Saturday, May 28, 2011

Tahu

Aku tidak tahu menahu apa yang kau tahu jikalau apa yang kau tahu itu tidak diberitahu kepada aku kerana apa yang kau tidak beritahu merupakan sebuah pengetahuan yang bakal aku tidak tahu sehingga diberitahu dek kerana kemalasan pemberitahuan kau kepada aku walaupun mungkin sekali pengetahuan itu hanya mengenai pembuatan tauhu setelah kau tahu-tahu di hadapan ku.


# Kedekut ilmu itu ada pentingnya
raar


Tuesday, May 24, 2011

Kontrol Histeria


kontrol histeria 
Kisah didalam blog ini hanya rekaan semata-mata yang mungkin berkait rapat dengan kisah-kisah benar yang sudah diputarbelitkan untuk menjadi sesuatu yang lebih menarik. tidak mengandungi keperimanusiaan, penuh dengan cerita kerat-mengerat, seks rambang, pedophile dan sebagainya mengikut selera penulis.


Berikut merupakan penyataan empunya blog Kontrol Histeria. Gua setakat ini masih lagi kurang mengerti apa yang yang dimaksudkan dengan Kontrol Histeria. Setahu gua kontrol itu adalah perkataan 'control' yang telah dibahasamelayukan pengejaannya. Histeria itu pula membawa maksud selaku perlakuan yang menunjukkan ketakutan melampau dan tidak terkawal. Apakah blog ini sebenarnya berfungsi sebagai straightjacket dan topeng seperti untuk mereka yang mempunyai masalah mental? Adakah blog ini bertindak sebagai asylum untuk mereka yang mental dan mempunyai sifat-sifat melampaui batas normal? Mungkin sekali empunya blog ini sekadar bikin gempak menamakan blognya sedemikian rupa. Biasalahkan, pengguna blogspot ni ramai, susah nak memilih URL yang sesuai untuk blog. 

Tetapi setelah pengamatan dilakukan diblog berkenaan rupanya blog ini memaparkan sebuah genre yang dianggap asing dan pelik pada persepsi masyarakat. Blog ini benar-benar bertindak sebagai straightjacket kepada pemasalah mental dengan menyediakan ruang dan tempat untuk mereka berkarya dengan karya yang sering kali dianggap taboo. Kontrol Histeria juga boleh dikatakan telah menjadi asylum untuk mereka yang mempunyai permasalahan daya pemikiran yang aneh dan juga melampaui batas perikemanusian. Setakat ini ianya menempatkan 15 pesakit yang hampir kesemua mempunyai gelombang otak yang lain daripada majoriti individu dalam masyarakat.

Sememangnya empunya blog bikin gempak dengan memberi nama sebegitu  pada blognya tetapi inilah yang dinamakan kebajikan kerana ia bukan sahaja memberi peluang untuk mereka berlima belas melampiaskan nafsu berkarya masing-masing, tetapi juga memberi peluang kepada sesiapa untuk menghantar karya untuk dipaparkan di blog berkenaan. Usaha murni seperti ini jarang-jarang sekali berlaku didalam dunia moden harini. Sesungguhnya usaha murni empunya blog ini yang prihatin kepada golongan yang terpencil adalah amat-amat patut disanjung tinggi.

Dan bercakap mengenai genre pelik ini, setiap karya mesti mempunyai peminatnya yang tersendiri dan tidak terkecuali juga genre diblog Kontrol Histeria ini. Dalam kurang beberapa hari ia diperkenalkan kepada umum, setakat harini sudah menunjukkan terdapat lebih daripada 100 orang followers dan 111 likes di Facebook pages mereka. Ini menunjukkan masih ramai lagi yang diluar sana meminati dan mempunyai sifat-sifat aneh dan daya pemikiran luar daripada batas perikemanusian. Untuk melawati blog berkenaan, klik sahaja pada logo Kontrol Histeria di atas. Segala penghantaran karya boleh dilakukan kepada email kontrol.histeria@gmail.com 


# 18 tahun dan keatas sahaja dan blog ini bebas parental guidances
raar


Sunday, May 22, 2011

Ekspedisi Gua Rafhanah dan eszol

Her


Friday, May 20, 2011

Confidence Kills

Hi you alls. Nama ai eszol. Ai baru sahaja dijemput menjadi penganjing disini. Bau kedai lagi taw penganjing ni. Apakah itu penganjing. Jangan tanya ai. Ai usahkan tahu maksudnya, mengeja penganjing tu pun ai tak reti taw! Ai datang sini sebab nak mencapub je. Tahu capub tu apa? CariPublisiti. Nanti glamour mak dekat sini, mak belanja la korang semua gambar-gambar sexy mak. So, marilah kita get back to the topic.

