Sejak kecil aku menangis melihat ketidakadilan. Tatkala aku dipukul kerana sesuatu kesalahan yang bukan aku lakukan, aku menangis. Aku menangis mendengar cerita si dia didera dipukul ayahnya. Tangisanku akibat ketidakadilan melebihi tangisanku tentang kedaifan.
Dengan tangisan itu muncul amarah. Aku membentak pabila aku dituduh tanpa usul periksa. Aku menangis sambil menawarkan khidmat memukul sang bapa durjana. Api kemarahan makin bercahaya disimbah air mata. Kesumat dendam memberi bahagia.
Tapi aku selalu lupa, siapa aku untuk mengadili dan menghukumi si mereka yang tidak sempurna.
Keadilan itu bukan sesubjektif yang kita semua sangka.
raar
9 comments:
kepala aku hanya memandang sebuah kronologi yang berselirat yang perlukan sebuah rasionaliti.
Patut lah kau nak jadi Superman.
I need a superman.
Tembak laser beliau.
hidup pusing2, macam2. rasional tak rasional, dah semakin pelik. Macam tak ada yang logik sekarang. hurm.
emosional telah memakan kebanyakan rasionaliti dlm diri kebanyakan manusia kerana ketidakadilan
Mana nak dapat kehidupan yg adil zaman skarang ni? Mana ada..
siapa juga yang mau mengambarkan ketidakadilan,kalau diri sendiri juga tidak berlaku adil..
lama kawe dok masuk sini..lain benar
kau tahukan.. kalau kau ada masalah aku boleh jadi pendengarnya?
cis.
ni namanya tak menghargai kawan.
tuhan ciptakan surga neraka utk mengadili.
usah khuatir.
Post a Comment