Haji Kamal menyuruh anak-anak nya bersiap. Isterinya sudah dari awal lagi diberitahu bahawa malam tersebut mereka akan menikmati makan malam di Macdonalds. Disuruhnya semua orang memakai cantik-cantik kerana jarang sekali mereka keluar makan di luar. Isterinya memakai kebaya nyonya. Anak-anaknya siap dengan kemeja dan berbaju kurung.
Di tahun 1991, Macdonalds masih lagi bukan tempat kebiasaan untuk golongan sederhana rendah memuaskan nafsu makan. Sesampainya mereka di restoran fast food berkenaan Haji Kamal membuat pesanan terhadap gadis penjaga kaunter sambil ditemani ahli keluarganya.
"Bagi saya dua set Big Mac dan empat set HappyMeal."
"Makan sini atau bungkus encik?"
"Take away"
Setelah itu hampir sebulan tiada seorang pun anak beliau bercakap dengan Haji Kamal. Isterinya juga memfailkan tuntutan fasakh.
raar
13 comments:
pertama!
hahahaha siap2 saja ja. cilakek .
hahaha.. take away.. :)
pesal x cal delivery je. lg sonang.
lucu sekali deh!
gila la makan mekdi.ongdulu makan otak kempis kot
hahaha!
cilanat!mana ko dapat lawak nih beb?
sesekali Haji Kamal nak gak makan luar
x phm la..
mula2 xfhm..
terima kasih pada comment yang tlg fahamkan..
ana mohon share.
mcdonalds dan tuntutan fasakh..heheh! luka tak sembuh.
Macam lahabau..wat naye je bini ngan anak2 siap2 lawa2 ke mekdi. siap kebaya nyonya bagai..tup2 take away.
HAAHAAHAAA
Post a Comment