Montok tak ai?
Gambar diatas merupakan gambar ai sewaktu muda remaja. Ai tahu ai punyai bentuk badan yang mengiurkan. Jangan salah paham taw you alls. Ini gambar ai waktu zaman sebelum Malaysia start revolusi memakai tichel. So jangan cakap mak ni ingkar arahan tuhan taw sebab pakai jeans tayang punggung macam ni. Mak masa tu jahil. And you guys tak perlu la nak puji shape ai pun okay. Ai tahu siapa diri ai. Tapi lately ai selalu nampak ramai sangat wanita-wanita di luar sana yang level confidence-nye berlipat-lipat kali ganda. Kalah mak tahu. Nak tahu kenapa ai cakap dorang macam tu? Sebab ini.


Jeans untuk mereka yang tidak perlu bernafas
Seluar kain lembut tayang buttcheek

Kemain betulkan dorang punya confidence. Mak nak challenge pun tak berani. Mana kan tidak, mak bila start lahirkan anak dua tiga orang ni terus insaf. Mana la mak nak pakai seluar ketat-ketat dah. Incik Asben marah la. Lagipun mak tahu kalau nak jadi macam dorang ni bukan setakat perlukan confidence berlipat kali ganda. Confidence itu juga perlu disemai bakti dengan sifat muka tebal dan telinga pekak demi mencapai kesejahteraan lestari dalam ber-fashion. Mak memang respect betul la dorang semua ini. Baka dorang ni memang terpelihara, istimewa dan hampir mustahil untuk pupus turun-temurun.

Actually mak dah rasa bosan dah nak cerita pasal pakaian ketat-ketat atau apa-apa yang menjolok mata ni. Cliche sangat dah bagi mak. Lagipun sebab mak rasa golongan yang takkan pupus ni pun ade satu lagi mukjizat yang tak ramai orang ada, kalis bala, kalis nasihat, kalis segala macam kalis lah yang ada. Tu pasal ada satu professor dari Zimbabwe pernah cakap, mereka yang berpakaian ketat-ketat mampu menjadikan diri mereka kalis peluru kerana pakaian yang ketat dapat mengelakkan penetrasi peluru ke dalam kulit kesan daya elastik pada pakaian tersebut. Kiranya mereka ni memang berbagai jenis kalis senang cerita. Tapi korang tak pelik ke macam mana orang Zimbabwe boleh cakap bahasa melayu? Persetankan mereka dan Professor Zimbabwe berkenaan.

Mak sebenarnya nak cerita pasal fashion. Almaklumlah, dulu kan mak bekas makeup artist. So, ilmu-ilmu fashion ade la jugak yang dah terbuku didada 36B mak ini. Tapi termelalut jauh pulak mak ni pergi. Malu mak taw!

Tapi korang semua tak nak tahu ke kenapa mak cakap "confidence kills" ? Mak pun kurang pasti sebenarnya kenapa mak cakap macam tu. Cuma yang mak tahu bila nak ber-fashion ni, first thing first korang kena ada adalah keyakinan diri. Kalau tak yakin janganlah kau berharap nak memakai apa-apa dengan penuh perasaan selesa dan bergaya. It may kill yourself, your dignity and also your love one. Cewah! terer tak mak speakong? Tapi satu jela mak nak pesan, buat semua benda biar bertempat. You alls kena ingat balik definasi zalim iaitu Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.


