Paip berkepala keseksaan |
Nama entry dah macam nak promote kedai hardware pulak. Haha. Gua nak cerita hari ini pasal paip getah atau nama glamour-nye getah paip. Either way. Gua nak cerita jugak pasal paip besi yang ade kpale bersemburan ni. Gua tak tahu nama die apa. Sorry, gua tak tahu kenapa bila hari Isnin gua akan terbuat entry kene mengena dengan tandas starting dengan entry Nature's Call ni. So semalam bapak gua dengan penuh skill telah install paip besi yang siap ade kepala boleh bersembur ni. Gua balik-balik rumah memandang set kpale paip yang baru tu dengan penuh hampa, benci dan menyampah.
Gua cukup benci paip yang sebegini rupa. Kalau gua jumpe paip sebegini dekat tandas-tandas awam 80% confirm gua akan cancel niat nak membuang time tu jugak. Paip ini bagi sesiapa yang sedia tidak maklum akan membuatkan seseorang itu akan merasa bersyukur terhadap kewujudan conventional style getah paip. Sebab apa? Sebab paip getah lebih mudah, praktikal, selesa, dan tidak menyeksakan anus-anus anda sekalian.
Bagi gua kepedihan yang berlaku di anus gua akibat water pressure air yang diakibatkan paip berkepala bersemburan ini amatlah menyakitkan sebab air yang keluar dari kepala paip ini tinggi kadar tekananya. Sangat pedih sampai kadang-kadang sampai kebas gila anus gua. Paip ini juga mengakibatkan air memercik dengan tidak semena-mena dan amatlah susah untuk mengawal kadar kepercikan tersebut Hal ini demikian kerana paip ini mempunyai tahap penyalarasan water pressure yang amat susah untuk dikendalikan mahupun untuk mereka-mereka yang amat expert dalam bidang plumbing. Bila korang tekan je part paip yang untuk mengeluarkan air tu mesti akan terlebih tekan dan air akan keluar dengan kadar kepantasan yang amat tinggi. Bila time nak tembak je air tu dekat anus mesti akan memadam memori kepuasan membuang air besar yang merupakan salah satu nikmat dunia bagi gua. Pedih wo. Dah la air tu memercik ke sana-sini. Entah boleh sembahyang ke tidak lepas tu. Amat tidak selesa dibuatnye.
Kepala paip yang bergetah paip |
Getah paip setahu gua kalau dekat hostel merupakan antara perkara yang akan disimpan sebagai hakta persendirian dalam loker-loker pelajar kerana getah paip amatlah selalu tiada disaat amat memerlukannye. So bila diperharta persendiriankan pegawai asrama mesti akan guna besi bulat yang digunakan untuk mengetatkan getah paip di kepala paip akibat frust sebab getah paip selalu hilang. Tapi, kes-kes kehilangan getah paip still akan berlaku kerana dimana ada kemahuan,disitu ada jalan. Getah paip bagi mereka yang masih tidak sedia maklum lebih mudah digunakan kerana mudah diselaraskan kadar tekanan airnye. Guna jari pon boleh. Jari kaki sekali pun. So bila nak beristinjak tidaklah akan membuat seseorang itu merasa kepedihan, keseksaan, kegeraman malah kekebasan.
All in all,bila water pressure di tempat berkumuh anda berada ditahap amat tidak memuaskan, dan seperti anda merasakan urine anda lebih laju kadar kepancutanye daripada water pressure paip air, kedua-dua alat ini agak kurang tahap kredibilitinye. Kalau paip berkepala bersembur tu air hanya akan meleleh seolah-olah lelaki tua yang kalenjar prostatnya sudah terlalu membesar sedang membuang air kecil. Tetapi jika anda menggunakan getah paip,anda mungkin boleh mengangkat paip itu setinggi yang boleh untuk mengumpul atau menakung air sebanyak yang mungkin dan menjatuhkan paip tersebut kembali untuk mengeluarkan air yang telah ditakung dalam paip. Itu pun kalau paip tu panjang. Gua yakin ramai yang pernah cuba trick ini. Jgn nak tipulah. Dan gua tahu ramai yang kat luar sana bila masuk tandas awam mesti akan basuh dulu paip getah tu sebelum guna. ;-)
Ingatlah, kebersihan itu adalah sebahagian dari iman. Sebahagian tu gua tak tahu berapa percent pulak. So lepas ni gua tak nak guna dah bilik air yang ade paip jilaka tu. Gua guna bilik air satu lagi. Setakat paip camtu bwat basuh toilet sesuai lah. Kalau nak buat basuh anus silap haribulan boleh buasir gua. Bagi mereka-mereka yang masih lagi belum sempat mencuba paip berkepala keseksaan ini silalah cari dimana-mana tandas awam yang berdekatan dengan anda. Selamat mencuba!
Image credit to:
# Gua lebih rela cebok dengan gayung.
raar
6 comments:
paip berkepala semburan?..berbelit lidah nk sebut..
paip getah lagi puas guna!
yg sembur2 tu geli! ahahaha...
pedih juga anusku
ceramah paip la pula..
kah2..nice..
gua pun benci paip camni.pedih satu hal,dibuatnya dlm keadaan CB, abes bersepah, silap2 air najis terpercik ke tempat x sepatutnya..arghh!
@Dark Half
air najis bersepah yg x tahan tu kan
Post a Comment