Friday, February 25, 2011

Funny Birthday

"RM0.00 KBS: SLMT HARI LAHIR, Semoga sentiasa sihat & ceria. Negara bangga mempunyai belia spt anda. Salam Mesra Dato' Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia & Skn."

Ini merupakan the exact sms yang gua dapat tepat pukul 12 malam tadi. Sungguh terkejut gua bila mendapat ini message. Gua tergelak lalu tersentak seketika. Bila masa menteri simpan number gua. Fyi, number yang send message ni adalah 15888. Sungguh ong number beliau bukan. Tetapi berbagai persoalan bermain di minda gua ketika ini.

  • Bila masa menteri kenal gua? Gua tak pernah jumpa pun Shabery Cheek ini. Yang gua ingat die ni dulu berterabur air liur time debat dgn Anwar Ibrahim. Keje die ni gua tahu asyik pergi lawatan oversea je. Tiap kali gua tengok Buletin Utama kat RTM3 selalunya die dekat oversea pakai baju tebal-tebal sebab sejuk kot.
  • Apa yang gua buat sampai negara bangga dengan gua? Ini gua pelik dan ajaib sekali. Gua tak pernah produktif pun. Apatah lagi menyumbang emas dalam bidang sukan untuk negara.
  • Belia ke gua ni? Gua remaja pun belum. Entah time bila gua skip baligh and teros jadi belia.
  • Macam mana menteri boleh tahu birthday gua hari ini? Ini paling gua pelik. Entah mana die sedut maklumat gua. Birthday gua dekat Facebook pun gua tipu je. Ini yang gua rasa macam tak ada privasi dekat negara sendiri ni.
  • Berapa banyak kerajaan berhabis duit bayar telco untuk wish semua belia dalam negara ni? Konon subsidi tak cukup la, lari bajet la, kearah negara berpendapatan tinggi la. Tapi bajet untuk buttkissing belia-belia dalam Malaysia ada pulak kan. Geli-geli je anus gua ni.
Mesra kan beliau?
# Birthday is too cliche for me. Just another day to me. Booring...
raar


Monday, February 21, 2011

Reasons Why I Prefer Pretty Babe More Than Cute Babe

Haha. May I start this week with this post. I have been messing around with the Badut series since early of last week and I got some horrible feedbacks from some Malaysian who apparently butthurted or got few headshots from my entries. Get well soon and please understand that I would not reply all your mails. Last week have been a very upside down week to me. Ignoring important things, preoccupying, sicking myself up and stoning. Some might say it is awesome but for me this is just plain fucked up. Sober.

I believe all the guys out there have their own taste and know how to find a suitable girl that is not only pleasant to your eyes but also know how to treat you. Some might love the cute face, some might not. Some might ejaculate looking at those cleanly waxed legs, some might puke. Some might have orgasm while listening to a nice erotic voice whining about shoes, some might drop dead. This time I'm going to narrow down the scope to face only and I categorise it into two, cute and pretty.

Well, I'm not being bias right here right now. Do not get me wrong. For me all the ladies out there are unique and have their own characteristic. You are what you are and you are beautiful. I worship women. Just for me, I differentiate women face into cute and pretty. No ugly face, no seposen face and no hideous face.

Because when you are old you just cannot turn your old face to a cute face

Just like any other typical guys, I do think about the future. Yes, I am being too far ahead because everything that involve feelings and commitments between two people of different sex is one serious thing for me. A partner to me is a forever partner. If you choose a pretty babe as your partner, in case her face start aging and have all the wrinkles everywhere, you will still find the face pretty. But if the same situation happen to a cute babe, I bet u will just freak out because a cute babe with wrinkles will never look cute anymore. It is like staring an evolved baby becoming an old lady. 


The idea is, how would you like to see the changes from your beautiful partner face come to an end. It is either you like to see it from pretty to less pretty or from cute to cute-less. I prefer the proper stage which is pretty to less pretty because cute to cute-less is like skipping on one phase which is the pretty phase. That is so not normal to me. It is like skipping on puberty. Because aging is one hell of sickness that is happening to everyone so I still prefer it to be normally in order

Cute is too paedophilic

I had enough with Selena Gomez and Miranda Cosgrove. No brief explanation needed for this point. You do the math.