Ditulis dan digarap dan dikelentong untuk 1001Perempuan
raar


Tuesday, May 17, 2011

Badut #7

Gua? Gua penulis terkenal. Terkenal kalau didefinasikan dari kamus hidup gua, terkenal di dunia alam maya. Gua penulis blog sahaja. Belum mampu untuk menjadi kolumnis untuk akhbar-akhbar tempatan atau penulis novel. Tapi gua suka menulis apa sahaja yang gua suka. Follower gua tak payah cerita la berapa ramai. Semua follower tu sayang gua.

Gua ni dulu kreatif. Sekarang pun gua kreatif. Gua suka bermain dengan grafik dan animasi. Gua dulu menulis bermacam jenis cerita. Cerita politik, komuniti, ekonomi, dan bermacam lagi la. Dari genre seram, komedi, serius, fiksyen mahupun apa sekali pun, gua mampu mengkreatifkan setiap karya gua. Sebab tu follower gua ribu riban. Tapi modal utama gua adalah komedi. bagi gua setiap penulisan itu perlukan komedi untuk menarik perhatian dan menghiburkan pembaca. Siapa yang tak suka entertainment dan hedonisme.

Tapi sekarang setelah beberapa lama gua berblog, gua macam kekeringan idea. Mentol dikepala gua seolah-olah gagal untuk berfungsi. Macam terbakar pun ada jugak. Tapi akhirnya sebuah idea sampai. Gua sekarang bukan sekadar bermodalkan komedi, modal gua juga berbungkuskan kedunguan serta kenaifan dalam unsur lucah. Sekarang semua karya gua akan meletakkan unsur lucah. Gua dapati ramai pembaca yang bijak pandai suka membaca penulisan yang mempunyai persoalan serta lawak yang berunsurkan sesuatu yang 18SX. 


Apa gua peduli kalau orang kata gua ni menyampaikan sesuatu yang taboo atau kurang ilmiah atau pun cliche. Janji follower gua suka dan duit iklan gua tiap-tiap bulan bank in. Lagi pun semua lawak lucah yang gua sampaikan tu semua benda realistik. Kenyataan! Lambat laun walau tak sematang mana pun budak-budak tu, walau baik mana pun seorang wanita tu, dia tetap akan mengalami benda lucah dalam hidup dia. Gua berani potong jari lah.

Pada pendapat gua, gua ini cuma lagi salah seorang guru yang mengajar dalam dunia ini. Walaupun gua tak diiktiraf, gua rasa gua menyampaikan ilmu yang benar. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting gua tahu gua ni betul dan apa yang gua sampaikan mampu menjadikan diri gua kaya. Setakat lawak-lawak lucah yang gua sediakan ini, gua rasa 3gp melayu dan orang-orang dekat luar sana lagi lucah dari gua. Lu orang jangan persoalkan gua.


# Mak kau ada cerita pasal kisah ranjang dia dekat kau tak?
raar


Sunday, May 15, 2011

Random Picture From Google #6

This is how it works,I will randomly search interesting images from Google with specific keyword then I'll just post it here. Enjoice!

Keyword of the day: PELEMPANG




If you catch me saying 'I am a serious actor,' I beg you to slap me. 
by Johnny Depp


Wednesday, May 11, 2011

Habil dan Qabil

Dari Adam dan Hawa yang diperbuat daripada tanah asalnya kita. Bangsa yang diusir daripada syurga kerana khuldi durjana. Turun ke bumi diseksa 40 hari sebelum bersatu. Dikatakan Ibn Ishaq anak yang lahir daripada kemaluan Hawa ada 40 semuanya dan setiap kali kelahiran itu akan keluar kembar yang berlainan jantina. Yang terkenal cuma si Habil dan Qabil. Si Habil yang tunduk pada perintah Allah. Si Qabil yang ingkar dan angkuh kerana paras rupa kembarnya Iqlima melebihi si Labuda. Kerana wanita kematian manusia pertama terjadi. Keturunan mana satu kita warisi daripada semua kembar keturunan mereka adalah misteri. Tetapi jika aku mampu memilih untuk mengikuti keturunan siapa antara si Habil atau si Qabil, aku memilih untuk mewarisi si Qabil. 

