Tuesday, May 17, 2011

Badut #7

Gua? Gua penulis terkenal. Terkenal kalau didefinasikan dari kamus hidup gua, terkenal di dunia alam maya. Gua penulis blog sahaja. Belum mampu untuk menjadi kolumnis untuk akhbar-akhbar tempatan atau penulis novel. Tapi gua suka menulis apa sahaja yang gua suka. Follower gua tak payah cerita la berapa ramai. Semua follower tu sayang gua.

Gua ni dulu kreatif. Sekarang pun gua kreatif. Gua suka bermain dengan grafik dan animasi. Gua dulu menulis bermacam jenis cerita. Cerita politik, komuniti, ekonomi, dan bermacam lagi la. Dari genre seram, komedi, serius, fiksyen mahupun apa sekali pun, gua mampu mengkreatifkan setiap karya gua. Sebab tu follower gua ribu riban. Tapi modal utama gua adalah komedi. bagi gua setiap penulisan itu perlukan komedi untuk menarik perhatian dan menghiburkan pembaca. Siapa yang tak suka entertainment dan hedonisme.

Tapi sekarang setelah beberapa lama gua berblog, gua macam kekeringan idea. Mentol dikepala gua seolah-olah gagal untuk berfungsi. Macam terbakar pun ada jugak. Tapi akhirnya sebuah idea sampai. Gua sekarang bukan sekadar bermodalkan komedi, modal gua juga berbungkuskan kedunguan serta kenaifan dalam unsur lucah. Sekarang semua karya gua akan meletakkan unsur lucah. Gua dapati ramai pembaca yang bijak pandai suka membaca penulisan yang mempunyai persoalan serta lawak yang berunsurkan sesuatu yang 18SX. 


Apa gua peduli kalau orang kata gua ni menyampaikan sesuatu yang taboo atau kurang ilmiah atau pun cliche. Janji follower gua suka dan duit iklan gua tiap-tiap bulan bank in. Lagi pun semua lawak lucah yang gua sampaikan tu semua benda realistik. Kenyataan! Lambat laun walau tak sematang mana pun budak-budak tu, walau baik mana pun seorang wanita tu, dia tetap akan mengalami benda lucah dalam hidup dia. Gua berani potong jari lah.

Pada pendapat gua, gua ini cuma lagi salah seorang guru yang mengajar dalam dunia ini. Walaupun gua tak diiktiraf, gua rasa gua menyampaikan ilmu yang benar. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting gua tahu gua ni betul dan apa yang gua sampaikan mampu menjadikan diri gua kaya. Setakat lawak-lawak lucah yang gua sediakan ini, gua rasa 3gp melayu dan orang-orang dekat luar sana lagi lucah dari gua. Lu orang jangan persoalkan gua.


# Mak kau ada cerita pasal kisah ranjang dia dekat kau tak?
raar


19 comments:

Raihana Izzati said...

dont be like this.

Raihana Izzati said...

1st lagi?

hadiah2.keh3

okbai.

Rogayah Hassan said...

u rght. tp kena lah cover jugak. tak pasal pasal kena sue lak t.

± said...

ramai penulis hebat bermula dgn kisah2 erotik termasuk faisal tehrani..

melucah dgn tidak jujur menjadikan kelucahan tidak eksklusif lagi

~ badut jua

Hansyirah Takezur said...

sangat cliche.

raar in blogging..

Lucifer yang malas log in said...

aku lucah tak?

Raihana Izzati said...

Lucifer caring.

HEROICzero said...

Lucifer creepy ! muahaha.

. said...

aku kenal kau sebagai lelaki budiman weih!! mana sifat budiman kau? kehkehkeh

ghost said...

ko bantai jer ko nak tulis apa...

tak kira apa..ia tetap menjadi satu santapan.

burhan al-hilmi said...

jgn jdi lucah smpai buat cerita myfirstime.com suda la..
gua pun malu nk bukak..ecece..

zoul yazix said...

aku ingatkan kau sarka orang lain. Nie tengok semua komen pujuk kau ni. jadi sangkaan aku salah la kot. haha

eh ke komen pun sarka sarka belaka?

ke aku yang tak faham apa apa ni.

woi apa buat entri bagi aku confuse woi?

Orang Akaun said...

lucah itu biasa tapi bangang itu janggal..

Anonymous said...

@zoul, cuba perati gambar tu dan imbas kembali.

Ze_Mhis said...

ooo.. okey je. entri best mak layan je

terbaru:
1. GUA TAU GUA EMSEM BILE PAKAI SPEK jangan.jeles.okeh
2. WOI MAKAN LA... GUA SUAP NI.
3. Budak Celup 22
4. JAHATNYA KAMU!!

zoul yazix said...

aku keliru je lucifer. sekarang dah faham. aku memang selalu ada masalah dengan gambar gambar dekat blog eszol ni. haha

naj hebat said...

errr... errr....

mencik!

Sca Ndx said...

cehhh. cehh. cehh.

Qiez AR said...

bagus
teruskan usaha MURNI kau
aku sokong dari tepi

walaupun sisa2 kenaifan aku hampir rabak ditunjal ayat2 jahat kau di facebook.dem

raar