# Oh my pretty babe...
raar


Thursday, February 17, 2011

Badut #3

Saya ini tidaklah sekacak mana. Tapi setiap perkataan yang keluar dari mulut saya mampu mencairkan malahan menambat hati gadis-gadis di dunia ini.  Saya amat bisa sekali merobek malah merakus hati-hati gadis yang sedap dipandang mata saya. Sejak dari kecil lagi ke mana-mana saya pergi, gadis-gadis dalam lingkungan radius satu kilometer mesti saya mampu mengambil hati mereka. Pendek kata, mana-mana saya pergi mesti akan ada awek-awek yang diayat oleh saya. Yang paling penting, saya tak pernah gagal. Tidak sama sekali.

Sejak dari tadika hingga beranak empat saya masih lagi mampu mendapatkan sesiapa sahaja. Saya pindah ke sekolah baru saya akan dapat awek baru, saya masuk National Service saya dapat awek baru, saya masuk UITM saya dapat awek baru, saya masuk kerja pun saya dapat awek baru, dah kahwin pun saya mampu dapat awek baru. Saya bangga. Motto hidup saya adalah, I came, I saw, I conquered. Veni Vidi Vici. Alaaa, yang macam tulis dekat kotak rokok tu.


Saya rasa saya hot, Saya boleh dump mana-mana perempuan sesuka hati saya. Girlfriends saya semua memang tak ada perasaan dekat saya pun. Saya tak boleh berjauhan dengan girlfriend saya. Lantaklah girlfriend saya nak menunggu saya sampai dorang berjanggut pun. Apa saya kisah. Saya ni memang tak boleh hidup kalau berjauhan dari girlfriend saya. Saya rasa terabai. So, kalau buah hati saya jauh mestilah saya kena cari awek lain. Tak gitu? 

Saya memang tak boleh pandang perempuan lain. Bila pandang perempuan lain, saya lupa semua janji-janji palsu saya dekat girlfriend saya. Ala, entah-entah girlfriend saya yang jauh tu pun main kayu tiga belakang saya. Macam lah saya tak tahu. Tapi takpe, saya maafkan girlfriend saya tu. Saya kan hot. Saya pakai buang je semua gadis-gadis dalam koleksi saya. Cita-cita saya memang nak jadi gigolo berjaya pun. Oops, dah tercapai pun cita-cita saya tu. Hehe.

# Girlfriend-girlfriend lu maafkan lu tak?
raar


Wednesday, February 16, 2011

Badut #2

Saya ini artis glamour. Satu Malaysia kenal saya. Saya berlakon, saya menyanyi, saya menari,saya model. Paling saya suka berlakon dalam slot cerita Islamik dekat RTM3. Yang pukul 9 tiap-tiap hari Jumaat tu. Sebab cerita-cerita macam tu tambah populariti saya dekat negara Islam macam Malaysia ini. Ramai penonton slot drama tu taw. Yela kan,saya nampak alim, nampak baik je dalam drama tu. Cerita Islamik, so kenalah pakai tudung kan. Baru saya tahu, ayu juga saya ini. Hehe.

Dalam cerita tu saya dapat peluk hero-hero hensem dan sasa. Saya suka sangat-sangat. Dah pengarah suruh saya buat scene tu, saya peluk jela. Saya bukan kisah sangat pun. Selalu dah saya masuk paper kantoi serbuan kelab-kelab malam apa semua. Naik rating akak nyah! Nampak saja cerita Islamik, adegan pegang megang kena la ada juga kan. Kalau tak macam mana nak nampak real cerita kami. Tapi tak apa lah kan. Saya ini pelakon yang cari makan. Saya cari rezeki yang halal. Yang penting halal tau!

# Halal ke?
raar


Tuesday, February 15, 2011

Lulz of The Day #4

Yup,priceless
oneMalaysia

#Tak kelakar jangan gelak


Monday, February 14, 2011

Badut #1

Berat saya dulu 67kg. Tinggi saya 163cm je. Bagi manusia ber-vagina macam saya ini, saya amatlah gemuk dan mempunyai bentuk badan yang amat memualkan. Dulu saya pakai baju besar-besar je. Tak berani nak fashion-fashion sangat. Keluar rumah saya mesti pakai baju XXXL dan tudung bawal paling besar sekali. Suami saya asyik suruh saya diet je. Saya tak mampu. Saya memang kuat makan. Nafsu makan saya lagi besar dari tubuh saya yang umpama embryo gajah ini. Saya tak tahan dengan kutukan manusia-manusia di sekeliling saya. Suami saya pun tak lalu memandang saya. Saya frust.Tapi saya persetankan mereka semua. Janji saya dapt makan sepuasnya. Tetapi nafsu saya yang satu lagi tak dapat dipenuhi. Saya benci suami saya.