Si sulung yang betul-betul mewarisi kedegilan ayahnya. Si pembunuh pertama dunia. Si dia yang tak bisa tertawa selama 100 tahun lamanya. Si dia manusia ketiga merasa bala daripada Allah yang esa. Si dia yang membunuh berilhamkan iblis pedendam. Si dia yang tidak layak mendapat wahyu dan ilham dan bergurukan si gagak. Si dia yang yang menunjuk bagaimana pengkebumian itu sepatutnya berlaku. Si dia yang bakal menanggung percikan dosa daripada setiap pembunuhan di muka bumi ini. Dan aku, pasti dia yang aku ingin warisi.


# Dah nama pun Habil dah mati. Memang la kau pilih Qabil.
raar


Saturday, May 7, 2011

Sendiri

Mana pergi engkau
Jasad hilang hanya tinggal nama
Kubur entah kemana
Sayang hanya pada nama
Tempuh dugaan bagai nak mati
Akhir sekali tersungkur tinggal aku sendiri
Dan bila itu terjadi
Kau yang ku tangisi


raar


Wednesday, May 4, 2011

Mari Mendera

Dera merupakan kata akar yang kalau dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka akan didefinasikan sebagai pukulan serta hukuman. Mendera pula bermaksud melakukan aktiviti dera. Tapi persetankan sahaja definasi tersebut kerana bagi gua dera itu amat subjektif. Dera itu boleh diklasifikasikan sebagai satu perbuatan yang bukan sahaja akan menyakiti seseorang tapi juga akan menyebabkan kebencian wujud keatas si pendera yakni datang daripada si mangsa. Pendera itu apa pulak? Fikirkanlah.

  • Kalau anda merasakan mencucuh rokok ke atas badan anak-anak anda atau isteri anda itu kurang memberi kepuasaan Maka cucuh lah mereka dengan rokok keretek kerana rokok keretek mempunyai bara yang amat sukar untuk dipadamkan dan juga agak murah untuk dibeli. Ianya bukan sahaja dapat meninggalkan bau-bauan yang agak wangi kepada mangsa, bahkan dapat menjimatkan kos tanpa perlu membeli ash tray.
  • Merengek setiap malam ketika melakukan seks. Aktiviti ini sesuai dijalankan ketika anda sedang berkongsi rumah sewa dengan rakan-rakan anda  dan rakan-rakan anda tidak pula mempunyai teman wanita untuk dibawa pulang kerumah sewa. Aktiviti ini juga bukan sahaja mampu mendera batin rakan serumah anda, ianya juga dapat menyampaikan mesej-mesej tersembunyi bahawa rakan serumah anda tidaklah kacak dan amat perlukan seorang teman wanita untuk digunapakai didalam bilik masing-masing.
[source]
  • Jikalau anda mempunyai teman wanita yang kurang memuaskan citarasa anda, maka kutuklah mereka dengan nada manja seperti menggunakan ayat-ayat, "You ni gemuklah yayang", "Banyak betul jerawat dekat muka you ni yayang", "You pakai tudung macam adik I yang 8 tahun tu je yayang". Ya, tambahlah perkataan "yayang" dibelakang setiap ayat kerana ini dapat menunjukkan bahawa anda sedang bermanja-manja dan untuk mengelakkan daripada ditinggalkan. Believe me. This kind of dera works effectively. Jangan risau sebab teman wanita anda pun sedang mendera anda dengan rupa beliau yang sedemikian rupa.
  • Bila sedang membentangkan manifesto sewaktu atau sebelum pilihanraya dan ketika di ceramah-ceramah umum, bentangkanlah manifesto anda dengan muka confident dan amat yakin akan kemenangan itu milik anda kerana jikalau anda kalah, anda akan dikenang sebagai salah seorang yang bergaya dalam memberi ucapan dan sangat berkarisma. Mangsa anda akan terdiri daripada pengundi anda. Tetapi mangsa anda yg paling ter-mangsa-kan adalah mereka yang bukan pengundi anda. Jikalau anda  menang dan merupakan pembangkang kerajaan, maka mangsa anda adalah rakyat kawasan anda. Kerana ramai tahu bahawa kawasan pembangkang akan jadi kawasan mundur.


# Dera itu menguatkan diri anda.
raar


raar