Saturday, February 12, 2011

Aku Nak Berhenti Kerja

Oleh kerana gua telah dipaksa dan diperas ugut untuk menyambung cerita berantai dari seorang bapa dan merangkap suami, Irwan, lalu entry ini diciptakan. Walaupun hidup gua sekarang amat bercelaru dan terumbang-ambing kerana anak-anak ayam gua sudah dewasa dan bukan lagi anak-anak seperti dahulu kala. tetapi gua gagahkan jua. Maka dengan rasa terpaksa dan hormatnya gua akan menyambung cerita beliau. Nak buat macam mana kan. Kita budak-budak kena la hormati mereka yang lebih berusia. Dan yang lebih berusia pulak kena la ingat, respect is earned not given. Ini sambungannya.
Irwan
Ada orang tengah nak buang bangkai tauke dia jugak cam aku. Lalu aku tegur lelaki tersebut sambil bertanya beliau adakah beliau sudah makan. Beliau pun menjawab dengan nada suka hati sambil memberitahu bahawa dia sudah pun makan. Maka kami membakar mayat tauke kami secara berjemaah ala pembunuhan kejam Sosilawati Lawiya. Sebelom itu sempat juga aku kebas beberapa keping kad kredit platinum dan berbagai wang dari seluruh pelusuk dunia milik tauke-tauke berkenaan. Selesai sahaja pembakaran yang berbau seperti kacang tanah digoreng, aku pulang bersama lelaki berkenaan. Time inilah aku sempat bertanya nama beliau. Berikut adalah dialog yang berlangsung antara kami berdua.

"Nama apa bang?"

"Najib" jawab beliau yang turut membawa isteri beliau yang berambut kembang seperti singa. 

"Kenapa bunuh tauke tadi bang?" tanyaku sambil takut-takut kerana sedang di jeling manje oleh si rambut kembang.

"Biasalah. Dia degil tak dengar cakap siapa suruh. Dia tu boneka abang je. Abang ni yang tauke. Kau pulak?"

"Semua kerana kapitalis babi lupa diri yang rezeki itu bukan hak mereka semata-mata"

"Abang paham. Abang paham. Abang kapitalis juga, tapi kapitalis baik hati. Kena ingat yang niat tak menghalalkan cara" Balas beliau sambil membuat muka dungu dengan lagak brader-brader.

"Saya baru perasan. Nama abang macam Perdana Menteri Malaysia la. Abang jangan la pulak cakap nama bapak abang Tun Razok" Aku menukar topik kerana malas melayan si dungu yang jahil.

"Haa, tu bapak gua la tu. Adik ni tak perasan ke abang la yang selalu masuk RTM3 tu. Tu yang dekat belakang abang tu laki abang la. Cute tak die?" jawab beliau sambil bermuka bangga dan riak.

"Cute bang. Cute sangat-sangat. Mencanak adik saya ni walaupun penat membunuh tadi" jawabku untuk mengambil hati beliau moga-moga dapat tender sekolah.

"Bedebah punya budak! Laki aku tu! Yang, cekik dia. Kita C4 je budak ni" Jerit beliau.

"Bereh bereh" jawab si perempuan berambut kembang hodoh yang duduk di belakang sambil tersenyum kegirangan.


Akhirnye aku bukan sahaja berhenti bekerja. Aku juga berhenti bernyawa. Sekian.


# Mana ada kapitalis baik hati. Tunjuk sini bukti!
raar


19 comments:

ghost said...

tolong jangan c4 aku jugak!aku masih belum mahu berhenti bernyawa...

nak mintak tolong kat perempuan rambut kembang tuh sapu losyen jer kat badan...stim aku nih.huh!

psycho!

Sufia Mahzan said...

Hehe..comel lah cite ni. Hehe..

eszol raar said...

@ghost writer

gua sambung je

@Misz Sephia

comel ke?

Amiey White said...

amiey jadi takut >.<
comel sangat errrrr

Tupai Karan said...

jahat la ang buat aku gelak pagi2 nih. hahah.. oih cerita rekaan ada kias2. bahaya ni. aku turut mengomenkan diri sbb takut hg c4kan blog aku haks

Irwan said...

cayalah eszol....kau ingatkan aku kepada kau yang aku kenal masa kau buat entry pasal bendera malaysia dulu tu...

anyway, celaka betul kau matikan mamat tu. Takper. It's your choice.

Ada kapitalis yang baik hati. In fact, almost half the poverty in this world is taken care of those capitalist yang kita benci tu. Mereka antaranya adalah: Bill Gates, Warren Buffet atau my kampung's own warior: Dr. Hj Mohd. Eusuff Teh. Maybe pada mulanya diorang memang nak conquer the world but as human yang sedang mendaki Maslow's hierarchy of nedd, last2 mereka akan stuck juga di level 'self-actualization' yang mana biasanya jika orang itu masih tercari kebenaran, mereka akan jumpa Islam (or atleast kebaikan).

Yang kita benci ialah perjuangan bodoh dalam kapitalisme, bukan kapitalis.

Tapi part aristokrat, wa memang takde belah bagi. SEMUANYA SAMA. PErah duit rakyat jer lebih...

Anyway, thanks for being a good sport!

p/s: I don't need to earn any respect from anybody. Enough if i get any from myself.

Irwan said...

hahahaha...lagi satu nak lagi real, part 'laki' dia jawab tu patutnya kau buat dialek N9. Nak lagi best kau paai term yg org pilah jer guna macam: "wak ang" atau "wak lu" atau "bada" dan sebagainya...


hahahaha..memang ada unsur tukartiub dan pbp...

± said...

cerita yg agak releven dgn perjuangan raar!

membunuh pakai c4 dan membunuh style bakar dan hanyutkan ke sungai lebih krg je kejamnya. cuma sorg terlepas, yg lg sorg tu ntah2 terlepas jugak kecuali barua2nya

"when u have power n money, nothing else matter" - incik anony

eszol raar said...

@Irwan

thx bro! aku belom lg mengusai slang nogorhi la, kapitalis atau aritokrat sama je. penghisap darah manusia


@Dark Half

incik anony tu mesti cute kan?

em

gua nk tggu ending si lahabau yg terlepas tu

burhan al-hilmi said...

nice one la..haha
penuh dgn kiasan yang 'membina'

haritu blog kau da penuh comment fan samsol..
ape kata kau hantar entri ni kat m'siakini pulak..

eszol raar said...

@burhan al-hilmi

apa yg membina tu bur?

tkde keje gila nk anta dkt malaysiakini

areripe said...

bro, penulisan hang rare gila!
aku suka kut!
gogo!

hassudi morshidi said...

jelingan yg membuat kau steam terkapai-kapai....

Sca Ndx said...

tersirat nih. hehe

Berto said...

keh2, C4 trus, ganas betul perempuan berambut kembang itu

Al said...

giler ah citer,sgguh rare

adekah ending dier tu mknanya org bwh xkkan mampu bangkit, buat slamenya? hmmmm

bawalogy said...

owh...hahahahha!!

Amir Syahir said...

kah kah kah. ada juga.

Fathiyah Selamat said...

menakutkan pulak cite ni ha....tp ni kre penghabisan ke hape??

raar