Pada suatu hari suami saya suruh saya pergi ke pusat kelangsingan badan. Beliau cakap beliau akan menanggung semua kos yang diperlukan. Saya amatlah excited terlompat-lompat sampai bergegar kondominium yang kami tinggal. Marah orang-orang rukun tetangga. Lalu selepas diherdik jiran-jiran, saya menuju ke pusat kelangsingan tersebut. Sesampai je di situ, mereka menjanjikan saya tubuh umpama Rozita Che Wan dalam masa kurang sebulan sahaja. Sekali lagi saya melompat kegirangan.Dan sekali lagi......paham-paham jela.

Kini tubuh saya amat langsing sekali.  Saya keluar majalah dan program TV. Yang mereka duk tayang gambar sebelum dan selepas tu. Mula-mula setakat pakai shawl nampak dada dan kebaya jarang saja. Lama-lama, itu semua saya persetankan. Sesekali ada juga yang datang mintak autograf dan berkata saya umpama Kim Kardashian. Saya bangga. Tudung telah saya buang. Sekarang ini kalau tak pakai baju nampak ketiak, saya takkan keluar rumah. Suami saya kini bila keluar tak pernah melepaskan genggaman tangan saya lagi seperti dahulu. Beliau pun turut berbangga dengan saya. Setiap malam saya tak pernah berhenti bekerja untuk suami saya. Saya tak pernah gagal membuktikan kewanitaan saya. Saya tak malu kerana saya bangga dapat menjadikan tubuh saya idaman dan bahan lancapan warga jantan.


# Ini bukan promosi pusat keLANGSIngan badan.
raar


Saturday, February 12, 2011

Aku Nak Berhenti Kerja

Oleh kerana gua telah dipaksa dan diperas ugut untuk menyambung cerita berantai dari seorang bapa dan merangkap suami, Irwan, lalu entry ini diciptakan. Walaupun hidup gua sekarang amat bercelaru dan terumbang-ambing kerana anak-anak ayam gua sudah dewasa dan bukan lagi anak-anak seperti dahulu kala. tetapi gua gagahkan jua. Maka dengan rasa terpaksa dan hormatnya gua akan menyambung cerita beliau. Nak buat macam mana kan. Kita budak-budak kena la hormati mereka yang lebih berusia. Dan yang lebih berusia pulak kena la ingat, respect is earned not given. Ini sambungannya.
Irwan
Ada orang tengah nak buang bangkai tauke dia jugak cam aku. Lalu aku tegur lelaki tersebut sambil bertanya beliau adakah beliau sudah makan. Beliau pun menjawab dengan nada suka hati sambil memberitahu bahawa dia sudah pun makan. Maka kami membakar mayat tauke kami secara berjemaah ala pembunuhan kejam Sosilawati Lawiya. Sebelom itu sempat juga aku kebas beberapa keping kad kredit platinum dan berbagai wang dari seluruh pelusuk dunia milik tauke-tauke berkenaan. Selesai sahaja pembakaran yang berbau seperti kacang tanah digoreng, aku pulang bersama lelaki berkenaan. Time inilah aku sempat bertanya nama beliau. Berikut adalah dialog yang berlangsung antara kami berdua.

"Nama apa bang?"

"Najib" jawab beliau yang turut membawa isteri beliau yang berambut kembang seperti singa. 

"Kenapa bunuh tauke tadi bang?" tanyaku sambil takut-takut kerana sedang di jeling manje oleh si rambut kembang.

"Biasalah. Dia degil tak dengar cakap siapa suruh. Dia tu boneka abang je. Abang ni yang tauke. Kau pulak?"

"Semua kerana kapitalis babi lupa diri yang rezeki itu bukan hak mereka semata-mata"

"Abang paham. Abang paham. Abang kapitalis juga, tapi kapitalis baik hati. Kena ingat yang niat tak menghalalkan cara" Balas beliau sambil membuat muka dungu dengan lagak brader-brader.

