Thursday, July 26, 2012

Ceprek #10: Pantun

Sedang Kamal berlegar-legar di dalam sebuah pusat beli-belah yang ketinggalan arus zaman, beliau ternampak akan sebuah tulisan yang terpampang di sebuah dinding. Tulisan yang ditulis menggunakan pen dakwat merah itu sebenarnya sebuah pantun yang merupakan salah satu hasil kreatif seseorang yang tidak tahu dimana untuk melampiaskan hasil karyanya. Untuk dijadikan cerita, Jimbit tiba-tiba saja muncul lalu memperdengarkan bacaan pantun tersebut kepada Kamal. 


Jimbit:   Apa lagi Mal, balas la pantun ni. Kau kan dulu wakil sekolah balas pantun.

Kamal:   Mak aku cakap bulan puasa gini tak elok la asyik sebut pasal makanan.

Jimbit:   Mak aku pulak cakap, mak kau bukan ustazah. Lagipun, kalau dalam majlis 
            ilmu macam ni jatuh hukum harus untuk kita menyertai.

Kamal:   Majlis ilmu tengkorak kau! Macam aku tak tahu pantun ni kerja kau.

Jimbit:   Mana kau tahu pulak ni?

Kamal:   Kau seorang je yang dalam dunia ni hari-hari makan sandwich inti nasi.


# Your stupidity may be your one saving grace
raar




Wednesday, July 4, 2012

Hari Kebangsaan 2012 : Janji Ditepati

Tahukah anda tema Hari Kebangsaan pada tahun ini telah diumumkan sebagai Janji Ditepati instead of 1Malaysia yang telah digunakan secara membosankan selama tiga tahun berturut-turut sejak Mohd Najib memerintah? Seiringan dengan itu, sebagai seorang rakyat Malaysia yang sedang berbahagia tinggal di dalam negara yang kaya dan aman damai ini, maka terpanggillah saya untuk menjalankan tanggungjawab mempromosi propaganda kerajaan seperti yang sering saya lakukan sebelum ini.

Sebelum saya menyampaikan lebih banyak propaganda, marilah kita imbas kembali propaganda yang telah disampaikan oleh Kerajaan Dacing sejak tahun 2009 menerusi pelbagai tema Hari Kebangsaan yang saya percaya telah dirangcang secara rapi untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya yang akan datang untuk parti yang taksub dengan alat penimbang konvensional dan langsung tidak mengikuti peredaran zaman.



Sinonim dengan sambutan kali ke-55 dan juga tempoh penaklukan negara ini kepada satu parti sejak dimerdekakan, saya rasa tarikh dan perayaan ini amatlah simbolik dan mustahak untuk kerajaan pimpinan Mohd Najib.

Maka dengan menjadikan Janji Ditepati sebagai tema secara automatik sempurnalah sebuah flow yang cuba mencorakkan pemikiran sekalian rakyat bahawa penyebaran agenda politik semasa Hari Kebangsaan sama sekali tidak salah. Usaha kerajaan ini yang seolah-olah menyampaikan manifesto pilihan raya menunjukkan betapa berkobarnya semangat mereka untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Tidak dilupakan juga, kerajaan ini haruslah dipuji kerana usaha gigih mereka memajukan industri periklanan Malaysia dengan menyebarkan pelbagai iklan yang menggesa rakyat supaya bersyukur dengan segala pemberian kerajaan yang sungguh ikhlas dan pemurah dan tidak putus-putus menyebarkan segala kebaikkan yang mereka taburkan di bumi bertuah ini.

Baiklah, sekian sahaja daripada saya penyampai propaganda utama anda dengan akhir kata Tranformasi Propaganda, Transformasi Ditepati.


# One should remember that they don't deserve to be praised just because they done their responsibility

raar


Monday, March 19, 2012

Adab Peniaga Pakaian Wanita

Jangan dan sama sekali jangan menegur atau memulakan kata-kata anda terhadap pelanggan yang bersaiz diatas normal dengan ayat "Maaf kak, saiz S je yang ada untuk baju ni"

Jangan berada berdekatan pelanggan yang sedang browsing sehingga boleh menyebabkan pelanggan terbau nafas atau ketiak anda. 

Menjadi seorang yang informatif dan corrective dengan memberitahu pelanggan wanita yang poser bahawa ayat yang tertera di jersi pasukan Barcelona itu adalah Spanish dan bukan French mungkin boleh menyebabkan awek poser berkenaan terus beredar daripada premis anda.

Jangan membantu mana-mana pelanggan wanita untuk mencuba sebarang pakaian sehingga diminta untuk berbuat demikian.

Saling bertukar senyuman dan terlalu mesra dengan pelanggan wanita mungkin boleh menyebabkan pasangan pelanggan berkenaan menjahanamkan perniagaan anda.


# The problem of the greedy is they need not satisfaction
raar


Thursday, February 9, 2012

Ceprek #9: Pitbull Malaysia

Jimbit dan Kamal sedang melepak di sebuah kedai mamak yang terletak di Ampang sambil khusyuk online dengan laptop masing-masing. 

Jimbit:   Kau tahu tak petang tadi aku ada jumpa artis.

Kamal:   Tak tahu. Kau jumpa artis mana tadi?

Jimbit:   Aku jumpa Pitbull la sial. Excited gila aku masa bertembung dengan dia tadi.

Kamal:   Setahu aku Pitbull datang Malaysia tahun lepas. Takkan dia datang sini 
            shopping pulak.

Jimbit:   Betullah aku jumpa Pitbull tadi. Dia siap speaking Melayu lagi dengan aku.

Kamal:   Mana bukti kau?

Jimbit:   Nah gambar dia aku ambik tadi.

raar


raar