahanya untuk mendapatkan apa yang dia ingin miliki dengan menggunakan tipu helah dan apa jua cara. Walaupun sang kancil itu berstatus alpha, dia sama sekali tidak hidup dalam kawanan atau mengetuai apa-apa kumpulan. Kancil itu hidup berseorangan umpama babi tunggal. Bagi sang kancil itu, status kancil alpha yang dia miliki cumalah sebuah self-proclaimed.

Kamal: Dah habis ke belum cerita kau ni? Bosanlah!

Jimbit: Sabar, sikit lagi nak habis ni.

Long story short, pada hari itu sang kancil terasa amatlah lapar dan berjalan-jalan sekitar lembah hutan yang didiaminya itu untuk mencari buah-buahan untuk dimakan. Setelah beberapa lama berjalan, maka ternampaklah ia akan sebuah kawasan yang dipenuhi buah-buahan tempatan yang tergugur daripada pokok-pokok. Malangnya, kawasan itu berada di seberang sungai. Sungai yang memisahkan sang kancil dan syurga makanan itu amatlah dalam sekali dan berarus deras. Tetapi sang kancil langsung tidak patah semangat kerana ilmu berenang dan menyelam sudah terbuku di dadanya. Jiwanya jiwa atlet. Lantas sang kancil mengambil swimsuit yang berwarna merah jambu lalu menyarungkan ke tubuhnya. Sebaik sahaja sang kancil habis memakai shower cap dan terjun ke gigi air, dirinya telah dibaham seekor buaya tembaga albino. Tamatlah sudah riwayat sang kancil diapit set gigi tajam sang buaya dan tamatlah juga cerita ini.

Jimbit: Apa pengajaran yang kau dapat daripada cerita aku ni?

Kamal: Kesimpulannya, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Disamping itu, 
          janganlah kita percaya bahawa binatang pun reti pakai swimsuit.
          Pandai kan aku? 


# Hidup memang sementara tetapi jangan biarkan ia diakhiri oleh buaya

raar 


Monday, November 14, 2011

Pisah

Langkah dipercepat mendaki setiap anak tangga di hadapannya. Kaku terdiam bibirnya tidak bermaksud tiada jeritan dan pekikan. Langkah cepatnya dipenuhi usaha sia-sia meninggalkan tapak kaki penyesalan dan kekecewaan yang tidak berirama. Dadanya dicakar-cakar berdarah merobek isi daging busuk yang tinggal cuma sekelumit. Wangian kasih dan rindu ketika itu bukan penghapus busuk amarah yang semakin menebal. Pulangnya ke rumah bukan untuk mencari mimpi indah menipu sebentar rasa celaka. Sekadar mencari teduh lari daripada hujan berasid dan garam yang bakal ditabur di atas lukanya. Semoga luka cepat kering dan tiada parut. Semoga langkahnya selepas ini tidak seperti yang penuh cungap sebentar tadi. Sementara ini cukuplah sahaja merintih menghibur diri.

raar


raar