"Saya baru perasan. Nama abang macam Perdana Menteri Malaysia la. Abang jangan la pulak cakap nama bapak abang Tun Razok" Aku menukar topik kerana malas melayan si dungu yang jahil.

"Haa, tu bapak gua la tu. Adik ni tak perasan ke abang la yang selalu masuk RTM3 tu. Tu yang dekat belakang abang tu laki abang la. Cute tak die?" jawab beliau sambil bermuka bangga dan riak.

"Cute bang. Cute sangat-sangat. Mencanak adik saya ni walaupun penat membunuh tadi" jawabku untuk mengambil hati beliau moga-moga dapat tender sekolah.

"Bedebah punya budak! Laki aku tu! Yang, cekik dia. Kita C4 je budak ni" Jerit beliau.

"Bereh bereh" jawab si perempuan berambut kembang hodoh yang duduk di belakang sambil tersenyum kegirangan.


Akhirnye aku bukan sahaja berhenti bekerja. Aku juga berhenti bernyawa. Sekian.


# Mana ada kapitalis baik hati. Tunjuk sini bukti!
raar


Thursday, February 10, 2011

Khurafat Khurafat

Setelah entry dan kritikan serta komen gua mengenai filem Khurafat disiarkan di Beautifulnara.com, gua mendapati pengkomen-pengkomen di Beautifulnara amatlah kelakar dan menghiburkan hati gua. Gua dicemuh dan diludah dengan kata-kata yang amat menggelikan hati. Gua juga di label anti Melayu dan juga anti industri perfileman tempatan. Setakat ni gua malas nak respond dekat semua komen-komen yang bernas dan juga amat tidak bernas yang wujud di sana. Malahan gua juga amat malas untuk kembali semula me-respond kepada komen-komen dekat entry gua tu.

Hujung minggu ni gua buat entry yang tak special untuk respond kepada peng-komen-peng-komen yang wujud di sana. Setakat ini gua amat sibuk melayan kerenah anak-anak ayam yang gua bela. Biasalahkan, gua ni bersekolah lagi. Baligh pun belum. Makan minum pun mak bapak yang sediakan. Balik sekola nak kena buat homework. Lepas tu nak kena bagi anak-anak ayam gua makan. Nak pergi main bola lagi. So masa gua nak ber-blogging ni kurang. Jadi sesiapa yang cakap gua ni di upah oleh Farid Kamil untuk menulis entry sedemikian rupa ataupun menuduh yang gua ni sebenarnye Farid Kamil, semua tu salah

Gua kalau Farid Kamil upah gua jadi hero filem Samseng Jalanan pun, gua akan tolak. Gua mana ade lesen nak bawak motor. Gua sunat pon belom. Ape daa! Lagipon gua ni banyak duit. Tak payah nak upah-upah gua suruh buat entry kutuk filem Skop Production. Gua ni bapak ayam. Gua dah kaya jual anak-anak ayam gua. Budak-budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak. Gua cuma rakyat Malaysia yang teraniaya dan mempunyai pendapat sendiri. So for this time being. Enjoice with all these comments. These is just few. Compare the red and the white.

