Monday, July 5, 2010

Malaysia Oh Malaysia: Pantun

Aku hari ni balik rumah,
Security guard borak meriah
Apa dia cakap aku tak petah
Orang luar yang jaga rumah


Aku ingat nak pegi makan
Singgah kedai makanan Melayu
Apasal lauk nampak tak sakan?
KONONNYA kedai makanan Melayu


Berapa ringgit semua ni kak?
6 ringgit semuanya bah!
Gadis muda berpangkat kakak,
Nak tersasul tersebut rupiah.


Jalan-jalan kat kawasan pembinaan,
Mana tau jumpa harta tertanam,
Dulu ni tempat kerja si Leman,
Sekarang ni penuh orang Vietnam


Gadis Melayu inginkan kawan,
Jadikan boifren tempat berteman,
Penat mencari orang tempatan,
Bangladesh jugak macam Shah Rukh Khan


Habis mana lelaki Melayu?
Apa mereka buat di siang hari?
Bawah jambatan mata pun kuyu
Dapat dadah sengih berseri


Perempuan pulak senang nak jumpa
Silalah ke Dataran Merdeka
Naik motor punyalah gembira
Punggung nampak satu Malaysia


Orang Cina jual DVD,
Orang India tercabut sendi,
Orang Melayu apa peduli,
Lapar?Pegi pau kat Pasar Seni


Oi kerajaan ku sayang,
Bangunan tinggi pandai kau pacak,
Lampu Putrajaya bertiang-tiang
Tapi Melayu jugak yang haprak


Agama aje Islam,
Perangai macam haram.
Sanggup tak tidur malam,
Kau bom buat apa jahanam?


Series of pantun ni aku terjumpa dekat Tukar Tiub. Nice one!




9 comments:

- elina - said...

haha
baik punya pantun
:D

XYZ said...

terbaek lor.... hakikat tu...

Hanisah Safian said...

best pulak pantun ni! :P

eszol raar said...

budi bahasa budaya kita

hentakbelipat said...

sinikal habis

zuiyanhong said...

I suka makan roti dan minum kopi tetapi tidak pernah jual DVD.

Liyana said...

pointkan ke -last punya pantun, rangkap ke-3 iaitu sanggup tak tidur malam, sebab nak bw je.. h

hahaha. btw, nice one la..

aida said...

tukar tiub.. mmg byk kasi nasihat terang2 terus~~.. huhu

Veronica Davenport said...

This was lovelyy to read

raar