Jimbit dan Kamal sedang melepak di sebuah kedai mamak yang terletak di Ampang. Mereka berdua sedang menanti tiga orang kawan mereka yang bakal ditarbiyah mengenai sebuah program Multi Level Marketing yang sedang diusahakan mereka berdua.
Baru lima minit menunggu setelah dua gelas air kosong sampai di meja, Jimbit mengambil keputusan untuk duduk berdekatan dengan layar skrin projektor kerana dia baru terperasan yang pasukan bola sepak kegemarannya, Barcelona, baru sahaja memulakan perlawanan menentang Liverpool. Kamal turut sama mengikuti Jimbit berpindah ke meja yang sama.
Baru tujuh minit sepak mula berlangsung,
Gooooooooooooool!l!!!
Jimbit menjerit lalu melepaskan penumbuk ke udara meraikan gol yang telah dijaringkan oleh pemain daripada pasukan kegemarannya itu. Semua pengunjung serta para maplei melihatkan aksi penuh semangat Jimbit berkenaan.
Ini siaran tertunda la bebal!
Lalu hinggap sebuah cawan kaca ke kepala Jimbit dan Kamal lantas berlalu pergi meninggalkan Jimbit yang sedang menyorok di bawah meja.
raar
13 comments:
jimbit ni bodoh betei~~
itu nak tunjukkan betapa penyokong liverpool bebal, macam kat stadium ituhari...
biarlah die nak sokong barca gol~
jeles lettew~~
sebagai seseorang yang tak berapa into bola ni aku akan tanya,
so what kalau siaran tertunda?
so kesimpulannya jangan ber'MLM' sambil tengok bola, betul?
hehe..poweer!
sian jimbit. meh aku tumbuk beliau
kahkahkah
Aku rasa aku dah jatuh cinta kat jimbit. Bye.
elok batu lesung skali singgah kat kepala beliau
janji gol tuh penting.tak kira lah live ke atau klasik.
that awkward moment.
sumpah . Jimbit ni memang berperangai jimbit . entah berapa kali aku komen sebegini saja . ha ha ha jimbit !
Post a Comment