* aku sure ni mesti farid kamil…x yah la ko nak kutuk si samsol ni sebab kalo orang tak suke x de lah filem ni box – office….sah2 ko ni farid kamil atau pun sekutu die…
* I don’t think it’s farid kamil. cara ckp pun mcm pompuan.. “read my lips” lah, “CLICHE” lah. hanya pompuan je yg ckp gitu. tak pun yg beraspirasi utk jadi pompuan (no offense to them). tp point nye, bukan org laki lah ckp gaya gini. So tak mungkin lah farid kamil. nak tuduh pun agak2 la
* kan.. nmpak sgt dengki.. khurafat tu best je.. sebok je pemgirim email tu nk suruh org berfikir.. org tgk wayang nk release tension bukannya nk berfikir adoii..
* betul..kalo nak suh orang pikir, baik masuk kls critical thinking ^^
* TAK KIRA LAH CLICHE KE..APE KE…YANG PENTING MAK SYOK..ANAK2 MAK MENJERIT DALAM PANGGUNG.
DAH NAMA PUN ‘ENTERTAINMENT..BUKANNYA ‘EDUCATION’ !!!
Kalu nak suruh orang pikir, tak payah tengok filem..ambik jew SPM lagi sekali..ambik paper Add Maths sekali! Kan?
* baru tak baru. filem dah dua tiga jugak yg dia buat. bapak plak produser terkenal. anyway, sbg penonton, kita nak kata filem tu best sbb mmng best. bukan sebab kesian dia tu org baru. kat hollywood ke bollywood ke chinawood ke indonwood ke whatever wood la, mana ada org suka filem tu sebab kesian org tu baru. atau tak nak kritik filem tu sebab kesian produser baru. persoalannya satu je: bagus atau tidak filem tu? caner la nak bersaing dgn bangsa lain kalau mentaliti mcm ni
* Aku tak fikir dia hentam citer Melayu, tapi suh kuar dari klise….dan malas…Dia bukan main hentam sebarangan, tapi bagi tips secara tak langsung, so len kali Syamsul or sesape boleh perbaiki…ni lah Melayu, orang bagi pandangan kritis, dia kata kondem lak…
* Bagi aku,kira ader kelainan la produk si syamsul nie..kalau filem malaysia nie buat,ader saja x kena…penulis tanya hospital mana yg wat shooting sbb selalu blackout….tp,aku nie pun peminat citer hantu luar negara gak,boleh katakan majoriti suma crita antu tu dok dlm blackout ataupn lampu samar2….jd kalau penulis tu pn minat filem korea ker jepun ker, xkan x penah tgk? Aku syorkan si penulis nie gi wat research lain ngn filem luar negara. Xyah dok sembang lebih2 kalau pengetahuan ko tu pn cetek…
* masih ternanti2 citer hantu yg xmembosankan dan lebih real, xkirala dari dalam atau luar negara (esp dlm negara la). bila tempat tu sepatutnya cerah, biarla cerah, kalau pandai buat citer tetap seram gak walau dalam terang
* tu la dia….sebelum syamsul buat citer seram byk pengarah buat citer seram mostly gagal pasal kurang research….jadi by the time syamsul nak buat citer seram he should aware of the mistakes yg pengarah lain buat…. ‘the cliche’ part especially…. memang la pengkritik di atas tu is a bit too detail and too direct….tapi mana yg dia kata betul tu kita kena terima la… its not dengki but an opinion as a viewer… any of you guys here yg rasa citer khurafat ni the best ever boleh jugak hantar komen kat nara and puji melambong pe… its pandangan masing2 la…
* pd aku ok je citer 2, antu mmg la kuar dlm gelap. Terang benderang antu mne nk 2juk muka dia yg hodoh 2…. Pk la dlu sblm komen… lgpn da nme nya antu, mstilah hodoh sbb org jahat2 je yg mati jd antu. Org baik2 mati dlm iman, makanya xla jd antu… yenadee!!!
* Komen aku buat pengomen khurafat ni plak
1)u r very TYPICAL MALAY THINKER
2)komen di atas lebih berbentuk menghina..
3)mayb khurafat tak 100% perfect but totally satisfied compared to other movies
4)KUTIPAN speak LOUDER than ur RUBBISH Comment
Read my lips
J.E.L.E.S
* Adus orang melayu oiiii, mamat ni bukan kutuk citer melayu, dia bagi komen membina. Tu la korang, bila orang cakap melayu ni takleh terima kritikan korang marah. Tapi tu la hakikatnya. Setiap benda ada pros and cons nyer. Budak ni bagi idea camna nak mantapkan citer in da future. Kisah apa si syamsul tu duk kira duit ker tak. Itu dah rezeki dia la. Kita ni sebagai penggemar filem kalau benda tu cliche then cakap la cliche tak payah la takut nak bersuara. MemAng citer ni ada yg best tapi yang karut tu lagi banyak. Citer orang putih pun ramai jer org kritik. So apa masalahnya kalau jadi pengkritik, takkan semua org nak cium bontot. Disebabkan benda camni la melayu x maju
* Hmm, amek la yang positif daripada komen tu. Maybe mamat tu ada terlanjur skit. Tapi napa ada yang suruh dia buat movie, tu bukan kerja dia. Tu kerja syamsul. Dia hanya bagi kritikan. Hadoila melayu, tak boleh kritik langsung. Tu la kalau dari kecik sampai besar duk kat malaysia jer. Takder sapa nak agungkan citer barat, banyak jer citer barat sangat hampeh, contohnya macam citer buried tu. Ni bukan masalah melayu dengki melayu, bukak la skit pemikiran kita, dia just nak pembikin citer melayu ni lebih berhati hati buat filem and buat research betul. Ni menunjukkan penonton citer melayu pun dah pandai menilai sesuatu karya seni. Korang duk kutuk pengkritik ni, so korang pun sama la asyik duk menjatuhkan orang lain. Tu hak dia nak kritik, yang positif kita amek, yang negatif tu maybe dia terlanjur. Adoila, sampai bila2 pun pemikiran orang melayu memang hampeh
* hahaha…..dussssh…elo malaysian..bangsa melayu ni dah la x seramai mana..cuba la sokong sikit bangsa kita, semua orang ada kelebihan dan kelemahan… comment bagus tapi kenapalah berunsur marah dan dengki… kelakar la …relaks la beb… faham sudah la.. industri filem kita.. x kisah pun kalau nak komen.. tapi sebagai anak melayu.. adoi..sedih..malu…macam mana la bangsa melayu nak maju kalau macam ini lu orang punya perangai… sedih sedih sedih….
* alamak wey, ko bgs sgt ke ni? boleh ke buat filem nih? kau sorang je yg komen over2! kau jealous sbnrnya kan? ok la sng cite we all ni sbg peminat filem, x de masa nk check sume tu! kau ni aku ingat mesti ada bau2 bcg dgn industri ni kan? dah la wey x yah la dengki klau kau melayu support je sudah la..x yah byk bunyi! ni kan industri perfileman kita! klau kau dh ckp mcmtu maknanya kau ludah kat bangsa kau sendiri! budus la kau!
* TV1 Hantu mengilai
TV2 Hantu mengilai
TV3 Hantu mengilai
TV9 Hantu mengilai
Astro Hantu mengilai
Panggong Wayang Hantu mengilai
Dah trend cerita Hantu mengilai
Naik bosan dan muak
Udah2 la tu buat cerita Hantu
Kesian budak2 kecik
Naik Takut Dalam Rumah pun Takut
* motto filem melayu;
1. filem kita wajah kita.so filem hantu wajah macam hantula.
2.filem ni lain dari yg lain. mm lain sbb tukar pelakun,tukar nama hantu,tukar tok bomoh pada ustaz, tukar nama hantu dr raya posa ka raya haji,
3. ada pengajaran . supaya kita sama mempercayai kuatnya ilmu hitam,gunakan ilmu hitam nk cepat cantik, nak bodohkan laki.
4. at least hujung2 ada gak ustaz dtg baca quran nk halau hantu2.


