Monday, April 4, 2011

Ragam Orang Baru Bangun Tidur

Kajian ini telah dilakukan secara independent tanpa memerlukan modal serta bantuan kewangan yang memeritkan. Atas dasar-dasar prihatin dan kebosanan, maka terlahirlah kajian ini secara sengaja. Terima kasih kepada saudara Adib yang melontarkan idea kepada tajuk entry ini kali ini dan saudara Burhan kerana menyumbangkan first point.  Sesiapa yang ingin memohon special request entry silalah hantarkan email kepada gua. Jikalau mampu dan terdaya, permohonan anda akan di entry kan. Sesungguhnya setiap manusia yang baru bangun tidur itu mempunyai perangai dan ragam masing-masing.

SNOOZE ALARM HANDPHONE
Aktiviti ini seringkali dilakukan bagi mereka-mereka yang bergantung harap kepada handphone masing-masing. Sering kali handphone mereka mengeluarkan bunyi-bunyi nyaring untuk mengejutkan mereka daripada pembaringan maka mereka akan membantah dan menunjukkan protes mereka terhadap handphone tersebut. Handphone-handphone ini jikalau tidak di-snooze-kan sehingga 5 atau 6 kali, handphone tersebut akan akhirnya ditolak ketepi sehingga jatuh daripada katil. Seringkali juga berlaku kejadian tuan empunya handphone dibaling dengan handphone nya sendiri kerana tuan handphone tidak bangun-bangun tetapi member sebelah katil yang bangun. Ambik kau!

MENGUTIP RAMBUT YANG BERSEPAHAN
Aktiviti ini pula dijadikan sebagai kerja separuh masa bagi mereka-mereka yang bergelar perempuan atau lelaki yang berambut panjang. Daripada mengeliat atau melakukan tekan tubi seperti manusia lain lakukan, mereka lebih gemar mengutip rambut mereka yang keguguran di sekitar tilam, bantal serta bilik mereka. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai kadar keguguran rambut yang hampir sama tahap dengan pesakit-pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi. Nasihat gua, beli vacuum jela.


MENGELUARKAN TANGAN DARIPADA SELUAR DALAM
Kejadian ini berlaku sendiri di hadapan mata gua. Seringkali gua lihat adik serta sepupu-sepupu gua yang berjantina lelaki melakukan aktiviti sedemikian dalam keadaan separa sedar. Berbeza daripada EP kumpulan Hujan yang menggunakan tajuk Check Check Rock Rock. Golongan ini menggunakan idealogi Check Check Basah  Tak? setiap kali mereka sedar diri daripada mimpi-mimpi sebarangan. Gua setakat ini masih musykil terhadap apa yang mereka lakukan ketika sedang tidur tetapi yang gua pasti mereka mempunyai tahap keraguan yang tinggi terhadap kemampuan mereka untuk menahan rembesan-rembesan kotor ketika mereka sedang tidur. Setakat ini perempuan belum lagi gua berkesempatan untuk mengkaji. Ada sesiapa nak volunteer?

BERLARI KE ARAH TUDUNG SAJI
Check Check Ada Makanan Tak? Mungkin inilah idealogi bagi golongan ini pula. Golongan-golongan ini selalunya mempunyai kepanjangan usus yang luar biasa dan lebih mengutamakan makanan kerana sesungguhnya makan yang cukup itu membina tubuh yang sihat. Jikalau lembu mempunyai 4 bahagian perut, golongan ini pula mungkin mempunyai tong dram yang mampu dimuatkan dalam perut mereka. Tetapi janganlah kita membenci golongan ini kerana sesungguhnya gua tergolong dalam kalangan yang ini. 

TERCARI-CARI
Aktiviti ini lazimnya dilakukan oleh setiap golongan manusia tanpa kita sedari. Yang tidur mati akan tercari-cari kesedaran diri. Yang tidur ganas akan tercari-cari bantal busuk, selimut mahupun cadar yang jatuh dari katil akibat keganasan mereka ketika sedang tidur. Ada pula yang mencari handphone yang telah dijatuhkan ketika sedang menunjukkan rasa protes terhadap alarm. Tetapi yang paling kronik ialah mereka yang tercari-cari suami atau isteri yang mungkin telah ditendang ketika sedang nyenyak tidur. Dah nasib badan....so bagi mereka yang mempunyai modal yang sedikit untuk membeli king size bed dan mempunyai pasangan umpama ahli gusti profesional, jangan lupa memakai tali pinggang keledar sebelum tidur. Anda mampu mengubahnya.

# Tidur yang cukup itu awet muda. Tengoklah muka gua.
raar


14 comments:

burhan al-hilmi said...

1st..

aku rasa point pertama dan last je yg kene mengene dgn aku.. slagi button snooze tu wujud, skali tu la aku nk snooze..

sbrnye ade byk lg point kau bole buat.. jap ak fkir..

burhan al-hilmi said...

- msj good morning pd bf/gf..

- bukak langsir tgk matahari da terbit blum..kalo belum, smbung tido balik..

-ni paling ak buat skrg- bngun2 pagi terus bukak fb dlu..haha..

~~su manje~~~ said...

Salam ziarah…
Jemput singgah di blog baru Sumanje
em...leh juga buat rujukkan nie....
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Semoga Ceria selalu dan happy blogging
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

:)..

Raihana Izzati said...

bangun tido cari laptop.sekian-

Anonymous said...

henfon jatuh dr katil? hurm

Anonymous said...

snooze alarm!! benda wajib aku buat tiap2 pagi..

pastu minum air, lipat selimut, baring semula..

eszol raar said...

@burhan al-hilmi

ko comment mcm nak jadi penulis jemputan kat sini je bur. haha


@Hanna Iymeera

kenapa? terasa ke?

@Rafhanah Mohtar

ko mmg raf. aku dah agak dah. haha

Hansyirah Takezur said...

snooze tu memang hobi..
lastly off terus..

cari fon pon wajib
sebab tenggelam time off alarm..=='

ghost said...

check check rock rock...yezza!

pasang snooze tapi tak pernah dengar.Setiap kali bangun tidur aku mesti buka fridge,cari air..perjalanan aku jauh sepanjang tidurku..jadi tekak aku kering.Haus.

Amir Syahir said...

check check mengandung camne? keh2

Amir Syahir said...

check check mengandung camne? keh2

skandaLdariLangit said...

ska bangun2 msg mak, gud morning.

tolong lah percaye.

intan.maisarah said...

bangun.

panas

kuatkan kipas

tidur balik.

Sofea Iman said...

hahahaha this too i like<3 <3 yg snooze alarm n tercari2 selalu buat^^ hahaha

raar