Wednesday, February 16, 2011

Badut #2

Saya ini artis glamour. Satu Malaysia kenal saya. Saya berlakon, saya menyanyi, saya menari,saya model. Paling saya suka berlakon dalam slot cerita Islamik dekat RTM3. Yang pukul 9 tiap-tiap hari Jumaat tu. Sebab cerita-cerita macam tu tambah populariti saya dekat negara Islam macam Malaysia ini. Ramai penonton slot drama tu taw. Yela kan,saya nampak alim, nampak baik je dalam drama tu. Cerita Islamik, so kenalah pakai tudung kan. Baru saya tahu, ayu juga saya ini. Hehe.

Dalam cerita tu saya dapat peluk hero-hero hensem dan sasa. Saya suka sangat-sangat. Dah pengarah suruh saya buat scene tu, saya peluk jela. Saya bukan kisah sangat pun. Selalu dah saya masuk paper kantoi serbuan kelab-kelab malam apa semua. Naik rating akak nyah! Nampak saja cerita Islamik, adegan pegang megang kena la ada juga kan. Kalau tak macam mana nak nampak real cerita kami. Tapi tak apa lah kan. Saya ini pelakon yang cari makan. Saya cari rezeki yang halal. Yang penting halal tau!

# Halal ke?
raar


13 comments:

Mak Jemah said...

errrkkk...gerangan siapakah itu????

Irwan said...

dahsyat! aku akan BWkan entry ni kat blog artis..ader beran? you say go, i'll go!

Anonymous said...

halal kot nyah.

kot

Anonymous said...

uiks.
siapekah beliau itu?

RR said...

hoi! hang cakap pasai bini tangan kiri aku tu. harun sungguh

lulz

xcyber said...

wow!!! dashat

IMANSHAH said...

matlamat halalkan cara nyah

± said...

statement cliche kebanyakan artis malaysia..haha..part halal tu kalau tak stresskan, kan konfem tak masuk kategori #badut

Z H said...

niat itu penting.. hahhaaa

yang lain tu terpulang pada Allah ..

kita tak ada kuasa nak menentukan status halal haram rezeki orang tu melainkan dah terang lagi bersuluh .. kalau yang shubahah, wallahualam ..

Amir Syahir said...

nak tunggu artis bertudung..tunggu drama Islamiknye.

Amiey White said...

TZ errrkkk...
Tenuk Zipper kn3 hahaha

btw halal haram err...suruh dia buka buku. halal ke berpeluk =.=".

burhan al-hilmi said...

ni artis betul ke?..sape?..nak tau..

ni la namanye manipulate agama untuk duit..mcm la pengarah cerita ni kisah psl dakwah/pengajaran..yang penting duit masuk nk beli mercedez..

Hansyitake~ said...

nonesense!

halal ke? urgh..

raar