Friday, April 15, 2011

Badut #6

Saya mak kepada 3 orang anak. Bercita-cita untuk mengasuh anak-anak yg cemerlang untuk dunia dan akhirat. Dari kecik lagi saya akan didik mereka untuk mengikut apa sahaja kemahuan saya. Apa saya rasa betul, itulah yang saya suruh mereka buat. Suami saya pun setuju saja. Mulut saya adalah aset terbesar dan paling bernilai buat saya. Sesiapa sahaja akan dihalilintarkan oleh mulut saya jikalau saya rasa tak berkenan. Suami saya pun tak berani melawan. Tapi tak mengapalah, saya laser anak-anak saya pun demi kebaikkan mereka. Bagi saya, tak bebel, tak jadi orang nanti. Tak gitu?

Anak saya yang seorang ini amat pandai. Dia dulu sekolah rendah memanjang dapat nombor 2 je dalam batch dia. Masa ini saya betul-betul jaga dan didik dia. Tumpuan sepenuhnya saya berikan. Tuition apa semua saya hantar. Anak saya yang lain saya setakat bebel-bebel je. Bukan apa, mereka tak secerdas dan sebijak anak saya yang seorang tu. Akhirnya dia dapat 5A dan dapat masuk sekolah berasrama penuh (SBP). Pandaikan dia?

Bila anak saya masuk SBP saya kurang sikit beri perhatian dekat dia. Maklumlah, jauh sangat. Jangankan cakap melawat  waktu hujung minggu, hujung bulan pun saya tak pernah datang melawat. Alahai, dah masuk sekolah asrama tu mesti la dijaga dan dikawal dengan baik kan. Sekolah primer plak tu.Yang penting saya tahu yang dia berada di tempat yang baik dan bagi duit yang cukup bila dia mintak. Dia kan pandai lagi pun.
[gambar hiasan]
Bila anak saya hampir menduduki PMR, saya cuma bertanya apa yang saya nak tahu je. Setakat saya tahu apa yang dia belajar dan apa yang dia dapat untuk keputusan percubaan dia dah la. Tapi, saya syukur dia berjaya dapat 8A PMR dia. Saya dah agak dah pun. Dia tu memang pandai. Tak belajar pun pandai. Tapi bila dia meningkat ke tingkatan 5 dia di buang sekolah pulak. Anakku-anakku, memang nakal kau. Tapi takpe,dia pandai. Mana-mana sekolah pun mesti berjaya juga.

Bila dia dah masuk sekolah harian biasa ni, memang saya dah malas nak ambil tahu dah pasal dia. Dia dapat sesuaikan diri dengan environment baru ke tak, saya malas ambil peduli. Anak dah besar la kata kan. Lagipun dia kan pandai, tahulah dia jaga diri, Saya ini tak perlu dah nak ambil tahu sangat pasal pelajaran dia apa semua. Saya mesti yakin punyalah dia pasti cemerlang SPM.

Akhirnya keputusan SPM pun keluar. Cis! 2A je anak aku ni. Betul ke ni anak aku yang jawab SPM ni? Ke anak Hishammudin Hussein? Ah, persetankan sahaja. Aku masukkan jela dia apa-apa jurusan yang aku rasa berkenan untuk dia. Tapi damn! Masuk universiti pun haram. Kenapa dia makin tua makin bodoh akademik ni? Anak aku ke ni? 

# Tak pandainye kau ni...
raar


21 comments:

Sca Ndx said...

lol. salah kan anak pulak.
ini semua pengaruh kawan2 ini.
makin tua makin kuat nak rebel.

Sca Ndx said...

ouh lupa, pertamaxxxx

Anonymous said...

hahahaha. ckp kat anak tu sabarr je lahh .

Anonymous said...

Parents nowadays. they should stop bragging about how great their kids are. it'll only make them look stupid.

Sufia Mahzan said...

apa beza anak masuk Tahun 1 dengan anak masuk Form 3. Perhatian yg sama jugak kene diberi. Nama pun anak.. huhu.

nurul rasya said...

makin lama makin bangang, sebab parent tak bagi perhatian

Anonymous said...

agak2 anak dia tu sekarang dah kawen ke belum eyh?

vampire's lovex said...

hahahaha !!!

Qiez AR said...

what a typical mommy.

Arya Putra said...

dua2 nya bangang..
senang citer..ekeke..

. said...

sangatlah tipikal. =.=

± said...

semua ni salah sapa? salah sapa? salah hishamudin rais ke hantar anak ke international skool?
aku rasa semuanya salah eszol

± said...

*ralat: hishamudin hussein..

raihanmaskuriy said...

erm. mak aku dia perhatikan aku senyap2. kat depan dia relax je buat macam dia x hirau aku punya study. kat belakang. fuuuh~ stalker mak aku tuh rupanya.

Shofan Sofyan said...

ikut menyimak perbincangan di blog sahabat :)
ditunggu kunjungan baliknya.
http://my-lyrics-music.blogspot.com/

ghost said...

persetankan saja!

(evilaugh)

burhan al-hilmi said...

kau pun lg 2 3tahun nk kahwin da eszol..kn?..

selamat mendidik..

Berto said...

eh, samo la macam den. tp mak den boleh terima dah hakikat yg dulu den pandai, skang ni den kurang pandai

HEROICzero said...

rasa nya semua mcm ni Tengku. dulu2 pandai, dah tua makin bengap. keh3x

~* chirpy_chummy *~ said...

terasa la plak.

mcm aku je tuuu...

alaa..tp nk bt cane.. dah ade pasang surutnye.. jgn la nk tuding jari je.

*eh, tetiba emo*

Raihana Izzati said...

Sorry babe. baru dapat hidayah nak membaca.

U could add another element. Anak aku dapat 2A dari 10 subject. Oh. anak aku amek 10 subject rupanya #true story

#@$*^%?!! (mencarut)

raar