Jimbit pada hari itu sudah pun membuat keputusan untuk melamar kekasih hatinya Aishah, yang dia sudah kenal selama seminggu. Aishah sudah pun tahu mengenai niat Jimbit itu kerana awal-awal lagi sejak mereka baru satu hari bercinta Jimbit telah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Aishah. Bagi Jimbit, lamaran yang dilakukan secara surprise dan penuh kejutan itu bukanlah sesuatu yang wajib dan praktikal. Lebih elok sekiranya semua perkara itu dilakukan secara terancang kerana perkahwinan itu bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main seperti memainkan perasaan makwe.
Jimbit: Sayang, saya nak melamar awak harini.
Aishah: Saya tahu awak. Dah seminggu awak beritahu saya perkara yang sama
setiap hari.
Jimbit: Baiklah. Siti Nor Aishah Binti Mohtar, sudikah awak berkongsi deodorant
atau lebih dikenali sebagai ubat ketiak dengan saya? Buat selamanya....
Aishah: So sweet of you. Tapi awak tahu kan saya tak pakai deodorant?
Jimbit: Tak mengapalah. Saya pun pakai bila jumpa awak je. Hehe
Setahun kemudiannya Jimbit dan Aishah selamat melangsungkan perkahwinan mereka dan hidup bahagia dengan bau ketiak masing-masing.
raar
8 comments:
how sweet...jimbit dan aisyah.
antelop jantan kalau nak main ngan yang betina mesti dia cium dulu bau-bauan pasangannya.depa pun bukan pakai deodorant.
=,= nasib baik jimbit wangi
untunglah jimbit
Eleh so sweet lah tu cerita.hue hue.
hahahaha...bengong!
hai jimbit
haha.persefahaman bau ketiak itu penting.
tak senonoh beteii -.-
Post a Comment