#Kenapa nilai kejayaan di ukur dengan nilai wang ringgit?
raar



Tuesday, February 8, 2011

Movie: Khurafat

Damn! Gua tertipu dengan member-member gua. Gua kena lipat. Gua ditaburkan dengan segala macam puji-pujian yang mengatakan filem Melayu sudah maju, dah boleh buat bukit tulis Malaywood, boleh masuk pasaran Iran, Syamsul bakal jadi Michael Bay yang pandai rapping dan bermacam lagi. Rupanya itu semua omongan dan kesarkastikan yang tercipta dari mulut-mulut si durjana yang menabur racun rumpai untuk membunuh citarasa gua. Gua ni memang mudah ditipu. Lalu gua dengan tidak sengaja telah menonton filem ini akibat ticket free yang sukar ditolak. Damn! The story is way too cliche. C.L.I.C.H.E.

Apa punye Syamsul, si Jasmay dah ternganga dah tu
Nama cerita ini sepatutnye ditukarkan kepada nama yang lebih sesuai seperti Syirik Si Syamsul Pembantu Perubatan ataupun Jangan Pandang Atas atau Tepi. Terlalu terang, nyata dan lagi bersuluh cerita ini amat jauh untuk dikaitkan dengan istilah dan nama KHURAFAT kerana kebanyakkan kejadian yang berlaku dlm filem ini lebih memaparkan kejadian syirik dan bukanye khurafat. Fine, lu punye cerita, lu punye suke nak letak tajuk ape kan. Gua tahu lu dah dapat juta-juta lemon. Tapi, nampak sangat Syamsul mengelak untuk meniru gaya Si Ahmad Idham iaitu musuh beliau kerana semua hantu tak reti datang daripada belakang. Kebanyakkan hantu datang daripada depan, tepi atau atas. Maybe sebab akhirnye hantu-hantu sedar manusia takde side mirror dan dorang sedar main belakang tu haram. Lagipun hantu-hantu pun bosan dah muncul dari belakang, C.L.I.C.H.E.

