Sunday, January 2, 2011

Apakah Sultan dan Raja-Raja Melayu Tidak Punya Perasaan Malu

Kerajaan Rakyat: Apakah Sultan dan Raja-Raja Melayu Tidak Punya Perasaan Malu
Rakyat Malaysia dan mungkin juga Indonesia hampir saban hari berbicara tentang kes rogol yang didakwa dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan Malaysia bertaraf menteri. Kes yang mula dibongkar oleh laman WikiLeaks ini mengisahkan perbuatan rogol yang didakwa berlaku sekitar tahun 2007 oleh seorang menteri dalam barisan kabinet, bekas presiden Umno yang juga pengasas Islam Hadhari, Dato' Seri (Tun) Abdullah Badawi. Sebelum saya terlupa, apa sudah jadi dengan Islam Hadhari? Berjuta ringgit wang rakyat telah dihabiskan oleh kerajaan Umno/BN untuk mewar-warkan Islam Hadhari, akhirnya ia lenyap bersama hangusnya wang rakyat!!! Apakah mereka yang menyokong Umno/BN masih buta?

Seakan menjadi dasar orang politik hanya pandai bermain kata, menabur janji dan berpura-pura. Sikap ini tidak menjadi pelik lagi dalam senario politik negara. Saya telah lali dengan sandiwara ini.


Persoalannya sekarang, apakah raja-raja dan Sultan Melayu yang ramai di negara ini juga beramal dengan sikap berpura-pura? Katanya Sultan ditintakan sebagai ketua agama Islam dan payung kesejahteraan rakyat. Apakah sebagai ketua agama Islam, para sultan tidak menyedari hal yang sedang rancak diperdebatkan oleh rakyat? Apakah para Sultan tidak sensitif kepada perasaan dan kebimbangan rakyat?

Saya mohon kepada para Sultan, jika benar kalian sebagai payung kesejahteraan rakyat, sila campurtangan dalam masalah rakyat ini. Para sultan, ingatlah gaji, elaun dan segala kemewahan kalian adalah hasil daripada titik peluh rakyat yang disalurkan melalui cukai kemudian dijadikan sebagai habuan bulanan buat semua para sultan dan raja-raja Melayu hidup dalam serba kemewahan. Para sultan, tolonglah bersama kami leraikan kekusutan keinginan rakyat ini.

Rakyat Malaysia berasa malu kerana ada kalangan menterinya yang menjadi perogol. Soalnya apa para raja dan sultan Melayu yang katanya sebagai ketua agama Islam tidak punya perasaan malu dan hanya mendiamkan diri dalam isu besar ini? Cukuplah dengan perangai Siti Aisyah yang berperangai buruk dan memalukan."

Original story here.


# I have nothing to say. It's time for them to act! For the people. Gua bukan kisah ade amah Indonesia kena rogol dengan menteri ke,ape ke. Yang penting keadilan ditegakkan,diluruskan, dibongkarkan dan segala macam di. Sampai bila nak duduk goyang kaki pergi tonton bola sana-sini, jadi Presiden persatuan itu-ini, konon bagi sedekah pkai duit sendiri, tapi perubahan untuk rakyat banyak macam tahi dekat celah gigi. Tunjukkanlah fungsi anda kerana setiap manusia dimuka bumi ini ade tujuan dan fungsi Jangan hanya bersinggahsana berhari-hari dan bercuti-cuti. Patik menjunjung kasih tuanku yang dihati!





14 comments:

burhan al-hilmi said...

title yg sgt kontroversi..
tp ada juga betulnya..
Smpai skrg ak xfham apa sebenarnya tugas Raja-Raja di Malaysia..
adakah sekadar mengumpul istana?..

eszol raar said...

lololol

no comment

IMANSHAH said...

sumpah tatau sapa menteri tersebut..

IMANSHAH said...

eh tak tau sapa tu menteri tersebut??

eszol raar said...

@IMANSHAH
ntah la cikgu

itu misteri

haha

Irwan said...

nak buat camner zol? kita ni rakyat yang hina ajer...sapa yang nak dengar suara kita?

Tapi aku memang pasti. Pasti dan Pasti akan bersuara kat SANA nantik!

un said...

klu melibatkan atasan sebolehnya nak tutup kes.:)

Dear Jim said...

selain menteri tersebut ada lagi kes MB Merogol tapi dipedapkan dan menyumbatkan orang yang tak bersalah ke penjara...MB tersebut merogol bukan tukang gaji nya tetapi pelajar sekolah yang ketika waktu itu berumur 15 atau 16 tahun...dan beliau terlepas hingga kini...nenek budak tersebut sampai meninggal dunia gara2 nak perjuangkan kebenaran untuk cucunya tapi hampas jer semuanya...

adilah said...

salam Tuan Blog. Post yang hangat sekali. Hati-Hati dengan kata-kata anda.Blog bukan tempat melepaskan geram.

Walaupun jangan pertikaikan peranan Sultan, ianya masih releven kalau tak percaya lihatlah England.

Dila tidak sanggup lihat Malaysia menjadi negara Republik akhirnya kita menjadi `bangsa kelas ke 2 dinegara sendiri' contoh bangsa Melayu di Singapura.

Dila mohon maaflah kalau Tuan tidak setuju, itu hak anda. Tapi Dila akan menentang siapa sahaja yang menentang Sultan.!

`Dila = ANTI DAP !!!!'

eszol raar said...

@nadilah
bila berkata itu jgn lah sampai menampakkan kebodohan

sesungguhnya membuka aib itu amatlah dilarang nabi kerana akan membawa kpd fitnah

tiada siapa yg mempertikai peranan sultan,cuma skrg ada gesaan untuk sultan lebih memainkan peranan

tiada siapa pon yg mahu malaysia menjadi sebuah republic

moga saudari lebih memahami apa yg diperkatakan

saya di sini tidak langsung memnentang sultan

cuba baca dulu baru comment

Timbermad said...

Salam Bro..
Dalam hadis ada dikatakan kita perlu siasat sumber berita adakah ia dtg daripada yg dipercayai @ dr mereka yg fasik.
Jadi jgnla dok tambah fitnah sbb kita tak tahu betul @ tidak.
Jadi adakah saudara percaya berita dr wikileaks yg mengatakan Anwar seorg peliwat jugak?

eszol raar said...

@Timbermad
der,again gua ckp,gua x ckp pon gua percaya sama itu wikileaks

gua just meminta itu sultan2 n raja2 lebih menonjol dan memainkan peranan'

itu sahaja

harap maklum

birthday said...

mau komen nyari dimana...cut disini ya...

ghee... said...

hidop di sara org, kerja x susah pon

raar