Jimbit sedang melepak disebuah kedai mamak yang terletak di Ampang. Sudah menjadi kebiasaan untuk Jimbit melepak bersama rakan-rakan setiap petang sehinggalah sampai waktu maghrib. Tiba-tiba jimbit didatangi seorang makcik yang sering kali menjual kerepek daripada sebuah tempat makan ke tempat makan yang lain. Mak cik itu sememangnya setiap hari menjadikan kawasan berkenaan sebagai lubuk untuk menjual kerepek-kerepek yang dihasilkan oleh beliau.
Makcik: Nak, kerepek nak.
Jimbit: E'eh, mak cik lagi. Makcik memang setiap hari berniaga kawasan sini ke?
Makcik: Ye nak. Daripada Tanjung sana sampailah area Ampang point ni. Jauh
mak cik berjalan.
Jimbit: Mak cik berniaga daripada pukul berapa?
Makcik: Mak cik mula daripada pukul 4.30 petang sampailah pukul 2.30 pagi.
Jimbit: Oh. Tapi kenapa mak cik tak kurus-kurus pun?
Lalu Jimbit mati di tempat kejadian akibat hentakan kuat di kepala serta alat kelaminnya. Mak cik itu pula sehingga kini masih diburu polis.
raar
16 comments:
jenis mulut tiada pedoman.
Lulz
assalamualaikum.salam ramadhan eszol~
sabo jelah mulut mc tu...sengal..
Urban or Disaster
Jom tengok koleksi baju-baju cantik!
Anime dan filem best!
Tips Surutkan Jerawat
hebak la makcik tu.
mokcik ganas aaa
aku macam nak hadiahkan jimbit sepotong hadis
◘_◘ sadis betei si jimbit, tu kan
sunnguh jimbit si mamat jimbit tu..
selamat berpuasa jimbit. eh silap. zozol~
aku ada cakap tak orang yang rasa dirinya gemuk sangat sensitif?
padan muka kau jimbit! amekkauu!
kah kah kah!
innalillah~ alfatihah untuk arwah jimbit. tsk tsk~
hahaha. padannya muka. keh keh
macam jimbit juga mulut si Jimbit ni .
Memang padan la nama Jimbit pun. HAHAHA
Post a Comment