Bunyi saspen ------------->>> Hantu muka tak siap plastic surgery

Seperti cerita-cerita seram keluaran syarikat produksi Malaysia yang lain, cerita Khurafat ini terlalu dan amatlah terlalu banyak menggunakan elemen terkejut dan bermain dengan muzik saspen yang sehingga kini tidak lagi sesaspen mana dan menjadi bahan saspen olok-olok dalam kalangan pengusaha filem tempatan. Elemen bunyi saspen yang disertakan dengan hantu wanita yang suka main cak-cak amatlah bosan dan menghampakan. 

Lagi satu, hantu yang sepatutnye menghantui si Syamsul adalah hantu lelaki dan bukan hantu bertetek berambut panjang suka memeluk lelaki kerana minyak dagu ataupun minyak senyonyong yang diperolehi Syamsul adalah daripada mayat seorang lelaki. Bak kata tok bomoh Latif Borgiba, roh yang ada didalam badan minah clubbing tersebut adalah dari mayat lelaki tersebut. Isn't it obvious that the ghost should be a male looking ghost? Wahai Syamsul, sebelum buat filem sila buat skrip, plot dan research dahulu ya. Jangan sampai anak bini tujuh keturunan menanggung malu berganda-ganda.

Khurafat ini sesunguhnya tidak lebih daripada cerita-cerita bergenre seram yang lain. Twist yang dipaparkan di hujung cerita juga amatlah cliche. Sesuai dengan gaya pemikiran warga Melayu yang malas menonton cerita-cerita seram Jepun dan Korea yang membuatkan mereka berfikir dengan amat dalam dan menyelesaikan misteri dengan sendirinya. Story play seolah-olah ingin mencari siapa empunya hantu sedangkan obviously hantu itu mesti ade kaitan dengan si minah clubbing bergigi jarang tersebut. Gua akan tabik cerita ini kalau mampu men-twist-kan this so called Khurafat dengan menunjukkan bahawa si durjana sebenar adalah si pembawa van jenazah yang fail cakap utara. Btw Syamsul, hospital mana ko shooting yang all the time blackout takde eletrik tu? Syamsul, read my lips C.L.I.C.H.E!

# Siapa perasan rumah mak Syamsul tu sama macam rumah pak cik baring terbang kena rasuk tu?



Sunday, February 6, 2011

Awkward Moment: KTMB Women Coach

I shall continue with my series of Awkwad Moment this time. I have been quite busy this whole week. Spending time with loved one, reunion, traveling etc. etc. Regarding to traveling, I believe all of you know that Keretapi Tanah Melayu Berhad has introduced their new women coach since last April. The women coach which placed as the middle coach of the train has caused lots of misunderstanding and confusion among the passengers. So, this story is about the sexist coach and my friend.

My friend is a transport-less person. He survive from one point to another point most of the time by using public transport. That day he wanted to go to KL from his grandparent's hometown, Seremban. The most economical way to get to KL from Seremban is by using the most lousy public transport of Malaysia, KTM. I bet 97.99% of KTM users insatisfy with the service provided to them. Trains departure are not following to the schedule, train too slow, very little number of trip in one day and many more.To cut the story short, I will stop complaining. 

Because of the train have arrived by the time of my friend reached the Seremban station, he ran towards the the train. For your information, at Seremban station, once you get out from the ticket gate you will see the middle coach is in front of you if there is train stopping there. Then he entered the train. The middle coach to be exact. Door close and this is where the awkward scene could be seen. 
Ken Wooi's artwork

He stood near the train's door and saw everybody was looking at him. All the eyes keep staring and gave a weird look. Some of them grinned at him. He look at every corners of the coach. He then realised that the train is full of homosapiens with vagina. Not even sissy or tomboy were inside the coach. He feel so weird. He did not know that the coach is reserved for ladies. But it did not end there.

If you do not know, sometimes the train inspector will randomly come inside the the train and check on passengers tickets to make sure there is no illegal passenger boarding the train. My friend was 'lucky' to find there is still two men with blue shirt inside the train on the other side of the coach. Both of the inspector came to everyone and checked on their tickets. By the time the inspector was in front of him, he gave his tickets to the inspector. Then the inspector said;

Bagi sini IC sekali.

My friend who was confused gave his IC and the inspector cynically said that my friend is confused with his gender while the inspector take a look on the IC. He could heard some chicks laughed at him when the inspector said that. He felt so furious and ashamed. The inspector asked him to change to another coach at the next station later on. Before he reached the next station he managed to give a piece of his mind to both of the inspector.

Lain kali jangan letak sticker pink kecik-kecik dekat tingkap. Kasi cat teros satu coach colour pink. Senang!

For me, men coach should be introduced too in order to curb people from thinking this world is created for women. How long can we stand all this sexist activities. Women already have their ministry in almost all of the countries in the world but we still have not. After all, I'm still being sexually abused everytime I used public transport. By women.


#Being surrounded by women is not the best fantasy after all.
raar 


Tuesday, February 1, 2011

Apa Yang Selalu Dilakukan Bila Kemalangan


Gua percaya ramai di antara kita semua pernah menaiki kenderaan. Tak kisahlah apa pun jenis kenderaan yang korang semua pernah naik. Motor, kereta, van, bas, basikal fixie mahupun trolley giant. Bagi gua stroller yang bebudak naik untuk mak bapak dorang exercise tolak anak-anak tu pon sejenis kenderaan. Pergi sekolah naik kenderaan, pergi makan naik kenderaan, pergi berak pun naik kenderaan. Kadang-kadang ada jugak orang yang mengawan dalam kenderaan. 

Dan disebabkan kenderaan dalam dunia ini ciptaan manusia dan dikendalikan juga oleh manusia, maka mesti ade flaw ataupun kekurangan mahupun kesilapan yang wujud. Tak kiralah ketika kenderaan tersebut dibuat ataupun ketika dikendalikan. Lalu terjadilah kemalangan yang berlaku dengan tidak sengaja juga dengan sengaja. Pastu traffic jam berjela-jela. So, bila kemalangan, apakah yang selalu dilakukan oleh pemandu yang mengalaminya? 
  • "Sunni! Kunji! Pundek! Cibai! Sohai! Babi!" (1Malaysia curse) Mencarut diklasifikasikan antara perbuatan yang dapat membendung perasaan amarah yang mendalam dan mengurangkan stress yang terlampau akibat kemalangan.
  • "Haiyo auntie! Buta ka?! Itu spec you simpan kasi frame dekat rumah la" (Membuli) Membuli secara verbal dilaporkan dapat mengurangkan konflik di antara mangsa kemalangan dan mengeratkan persefahaman silaturahim dalam sekelip mata.
  • "Kenapalah aku dilahirkan di dunia ini? Patut aku duduk dalam perut mak aku" (Menyesal) Menyesal mengikut kajian ahli perniagaan dapat meningkatkan produktiviti seseorang mangsa kemalangan.
  • "Yes! Dapat jugak aku tukar bumper baru Proton Inspira" (Bergembira) Bergembira selalunya melibatkan empunya kereta lama sahaja.
  • "Astaga, astaga, astaga, astaga, astaga" (Insaf) Insaf dengan keadaan kemalangan yang telah berlaku dapat mengurangkan kebarangkalian bahawa kemalangan yang sama akan berlaku sekali lagi dalam tempoh masa 77 saat.
  • "Bukan saya langgar bang, kereta sorong tu yang langgar tadi" (Mengelak) Mengelak atau dalam konteks menipu merupakan perkara paling kerap dilakukan mangsa kemalangan walaupun mereka mengerti bahawa kebarangkalian untuk mereka berjaya mencapai objektif penipuan adalah senipis bonet kereta Perodua.
  • "Bang, abang punye muka nampak hensem la. Abang pakai bedak brand ape?" (Memuji) Memuji didapati ramai dapat mengelakkan mangsa kemalangan dipukul sehingga lebam anak tekak.

# Dah langgar, sendiri mahu tanggung la
raar


raar